PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 8 April 2009

GOTONG ROYONG JLN MAT RAJI DAN JLN BILAL








GOTONG ROYONG 4 : KESEDARAN MEMBASMI WABAK DENGGISIRI 215hb Februari 09 –
Program gotong royong siri kedua telah diadakan dengan kawasan kawasan tumpuan ialah sekitar Jalan Bilal Wondo dan Jalan Mat Raji.
Sambutan yang diberikan oleh penduduk penduduk sekitar sangat sangat menggalakkan dengan hampir 300 orang penduduk telah sama sama menjayakan program ini.
Antara kerja kerja yang dilakukan ialah mengumpul dan membuang sampah, membersih longkang untuk mengatasi masalah pembiakan nyamuk aedes.Sebanyak 11 lorong telah terlibat dalam kerja gotong royong ini . Pokok pokok di bahu jalan turut ditebang supaya dapat lagi mengindahkan kawasan sekitaran disamping dapat mencegah penularan wabak denggi.
Ahli Parlimen Shah Alam, YB Hj Khalid Samad dalam ucapan ringkas mengucapkan tahniah di atas usaha-usaha pihak pihak berwajib menganjurkan program ini.AJK MPP Zon 6, Hj Hisham Parman pula berharap aktiviti ini dapat diteruskan dalam memupuk perassan cintakan alam sekitar dan menggalakkan sikap kebertanggungjawaban di kalangan penduduk.
Sementara itu, Pengerusi Surau Nurul Iman, Hj Abdul Jalil Abdul Wahab berkata, ‘program seperti ini dapat memberikan pelbagai manafaatat kepada penduduk sekitar, termasuk mengeratkan ukhwah, serta dapat menyedarkan mereka bahawa kebersihan itu adalah tuntutan agama’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan