PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 11 Ogos 2011

JEMPUTAN BERBUKA PUASA












JKKK bersama sama HAWA Padang Jawa Petaling telah dijemput ke majlis berbuka puasa bersama sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 6hb Ogos yang lalu. Bertempat di Dewan Menteri Besar Seksyen 7, bersebelahan rumah Menteri Besar, majlis ini berlangsung dengan meriah dengan kehadiran masyarakat . Antaranya termasuklah dari anak anak yatim Haji Sirat Klang serta ibu ibu tunggal serta golongan warga warga miskin , warga warga emas serta golongan Orang Kurang Upaya tidak pernah dilupakan dalam majlis yang disediakan untuk mereka khasnya.
Dalam ucapan alu aluan, Tan Sri Khalid menjelaskan bahawa sifat kerajaan Negeri Selangor yang menerapkan konsep Negeri Bekebajikan adalah antaranys untuk memberikan kembali hasil hasil kerajaan Negeri Selangor kembali kepada Rakyat. Antara hasil yang telah dinikmati rakyat selangor antaranya adalah melalui hasil pasir, projek rumah terbengakalai dan sebagainya.

Dalam majlis ini juga, Datuk Menteri Besar telah sempat beramah mesra bersama golongan warga emas, miskin OKU dan ibu ibu Tunggal serta anak anak yatim ini selain telah menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan dan makanan serta sumbangan sempena hari Raya, Alhamdullillah.

Masyarakat yang memenuhi segenap penjuru dewan juga telah dilayani dengan majlis berbuka puasa yang disediakan oleh peserta peserta program Kefrajaan Selangor itu sendiri seperti dari Program MICRO KREDIT, Program MIMBAR,  serta program yang diadakan oleh Jawatankuasa tetap Kebajikan Negeri Selangor.

Program diakhiri dengan Solat Maghrib. Pihak JKKK mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan dan berharap program seperti ini dibanyakkan lagi demi menyelami dan mendekati masyarakat dalam usaha Kerajaan Negeri sendiri melalui JKKK ataupun lain lain institusi. Semuga Berjaya.

Rabu, 10 Ogos 2011

KEBAKARAN DI APARTMENT




Satu Kebakaran telah berlaku di Pangsapuri Puteri, Apartment yang terletak di Jalan Mat Raji, Padang Jawa Petaling. Dalam kejadian tersebut, sebuah apartment milik Sdr Mohamed Rezhal b Abas telah musnah dalam kebakaran tersebut.

Beliau dan isteri serta mempunyai 3 orang anak telah kehilangan tempat tinggal akibat insiden tersebut dan untuk sementara ditempat di Surau di Pangsapuri berkenaan. Pihak JKKK dengan segera telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan ad hoc serta membuat lapuran segera ke Pihak pihak yang dapat membantu.

Antaranya ialah kepada Pihak Zakat Selangor. Jabatan Kebajikan Masyarakat mahupun pihak Insuran serta pihak pengurusan Apartment itu sendiri. Selain itu, orang orang perseorangan juga dilihat telah turut membantu mangsa meringankan bebanan dengan bantuan kewangan mahupun barangan.

Menurut Mohamed Rezhal, beliau hanya mampu melihat api marak kerana pada waktu kejadian beliau berada di tingkat bawah apartment. "Dalam sekelip mata sahaja pangsapuri saya serta barang barang didalam telah musnah..katanya lagi..."

Pihak JKKK mengucapkan takziah diatas apa yang berlaku kepada Sdr Mohamed Rezhal dan kami juga melahirkan kesyukuran keran tiada berlaku yang lebih buruk seperti kemalangan jiwa. Semuga beliau tabah mengahdapi dugaan.

PROGRAM SUMBANGAN IHYA RAMADHAN







JKKK Padang Jawa Petaling dengan kerjasama PAS Padang Jawa Petaling telah mengadakan satu program sumbangan sempena Ihya Ramadhan 1432H.
Program sumbangan ini adalah untuk memberi sedikit keringanan terutamanya kepada golongan golongan yang kurang berkemampuan serta warga warga emas, anak anak yatim, ibu ibu tunggal dan anak anak yatim yang berada sekitar Padang Jawa Petaling.

Menurut Hj Abdul Aziz, 'Kami telah menyediakan sebanyak 100 bungkus sumbangan berupa barangan keperluan seharian untuk diagih agihkan kepada mereka semua. Semuga bantuan kami yang sedikit ini dapat meringankan bebanan mereka semua dengan izin Allah...."

Turut bersama sama dalam program ini adalah AJk PAS yant turut bersama sama turun padang membantu menyerahkan sumbangan bagi memudahkan lagi gerak kerja.
Hj Hisham selaku ketua turut serta dan mengetuai  bagi pihak PAS sendiri. "Kami berdoa agar mereka semua akan diberi kemudahan oleh Allah swt dalam mengharungi hari hari yang mendatang.

Kami di JKKK turut mendoakan kesejahteraan mereka semua dan mengucapkan SALAM RAMADHAN 1432H.


Selasa, 9 Ogos 2011

PROGRAM MOTIVASI ANJURAN LORONG SRI AMAN



 persatuan penduduk Lorong Sri Aman Lot 626, Jalan Mat Raji dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling telah berjaya menganjurkan satu program motivasi dan ceramah yang telah diadakan di Lorong Sri Aman pada 16hb Julai yang lalu.

Penceramah motivasi jemputan adalah Puan Azlin Hezry telah memberikan sessi motivasi yang mampu memberi semangat terutama dikalangan kamu wanita lorong tersebut.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Sdr Halim Mohamed Redzuan Ahli Majlis PMM Zon 6. Beliau juga merupakan bekas penduduk lorong tersebut 5 tahun yang lalu.
Dalam program tersebut juga telah diraikan beberapa orang bekas penduduk yang telah menyambut hari jadi beliau pada malam tersebut. Pn Juriah merasa amat terharu atas kejutan yang diberikan kepada beliau serta mengucapkan terima kasih atas ingatan penduduk lorong tersebut kepada beliau.
Turut diraikan sebagai mengenang jasa beliau kepada masyarakat ialah Kak Sri yang merupakan penduduk terlama lorong tersebut. Beliau juga merupakan pakar urut serta Tukang mandi mayat wanita di Kampung Padang Jawa ini.

Kami diJKKK mengucapkan syabas atas kejayaan pihak lorong menganjurkan majlis tersebut dan berharap menjadi contoh kepada lorong lorong lain untuk turut menganjurkan program seperti ini Insya Allah.

Sabtu, 6 Ogos 2011

PROGRAM MOTIVASI PENGISIAN ISLAM DAN RIADAH







Pemuda Surau Nurul Iman dengan Kerjasama dari JKKK Padang Jawa Petaling serta Masjid As Solihin telah menganjurkan satu program motivasi pengisian Islam dan Riadah pada tarikh 15 hingga 16hb Julai yang lalu. Seramai kira kira 30 orang peserta yang terdiri dari para remaja remaja sekitar Padang Jawa Petaling telah menyertai program selama 2 hari itu.

Menurut ketua pemuda surau, Sdr Rizal Sumardi program ini adalah bertujuan untuk memberi motivasi serta kesedaran serta kefahaman kepada anak anak muda remaja Padang Jawa mengenai kepentingan kehidupan yang mementingkan nilai nilai agama. Pendedahan seperti ini adalah amat penting untuk memberi kesedaran kepada anak anak muda.

Program dimulakan dengan sessi suaikenal peserta serta riadah ringan bersenam. Pada sebelah malam pula diadakan program kesenian islam dimana para peserta diberi tugas memberi persembahan kepada petugas yang melambangkan nilai nilai Islam. Perkhemahan juga diadakan pada malam tersebut diikuti dengan kuliah suboh yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Syahiid.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh timbalan Nazir masjid as Solihin Tn Syed Mohamad diiringi oleh Ketua Kampung Tn Hj Abdul Aziz Barhan. Sijil serte penyampaian cenderahati disempurnakan pada majlis di pagi tersebut. Diharap program seperti ini dapat diperbanyakkan lagi dalam mendidik anak anak muda menjadi umat islam yang baik.

ISRAQ DAN MIKRAJ BERSAMA SURAU NURUL IMAN

Surau Nurul Iman dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling telah mengadakan satu program
Ceramah Khas sempena Israq dan Mikraj yang telah diadakan pada 9hb Julai yang lalu. Program ini diadakan diperkarangan Surau Nurul Iman untk memberi peluang kepada seluruh masyarakat mendapat manafaat darinya memandangkan saiz surau yang agak kecil untuk jemaah yang ramai.

Penceramah jemputan adalah Tuan Guru Ahmad Tajuddin Md Jali yang merupakan Mudir dari Madraasah Madinatul Ilmi Batu Kurau Perak. Dalam Ceramah beliau, memberi nasihat kepada masyarakat agar sentiasa pengorbanan yang dibuat oleh Rasulullah saw dalam pengembangan Islam. Juga mengenai Kisah Sirah Nabi mendapat wahyu terus dari Allah swt sewaktu peristiwa Israq dan Mikraj.
Turut hadir ialah Tn Hj Abdul Aziz Barhan, Pengerusi Hj Hisham serta masyarakat setempat sekitar 500 orang. Masyarakat yang hadir turut dihidang dengan makanan sumbangan dari surau Nurul Iman.





Selasa, 2 Ogos 2011

BOLING AMAL





Pihak JKKK telah dijemput untuk menyertai satu kejohanan boling amal pada 9hb Julai yang lalu. Kejohanan boling ini adalah anjuran Sekolah Rendah Agama Padang Jawa bertujuan untuk mengisi dana Persatuan Ibu Bapa guru sekolah tersbut.
Kami diwakili oleh Barisan yang terdiri dari Sdr Abu Shah, Sdr Mahfuz othman, sdr Abu Shah dan sdr Zahid selaku pasukan pertama manakala pasukan kedua terdiri dari Kumpulan Remaja terdiri dari Mohd Aliff, Mohd Fahmi, Nurul Hidayah dan Nor Haqimi.
Pasukan pertama telah berjaya menduduki tangga ke enam dalam pertandingan  tersebut.