PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Sabtu, 25 April 2009

PEMBANGUNAN DITERUSKAN











PROGRAM PEMBANGUNAN

Pembangunan di Kampung Padang Jawa Petaling adalah antara agenda terpenting dalam memastikan ianya sentiasa berdaya maju mengikut keadaan semasa. Sehubungan itu, Biro pembangunan yang diketuai oleh Pengerusi JKKK sendiri, Tn Hj Abdul Aziz Barhan akan terus memastikan agar Kg padang Jawa akan terus maju dan tidak tertinggal dalam arus pembangunan Negara.

“Saya akan terus usahakan dari masa ke semasa agar agenda pembangunan sentiasa berterusan di Kampung ini dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan’.

Antara program pembangunan yang sempat dijayakan dalam 3 bulan pertama menjadi pemimpin di Kampung ini ialah projek menurap semula jalan utama dan lorong lorong sekitar Kampung serta membaiki system perparitan.

‘Buat masa ini, jalan yang terpilih adalah yang mengalami kerosakan paling teruk sekali, dan telah disahkan oleh pihak PBT’

Antara yang telah mendapat penurapan semula jalan ialah Jalan Sekolah, Lorong 1415, Sebahgian jalan Besar menuju ke Jln Tegas/Kunci Air serta menaik taraf jalan utamaJalan Utama Mat Raji.

Sementara Longkang yang diperbaiki ialah di Lot 645, Jln Mat Raji serta sepanjang Jalan Bilal Wondo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan