PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 24 Januari 2012

TO' HJ ABDUL AZIZ DINOBAT SELAKU KETUA KAMPUNG KETIGA TERBAIK NEGERI SELANGOR...







Khamis 01hb Disember 2011- Syukur, Alhamdullillah di atas limpah kurnia Allah swt kepada hamba hambanya. Ketua Kampung Padang Jawa Petaling, Tn Hj Abdul Aziz bersama sama barisan AJK nya telah di nobat selaku Ketua Kampung Ketiga tkaerbaik Negeri Selangor dalam majlis yang telah diadakan hari ini.


Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Ketua Kampung Daerah Gombank manakala Juara telah dimenangi oleh Ketua Kampung Labuhan Dagang, Kuala Langat.

Menurut beliau, apa yang diusahakan kepada masyarakat kampung selama adalah kerana memenuhi kehendak serta tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau oleh Kerajaan Negeri, jesteru beliau menyatakan adalah amat penting seluruh penduduk dapat merasakan pembangunan yang diterima di Padang Jawa.

Antara pembangunan yang sentiasa diusahakan termasuklah pembangunan infrustruktur seperti Jalanraya, longkang, kebersihan sampah sarap, lampu lampu jalan mahupun industri kecil sederhana. Termasuk juga pembangunan dari segi kebajikan penduduk terutama kepada Warga miskin, OKU, Warga emas, uzur, mahupun ibu tunggal serta mangsa mangsa banjir sewaktu berlaku kejadian.. Juga termasukklah adalah pembangunan insan dan tarbiah seperti mengadakan kelas kelas agama dan membaca alquran untuk wanita, kuliah kuliah agama di lorong lorong, program untuk remaja seperti berqiyamulail dan riadah, mahupun riadah diluar kaawasan. Juga lain lain termasuklah program pembangunan kesihatan seperti pencegahan Denggi melalui combi, gotong royong dan sebagainya.

Pembangunan yang sedang diusahakan pula adalah mengadakan pusat rekreasi serta riadah , Dewan Orang ramai, padang permainan dan lain lain. Tujuan pembangunan ini semua tidak lain dan tidak bukan adalah untuk masyarakat agar dapat dimanafaat sepenuhnya untuk kebaikan.

Anugerah ini adalah sebagi bonus dan sebagai pengiktirafan dari phak berwajib dan insya Allah pihak JKKK akan sentiasa berusaha yang termampu untuk terus membela masyarakat agar membangun dan tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan negara.

Blogger ingin mengucapkan Tahniah dan syabas kepada Ketua Kampung serta barisan AJK nya . Tidak dilupakan sama sama beruisaha keras ialah To Penghulu Mukim Bukit Raja sendiri, To Arzmi b Mohd Atan yang sama sama berusaha serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam membentuk barisan yang mantap dan istiqamah. Juga setinggi tinggi penghargaan kepada semua Pegawa Pegawai Tinggi dari Pejaibat Daerah Petaling yang turut memberi sokongan padu kepada kampung kami.

Hanya Allah yang dapat membalas budi kelian.Jazakallah.

KURSUS MOTIVASI DIRI



Satu program kursus motivasi diri telah diadakan pada Ahad 4 hb Disember 2011 yang lalu.
Program yang bermula seawal jalm 08.00 pagi itu adalah bertujuan untuk memberi kekuatan serta motivasi kepada para peserta nya. Penceramah motivasi jemputan yang dijemput pada pagi tersebut ialah Tuan Shamsudin Kadir, seorang pakar kewangan serta pakar motivasi. Beliau juga popular dalam rancangan rancangan yang diterbitkan oleh TV9.

Seramai kira kira 40 peserta menyertai kami pada pagi tersebut yang telah diadakan secara percuma. Pihak JKKK sentiasa berharap motivasi seperti ini akan dapat memberi kekuatan kepada peserta peserta yang terdiri dari golongan ibu ibu dan bapa serta AJK sendiri.

Isnin, 23 Januari 2012

RIADAH BERSAMA JKKK




 
Satu program Rehlah dan Riadah telah berjaya dianjurkan oleh JKKK Padang Jawa Petaling pada Ahad 3hb Disember 2011 yang lalu.
Seramail lebih 60 peserta telah turut serta dalam program tersebut. Kebanyaknya terdiri dari para ahli Kumpulan HAWA Padang Jawa Petaling serta diiringi oleh ahli ahli keluarga AJK JKKK Padang Jawa Petaling. Menurut Pengrusi JKKK, tujuan utama progrma ini adalah sebagi satu riadah setelah program program sebelum ini yang dianjurkan oleh pihak JKKK telah mendapat kerjasama yang amat amat baik dari pihak HAWA.

Turut serta adalah AJK dari PAS Cawangan Padang Jawa Petaling . Antar program termasuklah acara sukaneka dewasa dan kanak kanak serta renang. Turut diadakan adlah acara menduga akal yang dikendalikan oleh Sdr Muriza dan krew belliau. Majlis di tamatkan dengan acara cabutan nombor bertuah.