PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 11 Jun 2009

SAMBUTAN BELIA PERINGKAT SHAH ALAM
















Ahad 7 Jun 2009 - Biro Belia dan Sukan JKKK Padang Jawa Petaling, telah berjaya menganjurkan program Sukan untuk Belia peringkat Parlimen Shah Alam pada 7hb Jun yang lalu.
Menurut Pengarah program Sdr Abu Shah Hashim 46, program ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan sukan serta membina fisikal serta peribadi yang sihat dikalangan belia belia mahupun dikalangan remaja remaja. "Dengan menyertai acara sukan, ini sedikit sebanyak dapat membina gaya hidup sihat dan baik dikalangan mereka". Sambutan dikalangan belia adalah amat hebat sekali sehingga penyertaan bukan sahaja sekitar Shah Alam malah seluruh negara", katanya.
Sdr Tarmizi Mohamed Nor pula menjelaskan bahawa Biro Belia JKKK Padang Jawa memang telah merangka program mereka sendiri kepada Belia serta remaja sekitar Kampung Padang Jawa petaling. Antara program program yang telah dirangka untuk mereka ialah program latihan sukan Badminton setiap minggu, latihan Sepaktakraw setiap hari, serta catur yang mana telah disediakan jurulatih jurulatih untuk melatih belia serta remaja dengan harapan mereka mampu sehingga kepringkat lebih jauh sehingga peringkat negeri mahupun negara. Selain itu, beliau menjelaskan bahawa program pembinaan rohani juga telah dirangka untuk mereka.

Sebanyak 4 kategori sukan telah dipertandingkan dalam program ini. Acara acara tersebut ialah Bolasepak, Sepak Takraw, Catur serta Playstation 2 (Acara Winning Eleven).
Acara catur telah diadakan di Dewan MBSA, Padang Jawa, Bolasepak di Padang Syarikat Chemical Company of Malaysia(CCM), sementara acara Sepaktakraw dan Playstation telah diadakan di Tapak Gerai MBSA, Jln Mat Raji.
Dalam ucapan alu-aluan dan peresmian oleh YB DUN Batu caves Sdr Aminuddin Shaari, beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan JKKK menganjurkan program seumpama ini. Golongan belia dan remaja yang sihat dan bermotivasi adalah antara aset terpenting dalam pembangunan sesebuah negara. Beliau menyeru belia belia di negeri Selangor agar sentiasa proaktif dalam membantu pembangunan fizikal dan rohani di negeri Selangor.
Bagi acara catur, seramai 150 peserta telah mengambil bahagian malah ada antaranya adalah merupakan pemain peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Saudara Mohd nabil telah muncul sebagai juara bagi acara terbuka sementara bagi kategori bawah 12 tahun, adik Roshan Singh telah menjuarainya.
(KEPUTUSAN SERTA BERITA UNTUK SEMUA ACARA MENYUSUL KEMUDIAN)
Acara penutup telah dikendalikan oleh YB DUN Batu tiga, Pn Rodziah Ismail. Dalam ucapan beliau, beliau menyeru kepada semua remaja dan belia belia di Padang Jawa agar mengamalkan gaya hidup sihat serta menjauhi dari gejala gejala social seperti Merempit, dadah, khalwat dan sebagainya. Sehubungan itu, beliau menyeru kepada mereka agar jangan hanya hebat di luaran sahaja tetapi mestilah juga mempunyai pegangan agama yang kuat. Jatidiri harus dipekukuhkan di kalangan mereka dalam membentuk dan membina remaja yang kuat untuk persiapan menghadapi masa masa hadapan.
Beliau juga memberitahu bahawa Tanah kosong yang terletak di bahagian belakang tapak gerai MBSA, Jalan Mat Raji akan dibangunkan untuk menempatkan kawasan riadah. Iaitu, padang Bolasepak, padang futsal dan sebagainya dan ini adalah sebahgian dari perancangan kerajaan secara berperingkat.

Program ini yang dimulakan sekitar jam 09.00 pagi telah berlangsung dengan meriah serta sambutan yang hebat ini telah berakhir jam 7.00 ptg dengan acara penutup oleh YB Rodziah sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan