PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 19 April 2011

ZIARAH ZIARAH ZIARAH



 Program ziarah diteruskan lagi dengan kali ini sebanyak 4 buah keluarga dari golongan sederhana miskin telah dipilih untuk kami ziarahi. Antara buah tangan yang kami sediakan untuk program ziarah kali ini adalah beras, tepung gula, minyak masak dan beberapa barangan keperluan harian lain.

Turut serta bersama sama JKKK dalam program kali ini adalah PAS Padang Jawa Petaling yang diketuai oleh Tn Hj Hisham Parman selaku Ketua Cawangan.
Antara rumah yang sempat kami ziarahi termasuklah rumah Sdr Zulfatah Zulkarnain yang terletak di Lot 1415, Rumah Pn Zaiton di Lorong 643 serta rumah Sdr Hamid yang terletak di Lorong Haji Mohd Yassin. Sdr Hamid juga adalah merupakan AJK bagi JKKK Padang Jawa sendiri.
Di harap lawatan serta ziarahi yang diadakan secara berterusan ini akan dapat memberi manafaat sepenuhnya kepada semua yang di ziarahi serta dapat pula membantu mereka dalam urusan kehidupan seharian mereka. Pihak JKKK sendiri berharap bahawa selain dari bantuan yang dihulurkan,  pihak pihak penerima bantuan ini mestilah juga mengambil inisiatif sendiri untuk menaikkan taraf hidup mereka sendiri. Insya Allah pihak JKKK akan cuba memberi bantuan yang semampu sekiranya mereka ingin membuat atau membuka sesatu perniagaan demi menambahkan pendapatan keluarga.

Tidak ketinggalan menghulurkan bantuan ialah pihak PAS Cawangan Padang Jawa petaling.

PERSATUAN IBU IBU TUNGGAL PADANG JAWA



 1hb April 2011 - Kampung Padang Jawa Petaling telah mengorak selangkah kehadapan dengan penubuhan sebuah Persatuan Ibu Ibu Tunggal Padang Jawa Petaling pada 1hb April yang lalu. Bertempat di Bilik gerakan JKKK Padang Jawa Petaling Jln Mat Raji, satu program peresmian telah di adakan yang telah disempurnakan oleh Wakil Rakyat DUN Batu Tiga Pn Rodziah Ismail.

Dalam Ucapan alu aluan dan peresmian beliau, beliau berharap Persatuan ini akan menjadi pemangkin kepada seluruh Ibu Ibu tunggal agar terus bergerak maju kehadapan sejajar dengan usaha murni kerajaan. Banyak sektor yang boleh disertai oleh ibu ibu tunggal seperti Sektor perniagaan IKS (Industri Kecil Sederhana) seperti membuat keropok, Nasi Lemak dan sebagainya. Beliau berharap ibu ibu tunggal tidak merasa terpinggir kerana setiap yang berlaku pasti ada hemahnya.
Pengerusi JKKK Hj Abdul Aziz Barhan pula mengucapkan Syabas di atas kegigihan para ibu tunggal sekitar Padang Jawa sehingga tertubuhnya Persatuan ini. Menurut beliau, Persatuan ini akan bernaung di bawah JKKK agar pihak JKKK dapat memberi bantuan, kerjasama serta buah fikiran mengenai apakah program program yang boleh diadakan. Buat masa ini, program yang aktif dihadiri oleh Ibu Ibu tunggal termasuklah program belajar membaca Al Quran yang di adakan di Surau Nurul Iman.
Pelbagai program lain juga boleh di adakan sepertinya program memasak, lawatan ke luar kawasan, belajar berzanji dan sebagainya Insya allah.

Selasa, 12 April 2011

TUISYEN RAKYAT BERMULA




Tuisyen Rakyat sessi 2011 telah bermula pada 01hb March 2011 yang lalu. Tuisyen ini adalah dikhaskan untuk pelajar pelajar yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah PMR dan UPSR untuk pelajar Sekolah Rendah.
Tuisyen anjuran JKKK Padang Jawa Petaling adalah diadakan secara percuma tanpa apa apa bayaran. Diharap kepada semua ibu bapa mengambil perhatian untuk mengambil kesempatan menghantar anak anak kalian ke Tuisyen ini. Seramai kira kira 40 orang murid telah mengambil bahagian dalam tuisyen yang diadakan setiap ahad ini.

Tuisyen ini kami adakan setiap minggu iaitu pada hari Ahad bermula jam 08.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Antara tenaga pengajar utama bagi tusiyen ini adalah para pelajar pelajar dari Fakulti matematik UITM Shah Alam. Mereka akan secara bergilir gilir mengajar anak anak ini terutamanya dalam subjek Matematik dan Sains dan BI.

KULIAH AGAMA DI LOT 640





Sabtu - Persatuan Penduduk penduduk Lot 640A, Jalan Mat Raji telah berjaya menganjurkan satu program Kuliah agama bersama sama dengan JKKK Padang Jawa Petaling. Program Kuliah ini adalah julung kalinya di adakan di Lorong berkenaan.
Menurut wakil lorong berkenaan, En Abd Hamid Selamat program ini adalah kali pertama diadakan dilorong beliau dan beliau berharap program seperti ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa. Program ini sangat baik kerana ia adalah program majlis ilmu yang dapat memberi ilmu dalam bidang agama..katanya.

Program bermula dengan gotong royong lorong berkenaan yang bermula sekitar jam 9 pagi. program seterusnya ialah bersembahyang maghrib berjemaah penduduk lorong dan seterusnya diikuti oleh bacaan doa selamat dan Yasin dan tahlil. Penduduk dan masyarakat sekeliling telah juga dijamu makan oleh makanan yang disediakan secara berjemaah lorong sebelum Kuliah agama dimulakan selepas Isyak dan makan.

Dalam program ini juga, pihak JKKK telah menyerahkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik . Antara penerimanya ialah En. Hashim, Pn Norani Ahmad dan seorang warga kurang upaya.

Kuliah dibawakan oleh Ust Azmi b Sihaat menyentuh banyak perkara mengenai kepentingannya kefahaman agama yang menyeluruh termasuk dari sudut hukum hakam, muamalat apatah lagi politik. Beliau juga menekankan betapa perlunya hukum mengikut syariat islam dilaksanakan di negara kita agar negara ini menjadi Negara yang mendapat keberkatan Allah swt. Kerajaan yang ada sekarang ternyata tidak mampu membawa mesej islam kepada rakyat jelata dan jesteru itu, rakyat harus melalukan sesuatu di Pilihanraya akan datang.

Turut hadir ialah Pengerusi JKKK Tn HJ Abdul Aziz Barhan serta Ketua Lorong Tn Hj Mohari, Program berakhir sekitar jam 11. malam

Isnin, 11 April 2011

PROGRAM CUTI CUTI PEMUDA SURAU






abtu 19/03/2011 - Pemuda Surau Nurul Iman dengan kerjasama dari JKKK Padang Jawa Petaling MPP Zon 6 serta Pusat Zakat Selangor telah berjaya menganjurkan satu Program Kem Ibadah Riadah dan Motivasi pada 19/03/2011 yang lalu. Bertempat di Surau Nurul Iman, program ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam bermula pada 19/03/2011 dan berakhir 20/03/2011 ahad.

Menurut Ketua Pemuda Surau, Sdr Hj Aidi Ahmad antara tujuan utama Program ini adalah untuk mendekatkan para remaja remaja agar mereka mendekati surau. Surau bukan sahaja sebagai tempat ibadah Sembahyang tetapi lebih dari itu. Di surau juga boleh diadakan sebagai Kem Ibadah malah beriadahah onsekalipun seperti bermain sepaktakraw dan badminton.

Antara pengisian Program ini termasuklah Belajar besolat dengan betul, qiyammulalil dan motivasi. Seramai kira kira 50 orang pelajar pelajar berumur dari 9 tahun hingga 13 tahun telah mendaftarkan diri untuk turut serta dalam program ini.

Pengerusi surau, Tn Hj Parman mengucapkan sybas di atas kejayaan pihak surau menganjurkan program ini dan semuga ianya menjadi perintis untuk masa masa akan datang.