PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 15 April 2009

MASYARAKAT CINA DIRAI TAHUN BARU CINA











Masyarakat Cina dirai sempena sambutan Tahun Baru


� Biar pun masyarakat Cina di Kg Padang Jawa, Petaling merupakan golongan minoriti, namun sambutan Tahun Baru Cina kali ini tidak lupa meraikan mereka.
Pada 22hb Jan 09 lalu, , JKKK Kg Padang Jawa Petaling diketuai Tn Hj Abdul Aziz bersama sama Ketua MPP Zon 6, Tn. Zulkifli Mohd Nani telah berkunjung ke rumah dan premis premis perniagaan kaum cina untuk meraikan mereka.
Pada program ini, Ketua JKKK dan MPP Zon 6 telah berkesempatan memberi buah tangan berupa Limau Mandarin beserta kad ucapan sempena sambutan tahun baru cina.
Seorang penduduk tetap, Saudara John Chu telah melahirkan rasa gembira beliau kerana kesudian pihak pentadbiran kampong dari JKKK mahupun dari MPP sudi menjenguk beliau selain mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada beliau
Seorang lagi Peniaga motor, Sdr Meng Keong berharap hubungan baik antara Kepimpinan Kampung dan penduduk serta para peniaga dapat diteruskan tanpa mengira bangsa. Beliau berharap peerkara baik ini akan beeterusan di masa masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan