PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 31 Mei 2012

BOLING ANTARA KAMPUNG : PADANG JAWA PETALING DI TANGGA KE 3





Ahad - 27hb May 2012 - Angka tiga seakan akan sudah sinonim dengan Kampung Padang Jawa Petaling apabila kali ini, sekali lagi menduduki tangga ketiga dalan kejohanan Boling antara Kampung Kampung daerah Petaling yang telah di adakan di Sunway Pyramid Megalanes ahad lalu.

Kejohanan untuk merebut Piala Pegawai daerah Petaling serta dianjurkan oleh Pentadbiran Daerah Petaling ini telah menemukan sebanyak 29 buah Kampung yang terdapat di daerah Petaling. Skuad Pdang Jawa Petaling telah diwakili oleh AJK Sdr Abu Shah, Sdr Zamanhuri, Sdr Mahfuz dan Sdr Zahid dan Tn Hj Aziz selaku Pengurus Pasukan.

Johan pertandingan ialah Pasukan dari Kg Budiman Meru, Naib Johan dari Kampung Puchong. Namun kemenangan mereka tidaklah begitu bermakna kerana sebahagian besarnya oleh mereka di wakili oleh Para Pemain Professional Boling yang hadir lengkap dengan peralatan sendiri seperti pembalut tangan dan Bola, manakala Skuad kami adalah tulen dari AJK JKKK.

Piala Kemenangan telah disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah sendiri iaitu Dato Zulkifli serta di iringi oleh Timbalan Pegawai Daerah serta Pegawai Pegawai Jabatan serta To; Penghulu. Program yang bermula jam 08.00 pagi dan diakhiri jam 1.00 tengahari. Terima Kasih buat Pengurusan Pejabat Daerah Petaling yang telah berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya dan diharap kejohanan ini telah berjaya mencapai matlamatnya.