PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 6 Julai 2011

GOTONG ROYONG MEMBERSIH LALUAN SIKAL





 Satu program gotong royong anjuran bersama JKKK Padang Jawa Petaling, Surau Nurul Iman PAS Padang Jawa serta MPP Zon6 telah di adakan pada 12hb Jun yang lalu. Gotong royong ini adalah bertujuan untuk membersihkan lorong laluan sikal ke Seksyen 17 Shah Alam.

Lorong Lorong ini perlu dibersihkan berikutan keadaan rumput rumput serta sampah sarap yang semakin meninggi serta banyak pula. Ini secara tidak langsung akan memberi keselamatan terutamanya kepada pelajar pelajar sekolah menengah Seksyen 16 Shah Alam yang sering menggunakan laluan tersebut untuk berulang alik ke sekolah dan Padang Jawa.

Selain itu juga, ini dapat juga membantu seluruh penduduk Padang Jawa yang menggunakan laluan tersebut dari mengalami masalah. Pernah berlaku dimana seorang penduduk menemui ular di laluan tersebut akibat rumput yang panjang.

Turut serta hadir dalam gotong royong ini adalah Dr Daroyah selaku Ahl iMajlis PendudukZon5. Suasana begitu baik dan mesra dimana semua hadirin telah sama sama membantu menyiapakan gotong royong tersebut tanpa mengira penah lelah dan keadaan panas. Alhamdullillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan