PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Sabtu, 18 April 2009

CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN
















CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN OLEH DR. ROBIAH K. HAMZAH

Program ceramah motivasi untuk Ibu bapa sekitar Padang Jawa Petaling telah di adakan di Dewan MBSA Padang Jawa pada 31/01/09 yang lalu.
Program yang bermula seawal jam 09.00 pagi itu telah berjaya menggumpukan seramai kira kira 200 participant di kalangan ibu bapa. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi rangsangan sertaa cara cara terbaik dalam mendidik anak anak bermula dari lahir sehinggalah apabila anak anak meningkat ke a lam remaja dan dewasa.
Dalam ucapan alu aluan, Ketua Kampung Padang Jawa Petaling, Tn Hj Abdul Aziz 47, mengucapkan syabas kepada Biro Hal Ehwal wanita kerana telah berjaya menganjurkan program ini dengan baik sekali. Beliau juga mengajak seluruh penduduk Kg Padang Jawa agar sama sama mengimarakan surau serta masjid kerana ianya dapat membentuk insan kearah menjadi yang terbaik . Beliau juga memberitau bahawa surau dan masjid sentiasa mengajurkan program program seperti kuliah maghrib ataupun subuh serta program program lain demi mencari perkara yang mendapat keberkatan ilahi.

Timbalan Ketua Pengarah Jakim Bah Dakwah, Ust Ahmad Zaki Arshad pula menyeru penduduk penduduk padang jawa terutamanya ibu bapa agar menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak. “ibubapa perlulah bertanya kpd diri sendiri, apakah pandangan anak terhadap aku, adalah aku contoh yg baik kpd anak anak ku? Firman allah swt الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shalih adalah lebih baik pahalanya di sisi Rabbmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Al-Kahfi: 46)

Ceramah utama motivasi adalah dari Penceramah terkenal, Dr Robiah K Hamzah. Dalam ceramah motivasinya Dr Robaiah menekankan perlunya ibubapa menjadi hebat agar anak anak turut hebat. Beliau turut menekankan agar ibu bapa sentiasa menunjukkan contoh yg terbaik dan menjadi Hambah Allah yang baik seperti solat 5 waktu, tidak berbohong, memimpin dengan baik dan sebagainya agar ia boleh menjadi contoh yang terbaik.

Wakil Jabatan Agama Islam JAIS, Ust Khusrin Mat Nayan pula menyebarkan tentang ajaran ajaran sesat yang terdapat di Selangor. Beliau menyarankan kepada semua agar berhati hati dalam mendalami agama islam agar tidak terjebak dalam kancah ajaran sesat.

Program tersebut telah berakhir jam 1.00 tgh dan acara penutupnya telah dirasmikan oleh Tn Hj Azli b Yusof selaku Wakil Majlis perwakilan Penduduk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan