PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Sabtu, 27 Jun 2009

KAKI PALSU UNTUK PN HASNAH KHALID











Pn. Hasnah Khalid telah menerima sumbangan derma berupa kaki palsu dari Pakatan Rakyat pada 26hb Jun yang lalu. Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Naib yang diPertua PAS Kawasan Tn Haji Azli sewaktu hdir sendiri menziarahi keluarga pesakit tersebut yang terletak di Lot 2513, Jalan Mat Raji, Padang Jawa.

"Semuga sumbangan ini akan dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh pesakit dan insya Allah kami akan cuba membantu setakat keupayaan dalam budi bicara kami," katanya. Beliau juga berharap agar Pn. Khalid sentiasa tabah dan sabar dalam melalui ujian yang diberikan.

Sementara itu, pesakit tersebut, Pn Hasnah Khalid melahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih atas sumbangan yang di berikan. Beliau memberitahu bahawa sebelum ini beliau dengan bantuan keluarga terpaksa berulang allik dari Padang Jawa ke Ampang Hilir untuk rawatan fisioterapi. "Alhamdullillah, dengan bantuan keluarga terutama suami saya, Sdr Khalid saya telah dapat melalui ujian ini dengan tabah. Pesakit yang menderita akibat kencing manis ini telah kehilangan kakinya sejak 3 tahun yang lalu.

Suami beliau, En Khalid menceritakan bahawa kaki isteri beliau pada mulanya dipotong di bahagian ibu jarinya namun telah merebak lalu doktor terpaksa memotong kedua dua belah kakinya sehingga ke paras bawah lutut. "Sebelum ini isteri saya mengambil upah menjahit untuk penduduk sekitar, tapi kini sudah tidak mampu lagi membuat kerja tersebut akibat kehilangan kedua dua belah kaki:, katanya lagi. Beliau turut melahirkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan.
Dalam pertemuan tersebut, wakil dari Parti Keadilan Nasional, Hj Musri serta Pengerusi JKKK Padang Jawa Petaling, Hj Abdul Aziz turut menyumbangkan derma dalam bentuk barangan serta kewangan.

Ahad, 21 Jun 2009

MANGSA MANGSA KEBAKARAN TERUS DIBANTU
















Sabtu - 20 Jun 2009- Mangsa-mangsa kebakaran di Padang Jawa pada 16 Jun yang lalu terus mendapat bantuan dari Pihak pihak yang berwajib.

Yang terbaru ialah bantuan dari pihak Pejabat Daerah petaling. Majlis penyerahan bantuan telah dianjurkan oleh Bahagian Kebajikan, Masjid As Solihin Padang Jawa dan telah diadakan pada 18hb Jun yang lalu bertempat di Masjid As Solihin Padang Jawa.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen, Tn Hj Khalid Samad.

Pejabat daerah Petaling telah diwakili oleh Ketua Penolong Pegawai Daerahnya, En. Yahaya bin Hassan. Beliau bertanggungjawab menyelia sepenuhnya terhadap Unit Pembangunan Masyarakat dan Unit Pembangunan Fizikal. Beliau merupakan Ketua Bahagian Pembangunan dan JKKK daerah. Turut hadir ialah Penghulu Mukim Bukit Raja Tn Ardzmi b Atan.

Manakala bagi pihak JKKK, Tn Hj Abdul Aziz Barhan, Ketua Biro Kebajikan Hj Hisham Parman dan Nazir Masjid, Ustaz Ahmad Zaki ARshad hadir memberi sokongan.

Dalam ucapannya, Tn Hj Khalid Samad meminta kepada semua mangsa mangsa kebakaran agar sentiasa sabar ke atas ujian yang diberikan Allah swt. "Sesungguhnya telah menjadi tanggungjawab pihak yang berwajib untuk membantu serta meringankan kesusahan yang alami mangsa mangsa. Tak ketinggalan juga masyarakat sekitaran mesti turut membantu memberi sokongan dan bantuan agar mereka dapat menempuh dugaan ini dengan baik". katanya.

Sementara itu, Tn hj Abdul Aziz dalam ucapannya menyatakan bahawa pihak JKKK akan terus membantu mangsa mangsa mengikut keuapayaan. "Kami sedang berusaha untuk mencarikan rumah untuk disewa di kawasan sekitar kepada mangsa mangsa agar mereka dapat menjalani hidup seperti biasa" katanya. Buat masa ini, mangsa mangsa ditempatkan di Dewan Masjid As Solihin Padang Jawa.

Ust Ahmad Zaki Arshad pula meminta agar kutipan derma diteruskan disekitar Padang Jawa bagi membantu mangsa mangsa. Tabung tabung di sediakan di Masjidk dan surau surau bagi memudahkan ahli masyarakat menghulurkan derma.
Seorang mangsa kebakaran, Sdr Hussin Ithnin, melahirkan kegembiraan beliau dengan bantuan oleh pihak pihak PBT. "Pihak Masjid, JKKK dan PBT banyak membantu kami dalam kami menghadapi musibah ini dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang kami tanggung", katanya. Beliau menceritakan di mana sewaktu api sedang marak, ada dua orang penduduk telah melaungkan azan dengan lantang. Beliau percaya ini telah dapat menyelamatkan harta rumah sekitar dari turut terbakar.

Satu program ceramah motivasi oleh Imam Masjid Sendiri , Tn Hj Ust Kamal Nasir turut diadakan dalam majlis tersebut untuk memberi motivasi kepada mangsa mangsa.
Majlis bersurai sekitar jam 11.00 mlm.

Sabtu, 20 Jun 2009
















KEBAKARAN DI JLN MAT RAJI














17 Jun 2009 - Tindakan pantas seorang pembantu rumah bergegas menyelamatkan seorang kanak kanak perempuan berusia 10 tahun yang sedang nyenyak tidur berjaya menyelamatkannya daripada terperangkap dalam kebakaran di Jalan Mat Raji.

Kebakaran bermula kira kira jam 3 00 petang itu memusnahkan dua rumah kediaman serta satu kedai menjual baju terpakai.

Difahamkan ketika kejadian beberapa penduduk mendakwa melihat sekumpulan kanak kanak sedang bermain api berhampiran rumah terbabit sebelum kebakaran berlaku.

Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai rahman, 30an mendakwa sebelum kejadian dia melihat kepulan asap hitam keluar dari sebuah rumah disusuli percikan api sebelum merebak kerumah berhampiran.


"Api marak dengan cepat dan kami penduduk keluar beramai ramai cuba membantu memadamkan kebakaran. namun terpaksa beredar selepas api marak dengan cepat.
"Ketika kejadian saya berada kira kira 500 meter dari tempat kejadian di warung kopi sebelum terdengar jeritan api, api....." katanya.

Ketika kejadian pemilik rumah terbabit tidak berada ditempat kejadian keran keluar bekerja.

Sementara itu, ketua Balai Bomba dan penyelamat Seksyen 15, Ismail Osman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.01 ptg sebelum dua jentera bersama sama 11 orang anggota bergegas ke tempat kejadian.
"Tindakan pantas kami berjaya mengawal api daripada merebak kerumah berhampiran" katanya.
- Lapuran berita petikan Harian Metro

Sabtu, 13 Jun 2009

KEPUTUSAN ACARA ACARA SUKAN
















Acara catur :
Kategori terbuka CATUR CABARAN PADANG JAWA 2009
1. Mohd Nabil AH.
2. Muhd Syakir Shazmeer
3. Abdullah Che Hassan
4. Zarul Shazwan.
Kategori bawah 12 tahun
1. Roshan Singh
2. Muhd lrfan Haqqim
3. Lyana Aqilah Alip
4. Puteri Rifqah Fahada
Keputusan Acara Bolasepak :
1. Juara - Padang Jawa FC
2. Naib Juara - PCB FC
3. Ketiga - Boss FC
4. Sek. Seksyen 16 FC
Keputusan Acara Sepak Takraw :
1. Padang Jawa "C"
2. Padang Jawa "D"
3. Padang Jawa "A"
4. Helang Merah Sec 7
Keputusan acara Playstation 2 (Acara Winning 11)
1. Tengku Effy @ Effy
2. Azmeer @ Nomey
3. Khairil bin Anuar
4. Noor Idham bin Nasir
Utk melihat gambar gambar penuh kejohanan sila klik galeri aktiviti.......

Khamis, 11 Jun 2009

SAMBUTAN BELIA PERINGKAT SHAH ALAM
















Ahad 7 Jun 2009 - Biro Belia dan Sukan JKKK Padang Jawa Petaling, telah berjaya menganjurkan program Sukan untuk Belia peringkat Parlimen Shah Alam pada 7hb Jun yang lalu.
Menurut Pengarah program Sdr Abu Shah Hashim 46, program ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan sukan serta membina fisikal serta peribadi yang sihat dikalangan belia belia mahupun dikalangan remaja remaja. "Dengan menyertai acara sukan, ini sedikit sebanyak dapat membina gaya hidup sihat dan baik dikalangan mereka". Sambutan dikalangan belia adalah amat hebat sekali sehingga penyertaan bukan sahaja sekitar Shah Alam malah seluruh negara", katanya.
Sdr Tarmizi Mohamed Nor pula menjelaskan bahawa Biro Belia JKKK Padang Jawa memang telah merangka program mereka sendiri kepada Belia serta remaja sekitar Kampung Padang Jawa petaling. Antara program program yang telah dirangka untuk mereka ialah program latihan sukan Badminton setiap minggu, latihan Sepaktakraw setiap hari, serta catur yang mana telah disediakan jurulatih jurulatih untuk melatih belia serta remaja dengan harapan mereka mampu sehingga kepringkat lebih jauh sehingga peringkat negeri mahupun negara. Selain itu, beliau menjelaskan bahawa program pembinaan rohani juga telah dirangka untuk mereka.

Sebanyak 4 kategori sukan telah dipertandingkan dalam program ini. Acara acara tersebut ialah Bolasepak, Sepak Takraw, Catur serta Playstation 2 (Acara Winning Eleven).
Acara catur telah diadakan di Dewan MBSA, Padang Jawa, Bolasepak di Padang Syarikat Chemical Company of Malaysia(CCM), sementara acara Sepaktakraw dan Playstation telah diadakan di Tapak Gerai MBSA, Jln Mat Raji.
Dalam ucapan alu-aluan dan peresmian oleh YB DUN Batu caves Sdr Aminuddin Shaari, beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan JKKK menganjurkan program seumpama ini. Golongan belia dan remaja yang sihat dan bermotivasi adalah antara aset terpenting dalam pembangunan sesebuah negara. Beliau menyeru belia belia di negeri Selangor agar sentiasa proaktif dalam membantu pembangunan fizikal dan rohani di negeri Selangor.
Bagi acara catur, seramai 150 peserta telah mengambil bahagian malah ada antaranya adalah merupakan pemain peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Saudara Mohd nabil telah muncul sebagai juara bagi acara terbuka sementara bagi kategori bawah 12 tahun, adik Roshan Singh telah menjuarainya.
(KEPUTUSAN SERTA BERITA UNTUK SEMUA ACARA MENYUSUL KEMUDIAN)
Acara penutup telah dikendalikan oleh YB DUN Batu tiga, Pn Rodziah Ismail. Dalam ucapan beliau, beliau menyeru kepada semua remaja dan belia belia di Padang Jawa agar mengamalkan gaya hidup sihat serta menjauhi dari gejala gejala social seperti Merempit, dadah, khalwat dan sebagainya. Sehubungan itu, beliau menyeru kepada mereka agar jangan hanya hebat di luaran sahaja tetapi mestilah juga mempunyai pegangan agama yang kuat. Jatidiri harus dipekukuhkan di kalangan mereka dalam membentuk dan membina remaja yang kuat untuk persiapan menghadapi masa masa hadapan.
Beliau juga memberitahu bahawa Tanah kosong yang terletak di bahagian belakang tapak gerai MBSA, Jalan Mat Raji akan dibangunkan untuk menempatkan kawasan riadah. Iaitu, padang Bolasepak, padang futsal dan sebagainya dan ini adalah sebahgian dari perancangan kerajaan secara berperingkat.

Program ini yang dimulakan sekitar jam 09.00 pagi telah berlangsung dengan meriah serta sambutan yang hebat ini telah berakhir jam 7.00 ptg dengan acara penutup oleh YB Rodziah sendiri.

Rabu, 3 Jun 2009

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KAMPUNG BERKEBAJIKAN

27hb may 09 - Biro Kebajikan dan hal ehwal wanita tidak ketinggalan dalam aktiviti kebajikan kebajikan sekitar Padang Jawa Petaling. Saban Minggu, AJK Biro yang diketuai oleh Sdr Anuar (Ikan) bin Keling tidak putus putus untuk menziarahi penduduk penduduk yang kurang bernasib baik.

"Kebajikan diletakkan di aras pertama agenda kami sejajar dengan hasrat dan dasar kerajaan Negeri Selangor menjadikan Selangor sebagai Negeri Berkebajikan" kata saudara Anuar (Ikan).



Beliau yang sememangnya terkenal dengan kelantangan suara beliau menjual ikan dan sayur sekitar kampung, menjadikan beliau seorang yang sangat dikenali dan disenangi oleh masyarakat Kampung. Ini secara tidak langsung dapat membantu dalam mengenal pasti penduduk penduduk yang kurang bernasib baik dan memudahkan lagi tugas JKKK dalam menyalurkan bantuan bantuan yang disediakan oleh Pihak JKKK sendiri mahupun pihak kerajaan negeri.


Antara sumbangan yang mampu dihulurkan oleh Pihak JKKK ialah dalam bentuk barangan keperluan seharian seperti Beras, Tepung Gula, susu, dan beberapa barangan keperluan asas yang lain untuk membantu meringankan bebasn penduduk.

Setiap program ziarah kepada penduduk penduduk akan dihadiri bersama oleh AJK Biro Kebajikan bersama sama Ketua Kampung Padang Jawa Tn Hj Aziz, serta wakil MPP Zon 6, Hj Hisham Parman. Ini akan dapat membantu melaras serta menyalurkan sebarang bantuan ataupun maklumat kepada pihak atasan agar memudahkan lagi bantuan di masa masa akan datang.



Sementara itu, Bagi hal ehwal wanita, Pn Rahelah pula sentiasa gigih dalam mengutamakan hal ehwal wanita. Beliau ditugaskan mencari wanita yang kurang bernasib baik samada yang sakit, Ibu tunggal, mahupun yang kurang upaya dan miskin. "Kita sentiasa mencari maklumat dan mengenal pasti wanita wanita ini untuk kita hulurkan bantuan yang termampu " katanya.

Hj Abd Aziz berharap agar perkara perkara dan program yangbaik dan bermanafaat seperti ini akan dapat diteruskan serta menjadi contoh yang baik kepada kampung kampung yang lain.