PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 17 Ogos 2010

SUMBANGAN BARANGAN SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK

Sabtu 7 hb Ogos 2010 - JKKK Padang Jawa Petaling telah mencipta satu lagi lembaran baru apabila telah berjaya mengadakan satu program sumbangan barangan sempena menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini.

Program yang julung kali di adakan ini telah berjaya disempurnakan dengan kerjasama Parti Islam Semalaysia cawangan Padang Jawa Petaling pada 7hb Ogos serta 8hb Ogos yang lalu.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Jawa Petaling, Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan, beliau melahirkan kesyukuran yang amat sangat dengan kejayaan mengadakan program ini. "Di kesempatan ini, saya ingin mengucapakn ribuan terima kasih kepada semua penyumbang penyumbang, ahli masyarakat serta terutama sekali AJK AJK Biro Kebajikan dan Wanita serta seluruh barisan AJK keran telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

Dalam program ini sebanyak lebih 100 keluarga sekitar Padang Jawa Petaling telah sempat dikunjungi. Antara penerima sumbangan termasuklah dari golongan Warga miskin, warga emas, warga Kurang Upaya, warga Ibu Ibu tunggal dan anak anak yatim. Hampir kesemua warga tersebut di semua lorong lorong sekitar Padang Jawa Petaling telah sempat dikunjungi. Antara Lorong lorong tersebut termasuklah Lorong Yus, Lorong Tok Janggut, Lorong 1415, Lorong Mawi, Lorong Hj Kamil, Lorong Antu, Lorong Hj Barhan, Lorong Jasa, Lorong Hj Osman, Lorong Hj Bajuri, Lorong India 1 dan 2, Lorong Bali, Lorong Abu Shah
Lorong Khairul Zakaria, Lorong Hj Ramlan, Lorong Herry, Lorong Wak Joko, Lorong Taman Baru, Lorong Wak Sharif, Lorong Sri Aman, Lorong Hj Maarof, Lorong Wak Kachong, Lorong Pak Alang, serta Lorong Sekolah. Program in juga mengambil masa selama 2 hari untuk dilengkapkan kerana ramainya keluarga yang harus di temui, alhamdullillah.

Sementara itu, Ketua Cawangan PAS Padang Jawa Petaling, Hj Hisham b Parman pula menyatakan bahawa ini adalah sebahgian dari usaha usaha pihak PAS untuk membantu golongan tersebut yang ramai terdapat di sekitar Padang Jawa. Selain itu, kita dapat saling kenal mengenali antara satu sama lain selain dapat membuat kunjungan kerumah rumah mereka. Ini akan dapat membina hubungan baik antara Parti serta masyarakat.

Antara barangan barangan yang diserahkan dalam program tersebut adalah tepung, gula, sardin, mee hoon, jus oren, serta kurma untuk persiapan ramadhan.

Diharap program seperti ini dapat membantu golongan golongan ini disamping membina ukhwah Islam yang saling bersaudara serta saling mengambil berat antara satu sama lain.

Ahad, 15 Ogos 2010

PROGRAM ANAK ANGKAT BERSAMA PELAJAR UITM

Ahad - Satu Program ziarah yang turut disertai oleh para pelajar pelajar Uitm Shah Alam telah diadakan pada 20hb Julai yang lalu. Sebanyak 5 buah rumah dari kalangan golongan yang kurang bernasib baik sekitar Padang Jawa telah sempat diziarahi dalah program tersebut.

Antara rumah yang telah diziarahi termasuklah rumah Puan Azizah di Lorong Tebu, Puan Ainon di Lot 634D, Rumah Puan Anah di Lorong Bali Jalan Mat Raji dan rumah Puan Liana di lorong Harry. Tidak ketinggalan turut diziarahi ialah rumah En. Bahar di Lorong Sekolah.


Para pelajar pelajar Uitm ini telah diketuai oleh Professor dari Kajian Matematik Uitm Seksyen 17, Shah Alam. Dalam program ini pelajar pelajar tersebut telah didedahkan kepada masyarakat masyarakat yang kurang bernasib baik. Menurut professor Samrest, antara tujuan utama mereka didedahkan kepada masyarakat adalah bertujuan untuk membina jati diri serta sifat bijak bergaul didalam masyarakat. Ini akan dapat membantu mereka sendiri agar sentiasa perihatin terhadap keadaan kehidupan masyarakat sekitar serta secara tidak langsung dapat membantu kemajuan dalam kursus yang mereka pelajari.

Konsep yang cuba diterapkan oleh Professor ialah sistem anak angkat....dimana pelajar pelajar akan datang kerumah rumah yang telah terpilih tersebut untuk membantu golongan tersebut. Ini termasuklah membersihkan rumah, memberi tunjuk ajar pelajaran kepada anak anak mereka serta memberi bantuan apatah lagi menjelang Aidil Fitri.

Professor sendiri berjanji akan cuba mengusahakan bantuan kepada golongan golongan ini dalam bentuk barangan seperti kerusi, meja, sofa tilam bantal serta peralatan peralatan yang dirasakan mampu untuk dibiayai. Semuga usaha ini berjaya.

Respon positif juga telah diterima dari pihak kurang bernasib baik ini dengan mereka sudi menerima kedatangan pelajar pelajar ini bila bila masa sahaja.
"Sudah tentu kami menerima dengan tangan terbuka sekiranya ada pihak pihak yang ingin membantu mengurangkan bebanan kami" kata Puan Ainon.

En Bahar pula begitu terharu dengan kedatangan mereka sehingga tidak dapat menahan sebak dan menitiskan airmata kerana masih ada yang sudi mengunjungi keluarga beliau. Beliau mempunyai anak anak yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik yang memerlukan bantuan segera.

Tn Hj Aziz selaku pengerusi JKKK pula melahirkan harapan agar program seperti ini akan dapat diteruskan serta mendapat sokongan sokongan padu dari pihak pihak yang berwajib dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik ini. Pihak kami sendiri tetntulah tiada kemampuan untuk membantu mereka dan sokongan dari pihak pihak berwajib mahupun swasta amat amat dharapkan..katanya.

Semuga program ini akan dapat diteruskan.