PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 29 September 2011

INFRUSTRUKTUR DIPERBAIKI.....





Perihal pembangunan infrusdtruktur terus menjadi keutamaan pihak JKKK. Yang terbaru pihak MBSA dengan usahasama JKKK telah meneruskan kerja kerja pembaikan infrustuktur sekitar Kampung Padang Jawa Petaling.

Kali ini pembangunan infrustuktur adalah ditumpukan kepada usaha usaha pembaikan jalan dan antara jalan jalan yang terpilih untuk dibaikpulih adalah Lorong Hj Ramlan Lot 640, Jalan Mat Raji, Lorong Herry Lot 642 serta sekitar Jalan Tegas.
Lorg Hj Ramlan menjadi keutamaan berikutan keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang dan amat wajar untuk di baikpulih dan begitu juga keadaannya di sekitar Lorong Herry. Turut dibaiki ialah sekitar Jalan Tegas yang mengalami kerosakan sana dan sini.

Antara yang menjadi keutamaan untuk dibaiki adalah sistem perparitan sekitar Padang Jawa yang memlukan pembaikan di beberapa kawasan tertentu. Insya Allah pihak JKKK dari semasa ke semasa akan berusaha dan memantau keadaan demi memastikan tahap kualiti serta pembangunan di Padang Jawa ini agar sentiasa seiring dengan arus pembangunan negara. Juga tidakdilupakan adalah tahap kebersihan serta pembiakan nyamuk aedes yang sentiasa dipantau dari mas ke semasa, Insya Allah.

AIDILFITRI BERSAMA PASti Az Zahrah 4....






JKKK Padang Jawa Petaling telah bekerjasama dengan Parti Islam Se Malaysia PAS Padang Jawa Petaling dan GTadika PASTI Az Zahrah 4, telah menganjurkan program Aidilfitri pada 25hb September yang lalu.

Program yang bermula jam 2 petang itu telah dihadiri oleh Masyarakat Padang Jawa terutamanya dari kalangan ibu bapa pelajar pelajar Tadika PASTI itu sendiri serta pelajar pelajar dari Klab bani AzZahrah yang turut dijemput.

Menurut Hj Hisham selaku Pengurus PASTI, selain sambutan aidil fitri program ini diharap dapat mengeratkan lagi tali siratulrahim dikalangan ibu bapa anak anak bersama pihak Pengurusan pasti serta JKKK.

Turut hadir dalam majlis ini termasuklah Ahli Parlimen Shah Alam, YB Hj Khalid Samad, Naib Yang di pertua Tn Hj Jamil serta veteran PAS, Tn Hj Yaacob.

Rabu, 28 September 2011

AIDILFITRI BERSAMA MASJID AS SOLIHIN DAN JKKK.....













JKKK telah turut serta dalam program sambuta n aidil fitri yang telah dianjurkan oleh Masjid As Solihin pada sabtu 24hb September yang lalu. Program bermula pada Maghrib bersama diikuti dengan Kuliah Maghrib bersama Ustaz Jemputan, Ustaz Shahrullah.

Diikuti dengan Isyak bersama sama sebelum majlis keraian Aidil fitri selepas itu. Antara yang turut hadir memeriahkan lagi majlis ini ialah YB Yaakob Sapari.

Dalam ucapan alu aluan, Tn Hj Aziz telah sempat mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh masyarakat yang hadir serta mengucapkan tahniah diatas usaha usaha pihak masjid menjayakan majlis ini.
Beliau berharap institusi masjid ini akan dijadikan platfom terbaik dalam usaha untuk menjadikan masyarakat Padang Jawa mendapat lebih kesedaran serta ilmu ilmu yang bermanafaat untuk kesejahteraan ummah.

Majlis majlis ilmu yang di adakan saban malam diharap dapat terus dipenuhi dengan limpahan manusia dan dapat memberi dakwah terbaik agar menjadi insan baik di sisi Allah swt hendaknya.

Dalam majlis ini masyarakat telah dihidangkan oleh pelbagai jenis makanan. Antaranya termasuklah Satay yang telah disajikan oleh pihak JKKK dan Masjid serta lain lain seperti Lemang, Nasi Impit, Mee soup, Mee Jawa, Rojak Buah, Kuih Muih, Nugget dan kentang goreng, Aneka bubur serta pelbagai lagi hidangan. Antara Badan Badan lain yang turut serta dalam program ini termasuklah Pasti Az Zahrah 1 2 dan 4, JKKKKlang, UMNO Padang Jawa, Kemas, Surau Nurul Iman, Surau Al Falah, Persatuan Khairat Kematian, PKR serta Women Institution. Tidak ketinggalan menyediakan gerai makanan ialah PAS Padang Jawa Petaling yang menyediakan Roti Canai.
Ribuan masyarakat telah hadir dalam majlis ini dan diharap ini akan dapat diteruskan bukan sahaja dalam program seperti ini tapi dalam program program lain seperti program kuliah, program remaja, gotong royong dan sebagainya. Insya Allah.

Khamis, 15 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITIRI....



KEPADA SELURUH WARGA PADANG JAWA

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1432H . MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUGA AIDIL FITRI INI MEMBERI CAHAYA KEHIDUPAN YANG BARU YANG LEBIH BAIK BAGI MENDATANGI HARI HARI HADAPAN.

DARI KAMI WARGA JKKK PADANG JAWA PETALING

Selasa, 13 September 2011

SUMBANGAN KPD ANAK ANK YATIM IHYA RAMADHAN









Anak Anak Yatim sekitar Padang Jawa Petaling telah diraikan dalam satu program ihya Ramadhan anjuran Surau Nurul Iman serta kerjasanma dari JKKK Padang Jawa Petaling.

Program yang telag diadakan pada 21hb ogos yang lalu itu telah berjaya mengumpulkan seramai 37 orang anak anak yatim. Majlis dimulakan dengan Kata kata aluan dari Pengerusi Surau, Hj Hisham Parman serta diikuti dengan ucapan dari Ketua kampung, Tn Hj Abdul Aziz Barhan. Anak Anak yatim yang kebanyakannya diiringi oleh ibu ibu (tunggal) juga telah di sajikan ilmu dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh al fadil ustaz Mohs Syahiid, Pendakwah Bebas.

Majlis berbuka puasa bersama sama anak anak yatim ini dan seterusnya bersembahyang maghrib bersama sama. dan akhirnya selepas maghrib, majls penyampaian sumbangan telah di lakukan oleh ketua kampung sendiri.
Selepas sahaja selesai bersolat maghrib, sebuah kum pulan NGO iaitu dari Kumpulan Motosikal Biker Garuda telah turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Kumpulan berkenaan yang di ketuai oleh Hj Abdullah mail telah turut menyampaikan sumbangan mereka yang ditujukan khas buat anak anak yatim tersebut.

Syukur kehadrat Allah swt yang telah melimpahkan kurniaannya kepada anak anak yatim ini serta kita semua. Semuga ini menjadi iktibar serta menambahkan lagi keimanan serta keyakinan terhadap allah swt dan menuruti apa yang diwajibkan oleh Allah swt. Amin Ya Rabbal alamin....

Isnin, 12 September 2011

IHYA RAMADHAN : SUMBANGAN HARI RAYA DARI KAMI......
















Ahad 21 0g0s 2011- Alhamdullillah, seperti tahun tahun sebelumnya, JKKK Padang Jawa petaling sekali lagi telah berjaya menganjurkan satu program Ihya Ramadhan iaitu menimarakkan bulan ramadhan dengan memnganjurkan program ceramah ramadhan serta sumbangan ramadhan.

Program tersebut adalah disasarkan untuk golongan kurang bernasib baik sekitar Padang Jawa Petaling. Ini termasuklah golongan masyarakat miskin, ibu ibu tunggal, golongan warga warga emas serta tidak ketinggalan Orang kurang Upaya OKU serta golongan muallaf.

Program bermula jam 09.00 pagi ini dimulakan dengan ucapan alu aluan dari pengerusi JKKK dan seterusnya satu ceramah ramadhan telah diadakan yang telah disampaikan oleh Al Fathil Ustaz Nasaruddin Ali dari Negeri Sembilan. Beliau juga mengingatkan para hadirin sekelian betapa bernilainya ramadhan itu disambut dan di insafi serta menghargai sumbangan sumbangan dari orang ramai kepada golongan ini. "Kita harus mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kerana ada ramai lagi diluar sana yang tidak dapat sumbangan seperti ini....katanya.

Turut hadir serte memberi sedikit ulasan dan ucapan ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Hj Khalid Abd samad. Antara lain yang turut hadir ialah Tn Hj Jamil Mohamad selaku Timbalan YDP Shah Alam, Tn Syed Mohamed selaku Timbalan nazir masjid As Solihin dan Hj Hisham selaku wakil dari PAS.

Sumbangan sumbangan telah disampaikan oleh Tn Hj Khalid Samad serta jemputan jemputan yang lain. Turut menerima sumbangan ialah termasuklah mangsa kebakaran apartment, Sdr Mohd Rehzal

Blogger mendoakan agar mereka semua dapat menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia dalam menyambut Ramadhan dan Syawal yang menjelang tiba ini. Semua Allah swt memberkati hidup kalian.

JEMPUTAN BERBUKA PUASA



 HAWA Padang Jawa petaling serta AJK JKKK padang jawa petaling telah dijemput ke majlis berbuka puasa yang telah di adakan pada 20hb ogos yang lalu.

 Majlis anjuran Ustaz saiful itu adalah bertujuan untuk meraikan Kumpulan HAWA Padang Jawa Petaling dan JKKK. Ustaz Saiful adalah Pneceramah serta pengajar kepada program belajar membaca al Quran yang diadakan pada setiap hari Sabtu yang bertempat di surau Nurul Iman, Padang Jawa.

Turut hadir meraikan ialah Ustaz Saiful sendiri, Pengerusi JKKK serta Datuk Radhi yang bertindak selaku penganjur bersama sama Ustaz  Saiful.