PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 20 Disember 2012

KEJOHANAN BADMINTON KELAB KELAB PADANG JAWA






Satu lagi acara Sukan iaitu Badminton telah diadakan di Dewan padang jawa pada 13hb Oktober 2012 yang lalu. Kejohanan terbahagi kepada kategori Terbuka untuk semua dan Tertutup yang dikhaskan untuk penduduk Padang Jawa sahaja.

Menurut Pengarah Program Sdr Abu Shah hashim kejohanan anjuran JKKK Padang Jawa Klang dan Petaling serta Kelab Kelab badminton sekitar Padang Jawa ini adalah satu lagi cara dan riadah sihat serta dalam saling mengeratkan siratulrahim dikalangan penduduk,

Johan Pertandingan menerima Piala serta Hadiah Wang Tunai RM300, kedua RM200 dan ketiga RM100. Turut memeriahkan kejohanan ini adalah dengan kehadiran Ahli Majlis, Sdr Halim Redzuan, Ketua Cawangan Hj Hisham, Ketua Kampung Tn Hj Abdul Aziz dan Sdr Saian Asmari . Mereka bersama sama telah bermain satu set pertandingan badminton selaku gimik peresmian.

GOTONG ROYONG MEMBERSIH LALUAN SIKAL







JKKK Padang Jawa Petaling dengan kerjasama PAS Padang Jawa Petaling dan MPP Zon 6 telah mengadakan satu program gotong royong untuk membersih serta membaiki laluan sikal ke Seksyen 17 Shah Alam.

Program bermula jam 08.00 pagi dan selesai sekitar jam 01.00 tengahari.

R UNTUK ROYALTI





Program pada 2hb Oktober 2012 bersama Tuan Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.
Semuga Allah memberkati usaha kami.

PROGRAM BAKTI SISWA BERSAMA JKKK


Ahad 22hb September 2012 - Penggerak Belia Tempatan PeBT yakni salah sebuah badan yang diletakkan di bawah Majlis bandaraya Shah Alam melalui Majlis Perwakilan Penduduk MPP Zon 6 telah berjaya menganjurkan program BAKTI SISWA pada 22hb September 2012 yang lalu . Program ini adalah dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling.

Antara Program program yang diadakan dalam majlis ini Servis Motor Percuma Oleh Pelajar pelajar Teknikal dari INSPEN . Juga memotong rambut / rebonding / cuci dsb yang dikhaskan untuk kaum HAWA. juga diadakan gotong royong membersih kawasan sekitar rumah rumah dan penduduk Kampung padang Jawa ini. Turut diadakan adalah acara sukan indoor seperti Carrom, Catur serta Dart.

Program sehari ini turut menampikan Yang Berbahgia Ustaz Suhaini Ahmad Wakid sebagai Penceramah Motivator bagi memberi motivasi serta kesedaran dalam hidup beragama . Ini kerana dalam keadaan suasana sekitar sekarang yang tidak membantu dikalangan pelajar pelajar terutama dalam hidup beragama. Sekurang kurangnya pengisisan seperti ini dapat memberi kesedaran dikalangan pelajar agar jangan hanya mementing pelajaran tapi agama lebih utama.





Turut diadakan adalah perlawanan bolasepak memakai kain antara Kumpulan Pemuda dan Veteran.

Majlis diakhiri dengan acara cabutan nombor bertuah serta peserta terbaik program.

Rabu, 12 Disember 2012

EIDUT FITRI BERSAMA PAS DAN PASTI AZ ZAHRAH 4








SAMBUTAN EIDUL FITRI ANJURAN JKKK SENDIRI....










Kini Giliran JKKK Pula mengadakan Majlis terbuka Eidul Fitri sendiri. Program diadakan di Lot 634D, Lorong Hj Borhan mendapat sambutan hebat dari masyarakat Kampung.Program diadakan pada tanggal 16hb September 2012

SAMBUTAN EIDUL FITRI ANJURAN MASJID AS SOLIHIN








JKKK Padang Jawa petaling turut serta dalam program Eidul Fitri anjuran Masjid As Solihin Padang Jawa Petaling. antara Menu yang dihidangkan oleh JKKK ialah Bubur bubur...seperti bubur kacang, bubur cha cha, bubur pisang dan pulut hitam. Program diadakan pada 15hb September 2012 yang lalu.

Isnin, 10 Disember 2012

RUMAH TERBUKA EIDUL FITRI TO KETUA





Masyarakat Kampung telah sudi mengunjungi rumah To Ketua Hk Abdul Aziz hj Barhan dalam rumah terbuka eidul fitri yang telah diadakan pada 6hb September 2012 yang lalu.
Turut Hadir YB Rodziah Ismail, YB Yaakop Sapari, To Penghulu Arzmi Mohd Atan serta YB Hj Abdul Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam.