PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 21 Julai 2011

ISRAQ DAN MIKRAJ DAN SELAMAT HARI BAPA






 Satu program anjuran bersama sama Persatuan Penduduk Lorong Hj Borhan dan JKKK Padang Jawa Petaling  telah diadakan pada 29hb June 2011 rabu yang lalu.

Program sempena sambutan Israq dan Mikraj serta sambutan hari bapa itu diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman serta sirah rasulullah saw dalam pengembangan agama Islam dengan pengenalan menerima wahyu bersolat melalui peristiwa Israq dan mikraj. Kupasan yang telah disempurnakan oleh Al fathil ustaz Nik Bakri Nik Mat adalah begitu jelas dan telah memberi kefahaman yang baik kepada masyarakat yang hadir dalam majlis tersebut. Menurut beliau hendaklah sentiasa menjaga agama kerana inilah kehidupan kita serta tin ggalkan semua larangannya.

Semua masyarakat mesti mengambil inisiatif untuk menjaga agama keran jika ianya dilakukan secara berjemaah, kejayaan insya Allah akan dicapai. namun rintangan akan ada untuk diharungi.

Dalam majlis ini juga, Bapa Bapa telah diraikan dalam satu majlis ringkas sempena hari bapa yang disempurnakan oleh Ustaz Nik Bakri. Penyampaian cenderahati serta majlis memotong kek hari bapa telah diadakan. Semua bapa bapa telah dijemput untuk sama sama menjamu selera hidangan yang disediakan.
Hadirin sekelian juga telah disajikan dengan makanan yang disediakan.

Semuga majlis ini mendapat keberkatan dari Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan