PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Sabtu, 30 Mei 2009

HARI KESIHATAN PADANG JAWA












10hb May 2009 - PAKATAN RAKYAT (PAS/DAP/PKR)Padang Jawa telah berjaya menganjurkan program Hari Kesihatan pada tarikh 10/05/2009 yang lalu.

Program tersebut telah disertai oleh pelbagai pihak dan di antaranya ialah Pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Klinik Aishah, Al Wahida Marketing (Bekam), Pameran anti-dadah serta beberapa pihak lain.

Pada program tersebut, pakatan rakyat juga menganjurkan pertandingan gubahan bunga dan buah buahan, pertandingan melukis untuk kanak kanak, serta jumbo sales.

Program tersebut telah menarik perhatian penduduk penduduk kampong yang telah menghadiri program tersebut dengan kehadiran sekitar 500 – 1,000 orang. Ini telah memberi manafaat yang amat baik kepada penduduk penduduk dalam meningkatkatkan lagi taraf kesihatan penduduk Kampung Padang Jawa dan sekitarnya.

YB Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga sendiri telah hadir dalam program ini dan telah meresmikan program ini pada pagi tersebut. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Tn Hj Khalid Samad serta beberapa pemimpin pemimpin parti serta Ahli Majlis MBSA. Antaranya ialah Sdr Zulkifli Mohd Nani (Ahli Majlis MBSA), Sdr Hisham Parman dari PAS Padang Jawa, Petaling, Drs. Yacob b Hassan (Penasihat PAS Padang Jawa Klang).

JKKK Padang Jawa petaling telah turut serta dengan penglibatan dari AJK Keselamatan yang bertugas mengawal keselamatan sekitaran serta trafik.

Dalam kata kata Aluan, YB Rodziah turut menasihatkan pendududuk penduduk agar mengamalkan gaya hidup sehat serta kerap membuat pemeriksaan kesehatan sebagai langkah awal agar diri sentiasa dalam keadaan sehat. Beliau turut menceritakan kejadian yang berlaku ke atas Pegawai Daerah Kuala Langat yang meniinggal secara mengejut.

Tn Hj Khalid Samad dalam ucapan beliau menceritakan pengalaman beliau untuk berhenti merokok. Ini berlaku kira kira 9 tahun yang lalu sewaktu bulan Ramadhan. Berkat berpuasa, beliau telah berjaya menghentikan tabiat merokok yang membelenggu diri beliau sebelum itu.

Majlis berakhir sekitar jam 1.00 tengahari.

Isnin, 25 Mei 2009

PERTEMUAN DGN PDRM








Satu pertemuan dengan pihak berkuasa Polis diraja Malaysia PDRM telah berjaya diatur pada 9hb Mei yang lalu. Bertempat di bilik JKKK Padang Jawa petaling pertemuan tersebut adalah untuk membantu menyelesaikan masalah masalah jenayah yang sentiasa berterusan di sekitar Padang Jawa.

Dalam pertemuan tersebut JKKK telah diwakili oleh Tn Hj Abdul Aziz selaku pengerusi serta barisan AJK nya terutama AJK di bahagian keselamatan.
Sementara Pihak PDRM di wakili oleh CIF Inspector Khairul Najmy bersama 3 orang pegawai beliau.

Pihak JKKK telah memohon agar pihak berwajib dapat menyediakan Bit Polis bertempat di Jalan Mat Raji berdasarkan keadaan semasa berikutan kadar jenayah serta masalah social yang banyak berlaku di Padang Jawa. Ini termasuklah pecah rumah, kecurian, ragut, masalah dadah dan masalah social di kalangan remaja. Tn Hj Aziz juga memohon agar pihak Polis dapat meningkat rondaan di Padang Jawa bagi membantu mengurangkan masalah masalah serta jenayah yang timbul.

Sdr Saharudin yang mewakili AJK Keselamatan pula memohon agar pihak Polis menyalurkan bantuan dalam bentuk peralatan keselamatan seperti cota, lampu suluh dan sebagainya demi membantu pihak polis.

CIF inspector dalam jawapannya memohon maaf kerana tidak berupaya menyediakan apa yang diminta kerana ianya diluar bidang kuasa beliau serta kekurangan anggota anggota Polis yang bertugas di bawah beliau.
Beliau mencadangkan agar JKKK memohon kepada Jabatan Perpaduan Negeri Selangor untuk bantuan keselamatan.

Akhirnya, pertemuan tersebut sedikit sebanyak dapat merungkaikan beberapa perkara namun penduduk penduduk Padang Jawalah yang seharusnya saling bekerjasama dalam meneyelesaikan permasalahan permasalahan yang timbul hari ke hari.

Pertemuan taman sekitar jam 11.00 mlm dan tetamu dijamu dikedai En Selamat.
Satu pertemuan dengan pihak berkuasa Polis diraja Malaysia PDRM telah berjaya diatur pada 9hb Mei yang lalu. Bertempat di bilik JKKK Padang Jawa petaling pertemuan tersebut adalah untuk membantu menyelesaikan masalah masalah jenayah yang sentiasa berterusan di sekitar Padang Jawa.

Dalam pertemuan tersebut JKKK telah diwakili oleh Tn Hj Abdul Aziz selaku pengerusi serta barisan AJK nya terutama AJK di bahagian keselamatan.
Sementara Pihak PDRM di wakili oleh CIF Inspector Zuraimy bin Md Zin bersama 3 orang pegawai beliau.

Pihak JKKK telah memohon agar pihak berwajib dapat menyediakan Bit Polis bertempat di Jalan Mat Raji berdasarkan keadaan semasa berikutan kadar jenayah serta masalah social yang banyak berlaku di Padang Jawa. Ini termasuklah pecah rumah, kecurian, ragut, masalah dadah dan masalah social di kalangan remaja. Tn Hj Aziz juga memohon agar pihak Polis dapat meningkat rondaan di Padang Jawa bagi membantu mengurangkan masalah masalah serta jenayah yang timbul.

Sdr Saharudin yang mewakili AJK Keselamatan pula memohon agar pihak Polis menyalurkan bantuan dalam bentuk peralatan keselamatan seperti cota, lampu suluh dan sebagainya demi membantu pihak polis.

CIF inspector dalam jawapannya memohon maaf kerana tidak berupaya menyediakan apa yang diminta kerana ianya diluar bidang kuasa beliau serta kekurangan anggota anggota Polis yang bertugas di bawah beliau.
Beliau mencadangkan agar JKKK memohon kepada Jabatan Perpaduan Negeri Selangor untuk bantuan keselamatan.

Akhirnya, pertemuan tersebut sedikit sebanyak dapat merungkaikan beberapa perkara namun penduduk penduduk Padang Jawalah yang seharusnya saling bekerjasama dalam meneyelesaikan permasalahan permasalahan yang timbul hari ke hari.

Pertemuan taman sekitar jam 11.00 mlm dan tetamu dijamu dikedai En Selamat.

Rabu, 20 Mei 2009

MAJLIS KESYUKURAN KEMENANGAN PR



















Pakatan Rakyat Padang Jawa telah menyambut dan meraikan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April lalu dengan mengadakan majlis kenduri doa kesyukuran.
JKKK Padang Jawa petaling telah turut dijemput ke majlis tersebut dengan AJK Bahagian keselamatan telah bertugas menjaga keselamatan serta trafik.
Majlis tersebut telah diadakan pada 20hb April 2009 di Gerai Sdr Hamid Selamat, di dataran PAS padang Jawa Petaling, Jalan Mat Raji. Majlis tersebut telah bermula sekitar jam 09.00 malam.
Dalam ucapan di majlis kesyukuran di dataran itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Hj Khalid Samad menyatakan telah dapat menarik nafas lega di atas kemenangan PAS/Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti sejumlah 2,789 undi.
"Kemenangan tersebut adalah hasil dari kemantapan kerjasama tenaga anggota Pakatan Rakyat dalam negeri dan juga sokongan padu dari luar seperti Kumpulan Gerak Kerja PAS Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah serta Wilayah Persekutuan," tegasnya.
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih beliau kepada kepimpinan PAS dan PKR Padang Jawa kerana kesanggupan turut serta bertugas dan berkempen di bukit Gantang dan Bukit Selambau dalam memastikan kemenangan calon PR di kedua dua kawasan, tak kira semasa Penamaan calon mahupun sewaktu hari mengundi.
"Pimpinan Pakatan Rakyat masih menunggu dan berusaha kepada jalan penyelesaian yang mutlak iaitu dengan diadakan pengubaran DUN Perak sekaligus mengadakan Pilihan Raya seluruh negeri Perak untuk mendapatkan semula mandat kuasa dari rakyat dalam Pilihan Raya itu nanti," kata nya lagi.
Dalam kemenangan tersebut calon dari PAS Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diisytiharkan menang dengan meraih undi sebanyak 21,860 manakala lawannya Ismail Saffian (BN) 19,071 dan Kamarul Ramizu (Bebas) 62 di mana majoritinya 2,789.
Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Shah Alam dalam ucapan beliau menyatakan bahawa kemenangan PAS di Bukit Gantang dan PKR di Bukit Selambau menggambarkan keinginan rakyat untuk melihat satu landscape politik yang baru di dalam Negara Malaysia.
“Ternyata rakyat Perak masih belum hilang marah terhadap cara BN merampas Perak dari kerajaan PR” katanya lagi.
Turut hadir bersama dalam program pada malam tersebut ialah Sdr Azly Yusof, Naib YDP Pas Kawasan Shah Alam, Sdr Zulkifli Mohd Nani selaku MPP Zon 6, Drs. Yaacob Hassan selaku Penasehat PAS Padang Jawa, Klang serta Hj Hisham Parman, Ketua PAS Padang Jawa Petaling.
Tidak ketinggalan bersama sama pendukung PR Padang Jawa ialah Dr Badrol Amin Baharon yang turut memberi sokongan beliau.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh kira kira sekitar 300 penyokong dan penduduk Padang Jawa dan dihidangkan dengan Ikan serta ayam bakar dan lain lain lagi.
Majlis selesai sekitar jam 11.30 malam.

Isnin, 18 Mei 2009

KURSUS ASAS SYARIAH





















KURSUS KEFAHAMAN ASAS SYARIAH

19HB April 09 – JKKK Padang Jawa Petaling dengan kerjasama MPP Zon 6 telah mengadakan Satu program kursus asas syariah Islam. Antara tujuan utama mengadakan kursus ini adalah untuk memberi kefahaman yang sebenar mengenai Syariat syariat yang ada di dalam agama Islam.

Antara penekanan penekanan yang utama ialah mengenai Akidah Islam, Ilmu mengenai Al Quran, Ilmu al-Hadith dan Ilmu pengantar Syariah.

Keseluruhan Ahli Jawatankuasa JKKK Padang Jawa Petaling telah diwajibkan hadir dalam kursus ini dengan harapan dengan adalah sedikit kefahaman mengenai ilmu ilmu dalam Islam, ini akan sekurang kurangnya dapat membaiki sahsiah diri dikalangan JKKK itu sendiri. Di samping itu juga, Ahli jawatankuasa digalakkan untuk memberi penerangan kepada para sahabat handai, saudara mara terdekat mahupun penduduk kampong amnya akan keindahan Islam yang dianuti selama ini.

Secara tidak langsung juga ini akan dapat menyedarkan dikalangan ahli jawatankuasa JKKK untuk melakukan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab tanpa mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan serta keampunan dari Allah swt.

Program yang bermula sekitar jam 09.00 pagi ini telah diresmikan oleh Pengerusi JKKK sendiri, Tn Haji Abdul Aziz Barhan. Beliau juga turut menyampaikan sijil penyertaan kepada semua yang hadir sebelum program tersebut berakhir.

Antara para Ilmuwan yang memberikan kuliah ialah Ust Ahmad Zaki Arshad, (TImbalan Pengarah JAKIM Bah Dakwah) serta dua orang lagi pendakwah bebas.

Program berakhir sekitar jam 5.30 petang.

Rabu, 13 Mei 2009

MAJLIS DIALOG ANTARA PENIAGA PENIAGA















Satu program majlis dialog antara JKKK / MPP Zon 6 serta PBT dan peniaga peniaga sekitar Padang Jawa Petaling telah diadakan pada 27hb Mac yang lalu. Seramai kira kira 45 peniaga peniaga sekitar telah menghadiri program ini yang bertujuan menerangkan tugas dan bidang tanggungjawab pihak yang dipertanggungjawabkan serta tanggungjawab para peniaga peniaga.

Program dimulakan dengan Kata-Kata aluan selawat dan salam dari Pengerusi JKKK merangkap ketua Kampung Padang Jawa Petaling, Tn Hj Abdul Aziz. Beliau merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua peniaga peniaga yang terlibat serta menyatakan tujuan program ini iaitu untuk menyelaras serta menambahbaik keadaan dan penyelenggaraan peniaga peniaga sekitar Padang Jawa Petaling. Beliau juga memberitahu bahawa standard bangunan seharusnya tidak melebihi tanah milik kerajaan termasuk di bahu bahu jalan untuk membuat perniagaan dan berharap janganlah ada yang membuat perniagaan sehingga ke bahu bahu jalan, apatah lagi dengan cadangan projek pemindahan paip utama yang terletak di tengah jalan Utama Mat Raji yang akan dipindahkan ketepi jalan. Beliau memohon kerjasama dari penduduk serta peniaga peniaga agar mematuhi nasihat beliau.

Dalam ucapan seterusnya oleh Tuan Hj Musri selaku dari MPP Zon 6, beliau memberitahu bahawa usaha usaha sedang dan sentiasa dilakukan oleh pihak MPP Zon 6, JKKK Padang Jawa Petaling bersama pihak PBT, untuk memperbaiki suasana perniagaan, keadaan persekitaran yang baik agar dapat memberi imej lebih baik sejajar dengan kedudukan Kg Padang Jawa selaku Kg di dalam Bandar. Kesedaran perlu ada dikalangan semua peniaga untuk menjaga pesekitaran agar sentiasa tepelihara. Beliau memberitahu bahawa terdapat 15 check point sampah sekitar PJ Petaling.

Wakil MBSA , Sdr Norizan Ab Rahman pula memberitahu bahawa beliau adalah dari bahagian penguatkuasaan dan menjadi tugas beliau memastikan peniaga peniaga mematuhi arahan yang dibuat oleh pihak MBSA.

CADANGAN DAN SARANAN

1.Tn Hj Aziz memohon kerjasama para peniaga agar sampah sarap dapat dibuang dengan baik. Di ikat dan dibungkus dengan baik dan diletakkan ke dalam Tong yang disediakan. Setiap Check Point sampah akan diwujudkan papan kenyataan bertujuan menasihat penduduk dan peniaga agar membuang sampah ke dalam tong yang disediakan dan bukan mencampak atau meletakkan di luar tong sampah. Pihak JKKK sendiri akan memantau kebersihan setiap check point sampah apabila papan kenyataan siap kelak.

2. Tn Hj Hisham (Wakil MPP Zon 6) pula berkata beliau ada menerima aduan dari penduduk mengenai bau sampah dan keadaan sekitar check point sampah yang berterabur. Beliau memohon kerjasama dari semua agar sentiasa menjaga kebesihan .Sampah sarap yang tidak boleh dilupuskan oleh lori pengangkut sampah seperti sabut kelapa hendaklah di asingkan.
Beliau juga menyatakan bahawa setiap premis perniagaan perlu menyediakan tong sampah sendiri. Bagaimanapun, beliau akan bertanya kepada pihak PBT apakah ianya satu kemestian. Beliau akan membuat lawatan ke kedai kedai bertujuan membantu dalam apa apa perkara seperti khidmat nasihat dan sebagainya.

3. Wakil MBSA Sdr Norizan Ab Rahman memberitahu MBSA ada mengeluarkan permit sementara yang boleh digunakan selama 6 bulan. Beliau akan cuba menyalurkan maklumat mengenai peniaga di Padang Jawa ke bahagian perlesenan untuk tindakan mereka.

4. Sdr Tarmizi (Pejabat DUN Bt tiga) pula memohon penduduk dan peniaga serta pelanggan pelanggan agar lebih berhemah dalam meletakkan kereta atau kenderaan d i bahu bahu jalan. Beliau memahami tentang keadaan di Padang Jawa dimana ketiadaan tempat meletak kereta secukupnya



KESIMPULAN

Tn Hj Musri sebagai akhirnya memberitahu bahawa tujuan pihak Pemerintah mengadakan majlis Dialog ini adalah uutuk mencapai matlamat mengurangkan masalah dan mengurangkan suasana yang tidak menyenangkan kalaupun tidak mampu mencapai matlamat sepenuhnya.

Majlis Dialog ditamatkan sekita jam 11.10 malam oleh Pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan dengan bacaan Tasbih Kifarah serta Surah Al Asr.

Jumaat, 8 Mei 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


















9hb Mac 2009 – Surau Nurul Iman Jalan Mat Raji dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling) telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430h bertempat di Tapak Gerai SUK, Jalan Mat Raji Padang Jawa.
Majlis sambutan telah dimulakan dengan perarakan daripada pelajar pelajar dari Tadika Pasti Az Zahrah Padang Jawa, Kelab Bani Az Zahrah Padang Jawa, Serta Tadika Islah Padang Jawa. Dianggarkan sekitar 300 pelajar telah turut serta dalam perarakan yang dimulakan dari Taman Baru, Padang Jawa. Bukan sahaja pelajar yang menyertai perarakan ini malah ibu bapa serta penduduk penduduk sekitar turut menyertai perarakan ini yang berakhir di Tapak Gerai SUK sejauh ½ kilometer.
Dalam ucapan ringkas, Penegrusi surau Nurul Iman Sdr Abd Jalil Abd Wahab melahirkan kesyukuran kerana program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat kerjasama serta sambutan yang amat baik dari penduduk kampong. Beliau berharap program seperti ini akan diperbanyakkan serta berterusan pula agar dapat sedikit sebanyak membina generasi yang beriman di kalangan penduduk penduduk sekitar Padang Jawa terutamanya golongan remaja dan pemuda pemudi.
Turut memberikan ucapan ringkas ialah Ketua Kampung Padang Jawa, Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan.
Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Yang Berbahgia Ustaz Ismail Abbas dari LKIM. Beliau menyeru agar masyarakat seluruhnya mengamalkan cara hidup berlandaskan sunnah nabi SAW. Beliau memberi contoh yang beliau sendiri alami di mana seorang Hamba Allah menemui beliau menceritakan apakah dosa dosa beliau akan diampunkan sedangkan katanya “Cuma bunuh orang aje yang saya tak buat”. Lalu saya menjawab “Insya Allah akan mengampunakan dosa dosa walaupun sebesar Langit dan Bumi dengan syarat bertaubat dengan sebenar benarnya.”
Sementara itu, Pengarah program, Sdr Mahfuz Othman dalam kata kata aluan beliau dalam buku cenderamata menyeru agar penduduk penduduk sekitar Padang Jawa memenuhkan Surau Nurul Iman dalam mengimarakkan lagi Sinar Islam di Padang Jawa. Program program keilmuan seperti Kuliah Maghrib serta kursus kursus telah disusun atur dalam menuju kearah seperti yang diharapkan Beliau turut menyatakan bahawa penganjuran majlis seumpama ini adalah satu tuntutan di zaman yang penuh mencabar ini agar usaha untuk mengenali serta mengingati kemuliaan Baginda menerusi sunnah dan sirah Nabi S.A.W. sentiasa berterusan di samping umat manusia dapat mengambil pengajaran daripadanya.
Turut hadir ialah wakil dari Chemical Company of Malaysia (CCM), Wakil MPP Zon 6, serta Wakil Pejabat DUN Batu tiga.
Majlis sambutan tersebut telah berjaya mengumpukan kehadiran sekitar 1,000 orang telah berlangsung dalam suasana yang meriah dan tenang. Jamuan sarapan pagi turut dihidangkan kepada semua yang hadir. Majlis telah berakhir sekitar 1200 tengahari oleh bacaan doa oleh Sdr Shanrom Sazali.

Khamis, 7 Mei 2009

MAJLIS PENTAULIAHAN JKKK BERSAMA KERAJAAN SELANGOR
















Pentauliahan JKKK SELANGOR OLEH KERAJAAN SELANGOR

Sempena Majlis Sambutan 1 Tahun Kerajaan Baharu Selangor yang diadakan pada 8 Mac 2009 bersamaan hari Ahad bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor semua Ketua Kampung/Pengerusi JKKK dan Ahli JKKK Negeri Selangor telah menerima tauliah mereka daripada Y.A.B Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Seramai kira-kira 6000 Pengerusi dan Ahli JKKK menghadiri majlis tersebut.










Padang Jawa Petaling tidak ketinggalan turut serta dalam majlis ini dengan kehadiran sebahagian besar AJK JKKK yang diketuai oleh Tn Hj Abdul Aziz Barhan.

Rabu, 6 Mei 2009

MAJLIS DIALOG PENDUDUK BERSAMA AGENSI KERAJAAN
















27hb Feb 2009 – Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) Padang Jawa Petaling dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MP Zon 6) Kawasan Shah Alam telah menganjurkan satu Majlis Dialog Bersama Agensi Kerajaan pada 27hb Februari yang lalu. Antara agensi yang terlibat termasuklah Polis Di Raja Malaysia(PDRM), Majlis Bandaraya Shah Alam, Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (SYABAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), serta PEMADAM Selangor.
Menurut Tn Haji Abdul Aziz Barhan (Pengerusi JKKK), majlis dialog yang menemukan penduduk dengan agensi kerajaan ini di samping pusat khidmat bergerak itu memberikan pendedahan mengenai fungsi dan peranan jabatan kerajaan yang ada di daerah ini serta khidmat yang disediakan untuk kebajikan masyarakat setempat.
“Dalam masa yang sama, ia juga dapat membantu menerangkan fungsi agensi agensi terbabit serta peranan mereka dalam masyarakat setempat.penduduk juga berpeluang mengenali pegawai-pegawai yang terlibat bersama agensi berkenaan dalam membantu penduduk menyelesaikan masalah-masalah yang terdapat di Kampung Padang Jawa Petaling.
Turut hadir adalah Para Pemimpin dari Pakatan Rakyat. Antaranya ialah Tn Hj Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam, Pn Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga, Tn Zulkifli Mohd Nani selaku Ketua MPP Zon 6, Tn Hj Hisham Parman selaku Ketua PAS Padang Jawa Petaling.

Tidak ketinggalan ialah Penghulu Mukim Bukit Raja, Tuan Ardzmi b Mohd Atan.
Menurut Tn Hj Abdul Aziz, tujuan utama program terbabit adalah untuk memudahkan segala urusan rasmi penduduk dengan pihak kerajaan dalam menangani pelbagai masalah dan memberikan cadangan.
Dalam masa yang sama katanya, program tersebut diharapkan dapat mengeratkan silaturahim di antara pihak kerajaan dan penduduk.
"Hubungan yang baik ini akan dapat membantu mengatasi permasalahan yang mungkin timbul pada masa akan datang.
"Usaha ini diharapkan dapat mencapai objektifnya untuk menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain di samping dapat memastikan wujudnya kerjasama antara penduduk dan kerajaan dalam mengatasi masalah secara bersama.
“Kita juga berharap penduduk mengetahui perkhidmatan yang disediakan dan selepas ini boleh berurusan dengan jabatan berkenaan sekiranya memerlukan perkhidmatan mereka,” katanya.
Sementara itu, pada majlis tersebut juga ia sedikit sebanyak memberikan penjelasan mengenai dasar-dasar kerajaan negeri dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Antaranya mengenai pemberian 20 meter padu air percuma, Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Hadiah Anak Masuk Universiti dan program peningkatan hasil dari bahan batuan dan mineral.

Seterusnya, Penduduk penduduk kampong telah berkesempatan mengajukan pelbagai soalan serta persoalan yang sedang berlaku di dalam Kampung Padang Jawa. “Semuga semua soalan serta persoalan yang menyelubungi diri saya serta penduduk penduduk sedikit sebanyak mendapat jawapannya dan dapat pula membantu menyelesaikannya” kata En Suradi, seorang penduduk asal warga emas Kampung Padang Jawa.

Antara yang turut sempat melontarkan soalan ialah Sdr. Chandra, Sdr Anuar Keling, Sdr Suradi, Sdr Suraman, Sdr Effendi, Sdr Alias serta beberapa orang lagi penduduk.

Majlis dialog ini yang telah bermula sekitar jam 09.00 pagi telah berjaya mengumpulkan kehadiran tidak kurang 500-1000 penduduk dan telah berakhir sekitar jam 1.00 tgh.