PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 28 April 2009

PERESMIAN MASJID KOTA DAMANSARA






MASJID KOTA DAMANSARA DIRESMIKAN

5hb disember 08 – Masjid Kota Damansara telah dbuka dengan resminya oleh Sultan Selangor pada 5hb Disember 08.
Majjlis peresmian yang diadakan pada kira kira jam 12 tgh itu dimulakan dgn ucapan oleh Pengarah JAIS Datuk , bacaan doa dan Al Quran, serta titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin.
Sultan kemudian turut sama sama menunaikan Sembahyang jumaat bersama rakyat jelata dan diahkiri dengan majlis santapan bersama rakyat.JKKK Padang Jawa Petaling turut dijemput menghadiri majlis tersebut yang berakhir kira kira jam 3.00 ptg.

Sabtu, 25 April 2009
















MAJLIS MINUM PETANG BERSAMA SULTAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN

11hb Disember 2008 – JKKK Kg Padang Jawa Petaling telah dijemput ke majlis minum petang antara Rakyat bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Program yang bermula kira kira jam 3.00 ptg itu telah dihadiri oleh Rakyat Selangor dari setiap daerah di negeri Selangor. Di anggarkan tidak kurang dari 3,000 orang tanpa mengira kaum telah menghadiri program ini.
Turut hadir ialah menteri besar selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengiringi Sultan untuk majlis santapan.

PEMBANGUNAN DITERUSKAN











PROGRAM PEMBANGUNAN

Pembangunan di Kampung Padang Jawa Petaling adalah antara agenda terpenting dalam memastikan ianya sentiasa berdaya maju mengikut keadaan semasa. Sehubungan itu, Biro pembangunan yang diketuai oleh Pengerusi JKKK sendiri, Tn Hj Abdul Aziz Barhan akan terus memastikan agar Kg padang Jawa akan terus maju dan tidak tertinggal dalam arus pembangunan Negara.

“Saya akan terus usahakan dari masa ke semasa agar agenda pembangunan sentiasa berterusan di Kampung ini dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan’.

Antara program pembangunan yang sempat dijayakan dalam 3 bulan pertama menjadi pemimpin di Kampung ini ialah projek menurap semula jalan utama dan lorong lorong sekitar Kampung serta membaiki system perparitan.

‘Buat masa ini, jalan yang terpilih adalah yang mengalami kerosakan paling teruk sekali, dan telah disahkan oleh pihak PBT’

Antara yang telah mendapat penurapan semula jalan ialah Jalan Sekolah, Lorong 1415, Sebahgian jalan Besar menuju ke Jln Tegas/Kunci Air serta menaik taraf jalan utamaJalan Utama Mat Raji.

Sementara Longkang yang diperbaiki ialah di Lot 645, Jln Mat Raji serta sepanjang Jalan Bilal Wondo.

Rabu, 22 April 2009

ZIARAH







YANG UZUR TIDAK DILUPAKAN

28hb januari 09 – JKKK Kg Padang Jawa Petaling serta jemaah surau Nurul Iman telah melakukan ziarah kepada seorang penduduk yang sedang mengalami keuzururan. Beliau adalah saudara Hamzah, yang tinggal di Lot 1542.
Menurut beliau telah mengalami keuuzuran di bahagian kaki kira-kira 3 minggu sebelum itu dan kini sedang bercuti kerja serta juga berubat di sebuah hospital di Klang.
Di kesempatan tersebut, Tn Hj Hisham mewakili Jemaah Surau telah menyumbangkan sejumlah wang serta barang-barang dapur untuk keperluan beliau menghadapi masalah keuzuran tersebut.
Sdr Hamzah telah mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian Ahli jemaah surau
Nurul Iman serta JKKK melakukan ziarah ke rumah beliau serta dapat pula membantu meringankan kesusahan beliau.

Selasa, 21 April 2009

DEEPAVALI : KAUM INDIA TIDAK DILUPAKAN












KAUM INDIA TIDAK DILUPAKAN

Satu program telah diadakan pada 18hb Oktober 08 yang lalu untuk kaum India semepena ketibaan Hari Deepavali. Program anjuran JKKK Padang Jawa Klang dan Petaling itu adalah untuk memberi bantuan kepada penduduk penduduk miskin di kalangan kaum India. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk barangan dapur yang boleh digunakan untuk menyambut Deepavali.

Seorang penduduk , A Maheswari 68, mengucapkan terima kasih kepada JKKK Padang Jawa kerana telah berusaha menghulurkan derma bagi beliau menyambut ketibaan Deepavali. “Saya sangat gembira, terima kasih atas usaha pihak kampong” katanya.

Barangan barangan tersebut telah disampaikan oleh YB DUN Batu Tiga, Pn Rodziah Ismail. Beliau berharap dengan bantuan tersebut, sedikit sebanyak akan dapat membantu penduduk penduduk miskin ini dalam menyambut Hari Deepavali.

Sabtu, 18 April 2009

CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN
















CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN OLEH DR. ROBIAH K. HAMZAH

Program ceramah motivasi untuk Ibu bapa sekitar Padang Jawa Petaling telah di adakan di Dewan MBSA Padang Jawa pada 31/01/09 yang lalu.
Program yang bermula seawal jam 09.00 pagi itu telah berjaya menggumpukan seramai kira kira 200 participant di kalangan ibu bapa. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi rangsangan sertaa cara cara terbaik dalam mendidik anak anak bermula dari lahir sehinggalah apabila anak anak meningkat ke a lam remaja dan dewasa.
Dalam ucapan alu aluan, Ketua Kampung Padang Jawa Petaling, Tn Hj Abdul Aziz 47, mengucapkan syabas kepada Biro Hal Ehwal wanita kerana telah berjaya menganjurkan program ini dengan baik sekali. Beliau juga mengajak seluruh penduduk Kg Padang Jawa agar sama sama mengimarakan surau serta masjid kerana ianya dapat membentuk insan kearah menjadi yang terbaik . Beliau juga memberitau bahawa surau dan masjid sentiasa mengajurkan program program seperti kuliah maghrib ataupun subuh serta program program lain demi mencari perkara yang mendapat keberkatan ilahi.

Timbalan Ketua Pengarah Jakim Bah Dakwah, Ust Ahmad Zaki Arshad pula menyeru penduduk penduduk padang jawa terutamanya ibu bapa agar menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak. “ibubapa perlulah bertanya kpd diri sendiri, apakah pandangan anak terhadap aku, adalah aku contoh yg baik kpd anak anak ku? Firman allah swt الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shalih adalah lebih baik pahalanya di sisi Rabbmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Al-Kahfi: 46)

Ceramah utama motivasi adalah dari Penceramah terkenal, Dr Robiah K Hamzah. Dalam ceramah motivasinya Dr Robaiah menekankan perlunya ibubapa menjadi hebat agar anak anak turut hebat. Beliau turut menekankan agar ibu bapa sentiasa menunjukkan contoh yg terbaik dan menjadi Hambah Allah yang baik seperti solat 5 waktu, tidak berbohong, memimpin dengan baik dan sebagainya agar ia boleh menjadi contoh yang terbaik.

Wakil Jabatan Agama Islam JAIS, Ust Khusrin Mat Nayan pula menyebarkan tentang ajaran ajaran sesat yang terdapat di Selangor. Beliau menyarankan kepada semua agar berhati hati dalam mendalami agama islam agar tidak terjebak dalam kancah ajaran sesat.

Program tersebut telah berakhir jam 1.00 tgh dan acara penutupnya telah dirasmikan oleh Tn Hj Azli b Yusof selaku Wakil Majlis perwakilan Penduduk.

Rabu, 15 April 2009

MAJLIS PERESMIAN GERAI MBSA DI PADANG JAWA













GERAI MBSA DI RESMI

Majlis peresmian Gerai gerai MBSA di Tapak sementara MBSA di Jalan Mat Raji telah disempurnakan oleh YB dun Kota Anggerik Hj Yaakob Sapari. Beliau merupakan PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PEMODENAN PERTANIAN, PENGURUSAN SUMBER ALAM DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN negeri selangor.
Dalam ucapan peresmian beliau melahirkan kesyukuran kerana akhirnya gerai MBSA telah mula beroperasi dan dapat membantu beberapa peniaga kecil di Padang jawa mendapat rezeki melalui perniagaan makanan yang diusahakan.

Turut hadir ialah datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Md Noor, Ahli Parlimen Shah Alam YB Hj Khalid Samad, ADUN Bt 3, YB Rodziah Ismail dan juga Penghulu Mukim Bukit Raja Tuan Arzmi b Md Atan.

Majlis anjuran MBSA ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari JKKK Kg Padang Jawa Petaling diketuai oleh tuan Hj Abdul Aziz Hj Barhan serta peniaga peniaga gerai MBSA tersebut.

MASYARAKAT CINA DIRAI TAHUN BARU CINA











Masyarakat Cina dirai sempena sambutan Tahun Baru


� Biar pun masyarakat Cina di Kg Padang Jawa, Petaling merupakan golongan minoriti, namun sambutan Tahun Baru Cina kali ini tidak lupa meraikan mereka.
Pada 22hb Jan 09 lalu, , JKKK Kg Padang Jawa Petaling diketuai Tn Hj Abdul Aziz bersama sama Ketua MPP Zon 6, Tn. Zulkifli Mohd Nani telah berkunjung ke rumah dan premis premis perniagaan kaum cina untuk meraikan mereka.
Pada program ini, Ketua JKKK dan MPP Zon 6 telah berkesempatan memberi buah tangan berupa Limau Mandarin beserta kad ucapan sempena sambutan tahun baru cina.
Seorang penduduk tetap, Saudara John Chu telah melahirkan rasa gembira beliau kerana kesudian pihak pentadbiran kampong dari JKKK mahupun dari MPP sudi menjenguk beliau selain mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada beliau
Seorang lagi Peniaga motor, Sdr Meng Keong berharap hubungan baik antara Kepimpinan Kampung dan penduduk serta para peniaga dapat diteruskan tanpa mengira bangsa. Beliau berharap peerkara baik ini akan beeterusan di masa masa akan datang.

Selasa, 14 April 2009

GOTONG ROYONG MEMBERSIH LALUAN MOTORSIKAL KE SEKSYEN 17



GOTONG ROYONG 125hb Disember 08 - PAS cawangan Padang Jawa Petaling dengan kerjasama MPP Zon 6 dan JKKK Padang Jawa Petaling buat julung julung kalinya telah mengadakan program Gotong royong yang diadakan pada 25hb Disember 2008 yang lalu.
Bertujuan untuk membersih serta membaiki semula laluan kenderaan kecil seperti motosikal dan basikal untuk laluan kecil yang menyambungkan Padang Jawa ke Seksyen 17 shah alam program ini telah berjaya menarik kehadiran lebih 100 orang penduduk Padang jawa petaling dan Seksyen 17.



Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad telah juga turut serta dalam memeriahkan lagi program tersebut. Beliau melahirkan rasa gembira di atas kerjasama yang telah diberikan oleh penduduk penduduk setempat dalam menjayakan program ini tanpa mengira kaum serta fahaman politik.
Ketua PAS Padang Jawa, Tn Hj Hisham Parman pula melahirkan rasa syukur beliau atas kerjasama yang baik oleh semua pihak samada dari Pihak JKKK mahupun penduduk penduduk. Beliau berharap dapat menganjurkan lagi program program seperti ini di masa masa akan datang kerana bukan sahaja ia dapat membersih serta mengindahkan lagi kawasan kampong tetapi ia dapat pula mengeratkan lagi hubungan siratulrahim antara penduduk penduduk.

Isnin, 13 April 2009







GOTONG ROYONG 2
11Januari 09 - lorong Sri Aman Jln Mat Raji: Amalan gotong royong terus menjadi teras kepada semangat persaudaraan di kalangan masyarakat kampung.
Menyedari hal itu, pada 11hb Januari 09, Ahli persatuan Penduduk Lorong Sri Aman Jln Mat Raji dgn bantuan dari Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Jawa dan MPP Zon 6 telah menganjurkan gotong royong bersama dengan lebih 60 penduduk setempat.
Menurut Ketua Lorong, Sdr Mahfuz Othman, program ini telah beberapa kali diadakan di lorong beliau sebelum ini. Bukan Sahaja dapat membersihkan lorong terbabit ,Ternyata ianya telah dapat merapatkan lagi siratulrahim dikalangan jiran jiran selain dapat pula membantu mencegah penyakit seperti demam denggi dan cikugunya.
Pada program ini juga, ketua kampong Padang Jawa Petaling, Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan turut serta tmembersihkan kawasan sekitar bersama dengan penduduk penduduk setempat.
Hadir sama, ialah Tn Hj Hisham Parman selaku Wakil MPP Zon 6. MPP Zon 6. MPP Zon6 juga telah menyediakan lori untuk mmengangkut sa mpah sampah yang telah dikumpulkan untuk dibuang.

PROGRAM HARI RAYA















SAMBUTAN HARI RAYA
Masjid As Solihin Padang Jawa Klang dengan kerjasama JKKK Padang jawa Klang dan Petaling beserta NGO NGO sekitar padang jawa telah berjaya menganjurkan program majlis jamuan hari raya pada 26 Oct 08 yang lalu.
Bertempat di perkarangan masjid, program ini telah bermula jam 2.30 petaling sehingga berakhir sekitar 06 oo ptg.

Antara VIP yang turut menghadiri program tersebut ialah Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, ADUN Bt Tiga Pn Rodziah Ismail, Penghulu Bukit Raja Tn Arzmi Md Atan. Turut hadir ialah NGO Kelab penyokong menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Antara ketua ketua yang turut hadir ialah Ketua Kg Padang Jawa Petaling Tn Hj Abdul Aziz, Ketua Kg Padang Jawa Klang En Saian Asmari, Ketua UMNO Padang Jawa Petaling En Suhaimi HJ Ahmad, Ketua PAS Padang Jawa, Tn Hj Hisham Parman, Ketua Keadilan En Kamil. Majlis telah dimulakan oleh pengerusi Majlis Tn Hj Abdullah mail dengan bacaan doa oleh Imam Masjid As Soihin, Ust Kamal Nasir Roslan .
Tidak kurang dari 2,000 – 3000 penduduk penduduk Padang Jawa tidak mengira kaum termasuk India dan cina telah menghadiri program ini yang telah berlangsung dengan meriah dan harmoni.

Sabtu, 11 April 2009

GOTONG ROYONG JALAN TEGAS












GOTONG ROYONG 3 : KESEDARAN MEMBASMI WABAK DENGGISIRI 18hb Februari 09 -
Ancaman demam denggi yang berterusan telah menobatkan Padang Jawa sebagai antara kawasan paling Panas di Malaysia.
Menyedari masalah ini, JKKK Padang Jawa Petaling dan MPP ZOn 6 dengan keerjasama Suru Nurul Iman Jalan Mat Raji telah menganjurkan program gotong royong membersihkan kawasan persekitaran.Program yang di rancang rapi ini akan dibuat secara berperingkat peringkat setiap minggu bagi menimbulkan kesedaran penduduk penduduk akan kepentingannya kebersihan di jaga di kawasan persekitaran rumah.Siri pertama program ini telah di adakan bermula di Lot 1940 Jalan Tegas Padang Jawa dan berakhir di Lot Tn Hj Bakar.
Program ini telah berjaya mengumpulkan jumlah penyertaan yang amat menggalakkan dengan seramai 142 orang telah turut serta. Mereka beramai ramai secara berjemaah telah membuat kerja kerja pembersihan kawasan persekitaran dengan memotong rumput, membersih longkang yang tersumbat, mengumpul serta membuang sampah ke atas lori lori yang telah disediakan.
Dalam Ucapan Ringkas, Ketua Kampung Tn Haji Aziz melahirkan kesyurkuran kerana program ini diterima baik oleh penduduk penduduk kerana akhirnya manafaat akan kembali kepada penduduk penduduk.




Tn Haji Hisham pula selaku Wakil MPP Zon 6 dan Kordinator Program menyeru agar semua penduduk turun secara beramai ramai di dalam program program gotong royong yang seterusnya yang akan di adakan. Antara tempat untuk di bersihkan dalam program seterusnya ialah Sekitar Jalan Mat Raji dan Jalan Bilal serta Jalan Sekolah.