PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 14 April 2009

GOTONG ROYONG MEMBERSIH LALUAN MOTORSIKAL KE SEKSYEN 17



GOTONG ROYONG 125hb Disember 08 - PAS cawangan Padang Jawa Petaling dengan kerjasama MPP Zon 6 dan JKKK Padang Jawa Petaling buat julung julung kalinya telah mengadakan program Gotong royong yang diadakan pada 25hb Disember 2008 yang lalu.
Bertujuan untuk membersih serta membaiki semula laluan kenderaan kecil seperti motosikal dan basikal untuk laluan kecil yang menyambungkan Padang Jawa ke Seksyen 17 shah alam program ini telah berjaya menarik kehadiran lebih 100 orang penduduk Padang jawa petaling dan Seksyen 17.



Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad telah juga turut serta dalam memeriahkan lagi program tersebut. Beliau melahirkan rasa gembira di atas kerjasama yang telah diberikan oleh penduduk penduduk setempat dalam menjayakan program ini tanpa mengira kaum serta fahaman politik.
Ketua PAS Padang Jawa, Tn Hj Hisham Parman pula melahirkan rasa syukur beliau atas kerjasama yang baik oleh semua pihak samada dari Pihak JKKK mahupun penduduk penduduk. Beliau berharap dapat menganjurkan lagi program program seperti ini di masa masa akan datang kerana bukan sahaja ia dapat membersih serta mengindahkan lagi kawasan kampong tetapi ia dapat pula mengeratkan lagi hubungan siratulrahim antara penduduk penduduk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan