PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 6 Julai 2011

DOA KAMI






 31/05/2011 - JKKK Padang Jawa Petaling bersama sama PAS Padang Jawa Petaling sekali lagi mengorak langkah dengan mengadakan program ziarah secara besar besaran pada 31hb May yang lalu. Antara rumah yang sempat diziarahi adalah rumah En Lasim, Pn Habibah, Puan Latipah, Puan Jannah serta beberapa buah rumah lagi.

Sewaktu kunjungan ke rumah En Lasim YB Khalid sendiri telah sempat menziarahi anak beliau, En Ahmad yang telah mengalami musibah iaitu kemalangan bersama sebuah lori  sewaktu menunggang motosikal ke tempat kerja beliau. Ini menyebabkan kaki anak beliau terpaksa dipotong kerana mengalami kecederaan teruk . Pihak JKKK mendoakan agar En Ahmad serta keluarga tabah serta istiqamah dalam menghadapi musibah yang menimpa.

Pihak JKKK diiringi PAS Padang Jawa turut sempat menziarahi bebrapa buah rumah lagi serta telah menyerahkan sedikit sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini dengan keperluan harian untuk meringankan bebanan keluarga.

PIhak JKKK sendiri melalui ahli ahlinya insya Allah selalu mendoakan agar golongan golongan inidiberi kekuatan serta kesabaran dalam menempuh dugaan hidup Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan