PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 24 Januari 2012

TO' HJ ABDUL AZIZ DINOBAT SELAKU KETUA KAMPUNG KETIGA TERBAIK NEGERI SELANGOR...







Khamis 01hb Disember 2011- Syukur, Alhamdullillah di atas limpah kurnia Allah swt kepada hamba hambanya. Ketua Kampung Padang Jawa Petaling, Tn Hj Abdul Aziz bersama sama barisan AJK nya telah di nobat selaku Ketua Kampung Ketiga tkaerbaik Negeri Selangor dalam majlis yang telah diadakan hari ini.


Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Ketua Kampung Daerah Gombank manakala Juara telah dimenangi oleh Ketua Kampung Labuhan Dagang, Kuala Langat.

Menurut beliau, apa yang diusahakan kepada masyarakat kampung selama adalah kerana memenuhi kehendak serta tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau oleh Kerajaan Negeri, jesteru beliau menyatakan adalah amat penting seluruh penduduk dapat merasakan pembangunan yang diterima di Padang Jawa.

Antara pembangunan yang sentiasa diusahakan termasuklah pembangunan infrustruktur seperti Jalanraya, longkang, kebersihan sampah sarap, lampu lampu jalan mahupun industri kecil sederhana. Termasuk juga pembangunan dari segi kebajikan penduduk terutama kepada Warga miskin, OKU, Warga emas, uzur, mahupun ibu tunggal serta mangsa mangsa banjir sewaktu berlaku kejadian.. Juga termasukklah adalah pembangunan insan dan tarbiah seperti mengadakan kelas kelas agama dan membaca alquran untuk wanita, kuliah kuliah agama di lorong lorong, program untuk remaja seperti berqiyamulail dan riadah, mahupun riadah diluar kaawasan. Juga lain lain termasuklah program pembangunan kesihatan seperti pencegahan Denggi melalui combi, gotong royong dan sebagainya.

Pembangunan yang sedang diusahakan pula adalah mengadakan pusat rekreasi serta riadah , Dewan Orang ramai, padang permainan dan lain lain. Tujuan pembangunan ini semua tidak lain dan tidak bukan adalah untuk masyarakat agar dapat dimanafaat sepenuhnya untuk kebaikan.

Anugerah ini adalah sebagi bonus dan sebagai pengiktirafan dari phak berwajib dan insya Allah pihak JKKK akan sentiasa berusaha yang termampu untuk terus membela masyarakat agar membangun dan tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan negara.

Blogger ingin mengucapkan Tahniah dan syabas kepada Ketua Kampung serta barisan AJK nya . Tidak dilupakan sama sama beruisaha keras ialah To Penghulu Mukim Bukit Raja sendiri, To Arzmi b Mohd Atan yang sama sama berusaha serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam membentuk barisan yang mantap dan istiqamah. Juga setinggi tinggi penghargaan kepada semua Pegawa Pegawai Tinggi dari Pejaibat Daerah Petaling yang turut memberi sokongan padu kepada kampung kami.

Hanya Allah yang dapat membalas budi kelian.Jazakallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan