PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Sabtu, 11 April 2009

GOTONG ROYONG JALAN TEGAS












GOTONG ROYONG 3 : KESEDARAN MEMBASMI WABAK DENGGISIRI 18hb Februari 09 -
Ancaman demam denggi yang berterusan telah menobatkan Padang Jawa sebagai antara kawasan paling Panas di Malaysia.
Menyedari masalah ini, JKKK Padang Jawa Petaling dan MPP ZOn 6 dengan keerjasama Suru Nurul Iman Jalan Mat Raji telah menganjurkan program gotong royong membersihkan kawasan persekitaran.Program yang di rancang rapi ini akan dibuat secara berperingkat peringkat setiap minggu bagi menimbulkan kesedaran penduduk penduduk akan kepentingannya kebersihan di jaga di kawasan persekitaran rumah.Siri pertama program ini telah di adakan bermula di Lot 1940 Jalan Tegas Padang Jawa dan berakhir di Lot Tn Hj Bakar.
Program ini telah berjaya mengumpulkan jumlah penyertaan yang amat menggalakkan dengan seramai 142 orang telah turut serta. Mereka beramai ramai secara berjemaah telah membuat kerja kerja pembersihan kawasan persekitaran dengan memotong rumput, membersih longkang yang tersumbat, mengumpul serta membuang sampah ke atas lori lori yang telah disediakan.
Dalam Ucapan Ringkas, Ketua Kampung Tn Haji Aziz melahirkan kesyurkuran kerana program ini diterima baik oleh penduduk penduduk kerana akhirnya manafaat akan kembali kepada penduduk penduduk.




Tn Haji Hisham pula selaku Wakil MPP Zon 6 dan Kordinator Program menyeru agar semua penduduk turun secara beramai ramai di dalam program program gotong royong yang seterusnya yang akan di adakan. Antara tempat untuk di bersihkan dalam program seterusnya ialah Sekitar Jalan Mat Raji dan Jalan Bilal serta Jalan Sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan