PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 21 Julai 2011

ISRAQ DAN MIKRAJ DAN SELAMAT HARI BAPA






 Satu program anjuran bersama sama Persatuan Penduduk Lorong Hj Borhan dan JKKK Padang Jawa Petaling  telah diadakan pada 29hb June 2011 rabu yang lalu.

Program sempena sambutan Israq dan Mikraj serta sambutan hari bapa itu diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman serta sirah rasulullah saw dalam pengembangan agama Islam dengan pengenalan menerima wahyu bersolat melalui peristiwa Israq dan mikraj. Kupasan yang telah disempurnakan oleh Al fathil ustaz Nik Bakri Nik Mat adalah begitu jelas dan telah memberi kefahaman yang baik kepada masyarakat yang hadir dalam majlis tersebut. Menurut beliau hendaklah sentiasa menjaga agama kerana inilah kehidupan kita serta tin ggalkan semua larangannya.

Semua masyarakat mesti mengambil inisiatif untuk menjaga agama keran jika ianya dilakukan secara berjemaah, kejayaan insya Allah akan dicapai. namun rintangan akan ada untuk diharungi.

Dalam majlis ini juga, Bapa Bapa telah diraikan dalam satu majlis ringkas sempena hari bapa yang disempurnakan oleh Ustaz Nik Bakri. Penyampaian cenderahati serta majlis memotong kek hari bapa telah diadakan. Semua bapa bapa telah dijemput untuk sama sama menjamu selera hidangan yang disediakan.
Hadirin sekelian juga telah disajikan dengan makanan yang disediakan.

Semuga majlis ini mendapat keberkatan dari Allah swt.

SUKANEKA 2011

Pengerusi JKKK serta barisan AJK telah dijemput ke satu program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat pada 26hb June 2011 yang lalu. Program Sukaneka 2011 anjuran Pakatan Rakyat Padang Jawa telah diadakan bertempat di Tapak Gerai MBSA, Jln Mat Raji, Padang Jawa.

Antara acara yang telah dipertandingkan ialah Street Soccer, Carom, Dart, Peraduan mewarna, Gubahan Bunga, Plastation 2, Sepakraga Bulatan. Sukaneka ini adalah terbuka kepada seluruh penduduk sekitar Padang Jawa serta kawasan sekitar. Sambutan hebat telah diterima untuk semua acara terutanamya acara street soccer serta Playstation 2.

Turut hadir selaku peresmi program ialah Tn Hj Azli Yusof, selaku  Ahli Majlis MBSA. Beliau turut mengucapkan syabas atas kejayaan penganjuran sukan ini dan berharap ia dapat mencapai kanmatlamat agar penduduk dapat merapatkan lagi tali persahabatan serta saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Peserta peserta juga akan diingatkan bahawa selain beriadah, jangan lah sehingga lupa kepada yang utama ialah bersolat dan Allah swt. 





Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Program En Abu Shah Shah Hashim serta barisan ahli jawatankuasa beliau.

Jumaat, 8 Julai 2011

KICK THE HABIT : LOVE OUR ENVIRONMENT








Sabtu 24hb June 2011 - Program "KICK THE HABIT LOVE OUR ENVIRONMENT" telah diadakan pada 24hb June yang lalu. Program ini adalah anjuran bersama sama Sekolah Sains Kesihatan, Kolej PTPL, Shah Alam dan Persatuan Penduduk Lorong Lot 634D, Jalan Mat Raji dengan dibantu oleh JKKK Padang Jawa Petaling.

Antara program program yang telah diatur untuk program ini adalah termasuk gotong royong membersih kawasan, sukaneka rakyat bersama anak anak serta ibu bapa penduduk, Pameran Anti Denggi dan Cikugunya , senamrobik serta program penerangan menangani karenah remaja masa kini.

Program bermula jam 09.00 pagi telah mendapat sambutan yang amat meriah dari penduduk penduduk lorong dimulakan dengan senamrobik, diikuti oleh gotong royong, pameran acara sukan dan jamuan.

Seluruh masyarakat lorong serta kawasan sekitar turut hadir . Ketua Lorong, En Hamid Borhan mengalu alukan kesudian pihak PTPL mengadakan program bersama seperti ini dan diharap ianya dapat memberi suatu dimensi baru serta hubungan baik antara masyarakat bandar serta penduduk desa. Ianya akan dapat memberi kefahaman serta kesedaran dikalangan remaja mengenai cara hidup sederhana kampung dan saling menghargai satu sama lain.

Khamis, 7 Julai 2011

SAMBUTAN ISRAQ MIKRAJ WANITA SURAU DAN HAWA







18 June 2011 - Jemaah wanita surau serta Kumpulan HAWA Padang Jawa (ngo) dengan bantuan dari JKKK Padang Jawa Petaling telah mengadakan satu program khas sambutan israk dan mikraj pada sabtu 18hb June yang lalu. Bertempat di Surau Nurul Iman, telah diadakan satu program sambutan yang dimulakan oleh Penceramah Motivasi Pn Kahriah yang dijemput khas untuk memberi ceramah serta motivasi beliau mengenai israq dan mikraj.

Turut hadir ialah Pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz dan barisan AJK JKKK, Tn Hj Hisham Parman selaku Ketua PAS,Pn Hjh Salmah selaku ketua Dewan Muslimat serta wakil MPP Zon6.

Majlis tuurut dimuatkan dengan kata kata perangsang dari setiap wakil bagi memberi motivasi kepada semua kaum kaum ibu dalam menjalani kehidupan yang baik serta berlandaskan rasulullah saw.
Jamuan turut disediakan kepada semua hadirin.

Rabu, 6 Julai 2011

GOTONG ROYONG MEMBERSIH LALUAN SIKAL





 Satu program gotong royong anjuran bersama JKKK Padang Jawa Petaling, Surau Nurul Iman PAS Padang Jawa serta MPP Zon6 telah di adakan pada 12hb Jun yang lalu. Gotong royong ini adalah bertujuan untuk membersihkan lorong laluan sikal ke Seksyen 17 Shah Alam.

Lorong Lorong ini perlu dibersihkan berikutan keadaan rumput rumput serta sampah sarap yang semakin meninggi serta banyak pula. Ini secara tidak langsung akan memberi keselamatan terutamanya kepada pelajar pelajar sekolah menengah Seksyen 16 Shah Alam yang sering menggunakan laluan tersebut untuk berulang alik ke sekolah dan Padang Jawa.

Selain itu juga, ini dapat juga membantu seluruh penduduk Padang Jawa yang menggunakan laluan tersebut dari mengalami masalah. Pernah berlaku dimana seorang penduduk menemui ular di laluan tersebut akibat rumput yang panjang.

Turut serta hadir dalam gotong royong ini adalah Dr Daroyah selaku Ahl iMajlis PendudukZon5. Suasana begitu baik dan mesra dimana semua hadirin telah sama sama membantu menyiapakan gotong royong tersebut tanpa mengira penah lelah dan keadaan panas. Alhamdullillah.

DOA KAMI






 31/05/2011 - JKKK Padang Jawa Petaling bersama sama PAS Padang Jawa Petaling sekali lagi mengorak langkah dengan mengadakan program ziarah secara besar besaran pada 31hb May yang lalu. Antara rumah yang sempat diziarahi adalah rumah En Lasim, Pn Habibah, Puan Latipah, Puan Jannah serta beberapa buah rumah lagi.

Sewaktu kunjungan ke rumah En Lasim YB Khalid sendiri telah sempat menziarahi anak beliau, En Ahmad yang telah mengalami musibah iaitu kemalangan bersama sebuah lori  sewaktu menunggang motosikal ke tempat kerja beliau. Ini menyebabkan kaki anak beliau terpaksa dipotong kerana mengalami kecederaan teruk . Pihak JKKK mendoakan agar En Ahmad serta keluarga tabah serta istiqamah dalam menghadapi musibah yang menimpa.

Pihak JKKK diiringi PAS Padang Jawa turut sempat menziarahi bebrapa buah rumah lagi serta telah menyerahkan sedikit sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini dengan keperluan harian untuk meringankan bebanan keluarga.

PIhak JKKK sendiri melalui ahli ahlinya insya Allah selalu mendoakan agar golongan golongan inidiberi kekuatan serta kesabaran dalam menempuh dugaan hidup Insya Allah.

EDARAN SHAH ALAM KINI




 28/05/2011- PAS Kawasan Shah Alam serta PAS Padang Jawa Petaling di bantu AJK JKKK telah berusaha bersama sama dalam memberi penjelasan mengenai program program yang telah dilaksanakan samada di peringkat Shah Alam sendiri dan peringkat Kampung Padang Jawa.

Maka, pada 28/5 yang lalu YB Khalid Samad beserta barisanAJK telah mengedarkan makalah Shah Alam kini kepada masyarakat Padang Jawa. Bertempat di PasarPagi Padang Jawa.

Ini juga adalah untuk menolak dakyah buruk terutama dari Akhbar Utusan Malaysia, Berita Hairan, The Star yang sering memburuk burukan kerajaan PR serta bersifat langsung tidak adil dalam pemberitaannya. Termasuk dalam senarai ialah TV1, TV2, TV3, TV9, AlHijrah, Astro Awani.