Ahad 21 0g0s 2011- Alhamdullillah, seperti tahun tahun sebelumnya, JKKK Padang Jawa petaling sekali lagi telah berjaya menganjurkan satu program Ihya Ramadhan iaitu menimarakkan bulan ramadhan dengan memnganjurkan program ceramah ramadhan serta sumbangan ramadhan.

Program bermula jam 09.00 pagi ini dimulakan dengan ucapan alu aluan dari pengerusi JKKK dan seterusnya satu ceramah ramadhan telah diadakan yang telah disampaikan oleh Al Fathil Ustaz Nasaruddin Ali dari Negeri Sembilan. Beliau juga mengingatkan para hadirin sekelian betapa bernilainya ramadhan itu disambut dan di insafi serta menghargai sumbangan sumbangan dari orang ramai kepada golongan ini. "Kita harus mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kerana ada ramai lagi diluar sana yang tidak dapat sumbangan seperti ini....katanya.

Sumbangan sumbangan telah disampaikan oleh Tn Hj Khalid Samad serta jemputan jemputan yang lain. Turut menerima sumbangan ialah termasuklah mangsa kebakaran apartment, Sdr Mohd Rehzal
Blogger mendoakan agar mereka semua dapat menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia dalam menyambut Ramadhan dan Syawal yang menjelang tiba ini. Semua Allah swt memberkati hidup kalian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan