PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Jumaat, 8 Mei 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


















9hb Mac 2009 – Surau Nurul Iman Jalan Mat Raji dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling) telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430h bertempat di Tapak Gerai SUK, Jalan Mat Raji Padang Jawa.
Majlis sambutan telah dimulakan dengan perarakan daripada pelajar pelajar dari Tadika Pasti Az Zahrah Padang Jawa, Kelab Bani Az Zahrah Padang Jawa, Serta Tadika Islah Padang Jawa. Dianggarkan sekitar 300 pelajar telah turut serta dalam perarakan yang dimulakan dari Taman Baru, Padang Jawa. Bukan sahaja pelajar yang menyertai perarakan ini malah ibu bapa serta penduduk penduduk sekitar turut menyertai perarakan ini yang berakhir di Tapak Gerai SUK sejauh ½ kilometer.
Dalam ucapan ringkas, Penegrusi surau Nurul Iman Sdr Abd Jalil Abd Wahab melahirkan kesyukuran kerana program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat kerjasama serta sambutan yang amat baik dari penduduk kampong. Beliau berharap program seperti ini akan diperbanyakkan serta berterusan pula agar dapat sedikit sebanyak membina generasi yang beriman di kalangan penduduk penduduk sekitar Padang Jawa terutamanya golongan remaja dan pemuda pemudi.
Turut memberikan ucapan ringkas ialah Ketua Kampung Padang Jawa, Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan.
Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Yang Berbahgia Ustaz Ismail Abbas dari LKIM. Beliau menyeru agar masyarakat seluruhnya mengamalkan cara hidup berlandaskan sunnah nabi SAW. Beliau memberi contoh yang beliau sendiri alami di mana seorang Hamba Allah menemui beliau menceritakan apakah dosa dosa beliau akan diampunkan sedangkan katanya “Cuma bunuh orang aje yang saya tak buat”. Lalu saya menjawab “Insya Allah akan mengampunakan dosa dosa walaupun sebesar Langit dan Bumi dengan syarat bertaubat dengan sebenar benarnya.”
Sementara itu, Pengarah program, Sdr Mahfuz Othman dalam kata kata aluan beliau dalam buku cenderamata menyeru agar penduduk penduduk sekitar Padang Jawa memenuhkan Surau Nurul Iman dalam mengimarakkan lagi Sinar Islam di Padang Jawa. Program program keilmuan seperti Kuliah Maghrib serta kursus kursus telah disusun atur dalam menuju kearah seperti yang diharapkan Beliau turut menyatakan bahawa penganjuran majlis seumpama ini adalah satu tuntutan di zaman yang penuh mencabar ini agar usaha untuk mengenali serta mengingati kemuliaan Baginda menerusi sunnah dan sirah Nabi S.A.W. sentiasa berterusan di samping umat manusia dapat mengambil pengajaran daripadanya.
Turut hadir ialah wakil dari Chemical Company of Malaysia (CCM), Wakil MPP Zon 6, serta Wakil Pejabat DUN Batu tiga.
Majlis sambutan tersebut telah berjaya mengumpukan kehadiran sekitar 1,000 orang telah berlangsung dalam suasana yang meriah dan tenang. Jamuan sarapan pagi turut dihidangkan kepada semua yang hadir. Majlis telah berakhir sekitar 1200 tengahari oleh bacaan doa oleh Sdr Shanrom Sazali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan