PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Isnin, 28 Februari 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GARDENIA BAKERIES

 
Satu lawatan sambil belajar telah diatur ke Kilang Roti popular Gardenia Bakeries yang terletak di Seksyen 23 Shah Alam pada 19hb Februari, 2011 yang lalu. Antara yang berminat terhadapa lawatan ini termasuklah kaum wanita serta ibu ibu di sekitar Kampung Padang Jawa.

Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelawat mengenai cara cara menghasilkan roti. Pelawat pelawat telah diberi sessi penerangan mengenai cara cara pembuatan roti termasuklah roti potong, roti kek, roti bun dan lain lain lagi. Juga diterangkan mengenai prosedur pemprosesan dari mula hingga akhir serta jaminan kebersihan diutamakan.
Pelawat pelawat juga telah di bawa membuat lawatan ke dalam kilang untuk menyaksikan sendiri bagaimana roti di proses sehingga siap dibungkus.

Menurut Puan Yap dari Bahagian Marketing Gardenia, pihak kilang sentiasa mengalu alukan kehadiran para pelawat kerana dengan cara ini akan dapat mendekatkan lagi Gardenia dengan masyarakat serta dapat pula membantu masyarakat dalam program Community Responsibility mereka. Beliau juga berharap lawatan ini dapat membantu pihak JKKK memahami cara pemprosesan roti serta menghilangkan tanggapan negatif.

GOTONG ROYONG AKHIR DAN AWAL TAHUN




JKKK Padang Jawa Petaling dengan kerjasama Surau Nurul Iman Jalan Mat Raji serta PAS Padang Jawa Petaling telah berjaya menganjurkan sebanyak 2 program gotong royong pada akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011 ini.

Gotong royong pertama telah diadakan pada tarikh pada tarikh 26 Dec bertujuan untuk membersih serta menampal lubang lubang yang terbentuk di sekitar laluan motor dan basikal ke Seksyen 17 Shah Alam.
Laluan yang dikelilingi oleh Sek Men Pendidikan Khas Seksyen 17 serta Fakulti Pelajaran Uitm Shah Alam ini adalah laluan alternatif kepada seluruh masyarakat Padang Jawa Petaling ke Seksyen 17.

Laluan kecil ini jugalah yang menampung sebagai laluan utama pelajar pelajar sek Men Section 16 Shah Alam yang kebanyakkannya dari Padang Jawa. Ianya juga merupakan laluan untuk penduduk yang bekerja di Kilang sekitar Shah Alam.

Menurut ketua Kampung, Tn Hj Aziz memandangkan kepentingan laluan tersebut, kami mengambil inisiatif ini untuk bersama sama membersihkan laluan tersebut untuk kemudahan semua. Menurut Hj Hisham pula laluan ini amat penting untuk semua dalam masa yang sama 'kami masih lagi menanti nati agar pihak berwajib dapat segera menyiapkan laluan alternatif kedua yang dicadangkan sebelum ini.

Ahli ahli masyarakat telah sama sama mebantu membersihkan laluan ini termasuklah dari ahli jemaah Surau, Ahli Jawatankuasa JKKK dan PAS tidak ketin ggalan skuad COMBI Padang Jawa serta dari MPP Zon 6, Tuan Abd Halim Mohd Redzuan.

Gotong royong kali kedua pula telah diadakan pada 12hb Februari 2011 di kawsan sekitar Surau Nurul Iman bertujuan untuk membersihkan kawasan Surau serta kawasan untuk program Majlis Maulidur rasul peringkat Padang Jawa Petaling.

Selasa, 22 Februari 2011

JEJAK FAKIR BERSAMA YAYASAN AN NAJJAH

11/02/2011 - Seperti yang telah lama dilakukan, JKKK akan terus memberi komitment dalam usaha membantu golongan miskin sekitar Padang Jawa Petaling. Untuk tujuan itu, JKKK telah pada 11hb Februari 2011 yang lalu menjemput Yayasan An Najjah dari Kuala Lumpur untuk turut serta bersama sama menziarahi golongan ini.

Yayasan An Najjah adalah sebuah yayasan yang bertujuan untuk golongan fakir miskin termasuklah anak anak yatim serta saudara saudara baru islam ini dalam membela nasib anak anak mereka agar tidak ketinggalan dalam bidang mata pelajaran terutamanya yang beraliran agama.

Menurut Pengerusi Yayasan An Najjah, Hajah Aminat bt Mat kehadiran beliau bersama sama JKKK adalah untuk membantu mengenal pasti kanak naka serta remaja yang miskin untuk di beri bantuan dalam bidang pendidikan dengan menghantar mereka ke yayasan agar mereka tidak ketinggalan. 'golongan ini juga berhak untuk menikmati kehidupan seperti orang lain...katanya.

3 buah keluagra miskin telah dikenalpasti untuk program ini terdiri dari keluarga Puan Norhaiza yang mempunyai 6 orang anak, keluarga Puan Azizah yang mempunyai 14 orang anak serta Puan Maimunah yang mempunyai 5 orang anak. Puan Aminah telah bertemu mereke serat menerangkan kepada Ketua ketua keluarga untuk tujuan murni mereka agar mendapat bantuan sepenuhnya dari pihak keluarga itu sendiri.
yayasan An Najjah serta JKKK sendiri telah sempat menghulurkan bantuan dalam bentk kewangan serta barangan keperluan asas untuk membantu meringankan bebanan mereka insya Allah.

bagi golongan keluarga miskin yang berminat menghatar anak anak mereka ke yayasan ini boleh menghubungai di alamat di bawah
Yayasan An Najjah
No 3 Jalan Kent 2,
Off jalan Maktab, 54000
Kuala Lumpur.

Sebelum itu, JKKK telah sempat menziarahi rumah saudara Mispan dimana isnteri beliau Puan habsah sedang uzur. Beliau mengalami bengkak bengkak kaki. JKKK sempat memberi perangsang agar beliau tabah menghadapi dugaan tuhan. Semuga cepat sembuh.

Isnin, 21 Februari 2011

MASYARAKAT KAUM CINA DIRAIKAN

Masyarakat kaum cina sekitar Padang Jawa Petaling telah dirai dalam satu program ziarah Tahun Baru Cina. Program tersebut telah di adakan pada 31hb Januari 2011 yang lalu itu telah turut dihadiri oleh Ahli Majlis MBSA serta Pengerusi MPP Zon 6 Shah Alam iaitu Tuan Abdul Halim Mohd Redzuan.
Turut serta juga ialah Ketua PAS Padang Jawa Petaling Tn Hj Hisham Parman. Manakala JKKK telah diwakili oleh saudara Shanrom Sazali, Zahid, Sdr Abu Shah serta saudara Faizan.
Dalam program itu, rombongan kami telah menziarahi beberapa buah rumah serta premis perniagaan di sekitar iaitu Kedai John, serta Kedai motorsikal dan Handphone milk Kaum cina sekitar Padang Jawa Petaling. Rombongan telah juga memberi kad ujcapan Tahun Baru, serta Goodie bag sebagai buah tangan sambil mengucapkan Tahun baru kepada mereka.