PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 21 Julai 2011

SUKANEKA 2011

Pengerusi JKKK serta barisan AJK telah dijemput ke satu program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat pada 26hb June 2011 yang lalu. Program Sukaneka 2011 anjuran Pakatan Rakyat Padang Jawa telah diadakan bertempat di Tapak Gerai MBSA, Jln Mat Raji, Padang Jawa.

Antara acara yang telah dipertandingkan ialah Street Soccer, Carom, Dart, Peraduan mewarna, Gubahan Bunga, Plastation 2, Sepakraga Bulatan. Sukaneka ini adalah terbuka kepada seluruh penduduk sekitar Padang Jawa serta kawasan sekitar. Sambutan hebat telah diterima untuk semua acara terutanamya acara street soccer serta Playstation 2.

Turut hadir selaku peresmi program ialah Tn Hj Azli Yusof, selaku  Ahli Majlis MBSA. Beliau turut mengucapkan syabas atas kejayaan penganjuran sukan ini dan berharap ia dapat mencapai kanmatlamat agar penduduk dapat merapatkan lagi tali persahabatan serta saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Peserta peserta juga akan diingatkan bahawa selain beriadah, jangan lah sehingga lupa kepada yang utama ialah bersolat dan Allah swt. 





Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Program En Abu Shah Shah Hashim serta barisan ahli jawatankuasa beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan