PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Ahad, 21 Jun 2009

MANGSA MANGSA KEBAKARAN TERUS DIBANTU
















Sabtu - 20 Jun 2009- Mangsa-mangsa kebakaran di Padang Jawa pada 16 Jun yang lalu terus mendapat bantuan dari Pihak pihak yang berwajib.

Yang terbaru ialah bantuan dari pihak Pejabat Daerah petaling. Majlis penyerahan bantuan telah dianjurkan oleh Bahagian Kebajikan, Masjid As Solihin Padang Jawa dan telah diadakan pada 18hb Jun yang lalu bertempat di Masjid As Solihin Padang Jawa.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen, Tn Hj Khalid Samad.

Pejabat daerah Petaling telah diwakili oleh Ketua Penolong Pegawai Daerahnya, En. Yahaya bin Hassan. Beliau bertanggungjawab menyelia sepenuhnya terhadap Unit Pembangunan Masyarakat dan Unit Pembangunan Fizikal. Beliau merupakan Ketua Bahagian Pembangunan dan JKKK daerah. Turut hadir ialah Penghulu Mukim Bukit Raja Tn Ardzmi b Atan.

Manakala bagi pihak JKKK, Tn Hj Abdul Aziz Barhan, Ketua Biro Kebajikan Hj Hisham Parman dan Nazir Masjid, Ustaz Ahmad Zaki ARshad hadir memberi sokongan.

Dalam ucapannya, Tn Hj Khalid Samad meminta kepada semua mangsa mangsa kebakaran agar sentiasa sabar ke atas ujian yang diberikan Allah swt. "Sesungguhnya telah menjadi tanggungjawab pihak yang berwajib untuk membantu serta meringankan kesusahan yang alami mangsa mangsa. Tak ketinggalan juga masyarakat sekitaran mesti turut membantu memberi sokongan dan bantuan agar mereka dapat menempuh dugaan ini dengan baik". katanya.

Sementara itu, Tn hj Abdul Aziz dalam ucapannya menyatakan bahawa pihak JKKK akan terus membantu mangsa mangsa mengikut keuapayaan. "Kami sedang berusaha untuk mencarikan rumah untuk disewa di kawasan sekitar kepada mangsa mangsa agar mereka dapat menjalani hidup seperti biasa" katanya. Buat masa ini, mangsa mangsa ditempatkan di Dewan Masjid As Solihin Padang Jawa.

Ust Ahmad Zaki Arshad pula meminta agar kutipan derma diteruskan disekitar Padang Jawa bagi membantu mangsa mangsa. Tabung tabung di sediakan di Masjidk dan surau surau bagi memudahkan ahli masyarakat menghulurkan derma.
Seorang mangsa kebakaran, Sdr Hussin Ithnin, melahirkan kegembiraan beliau dengan bantuan oleh pihak pihak PBT. "Pihak Masjid, JKKK dan PBT banyak membantu kami dalam kami menghadapi musibah ini dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang kami tanggung", katanya. Beliau menceritakan di mana sewaktu api sedang marak, ada dua orang penduduk telah melaungkan azan dengan lantang. Beliau percaya ini telah dapat menyelamatkan harta rumah sekitar dari turut terbakar.

Satu program ceramah motivasi oleh Imam Masjid Sendiri , Tn Hj Ust Kamal Nasir turut diadakan dalam majlis tersebut untuk memberi motivasi kepada mangsa mangsa.
Majlis bersurai sekitar jam 11.00 mlm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan