Perihal pembangunan infrusdtruktur terus menjadi keutamaan pihak JKKK. Yang terbaru pihak MBSA dengan usahasama JKKK telah meneruskan kerja kerja pembaikan infrustuktur sekitar Kampung Padang Jawa Petaling.

Antara yang menjadi keutamaan untuk dibaiki adalah sistem perparitan sekitar Padang Jawa yang memlukan pembaikan di beberapa kawasan tertentu. Insya Allah pihak JKKK dari semasa ke semasa akan berusaha dan memantau keadaan demi memastikan tahap kualiti serta pembangunan di Padang Jawa ini agar sentiasa seiring dengan arus pembangunan negara. Juga tidakdilupakan adalah tahap kebersihan serta pembiakan nyamuk aedes yang sentiasa dipantau dari mas ke semasa, Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan