PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Jumaat, 8 Julai 2011

KICK THE HABIT : LOVE OUR ENVIRONMENT








Sabtu 24hb June 2011 - Program "KICK THE HABIT LOVE OUR ENVIRONMENT" telah diadakan pada 24hb June yang lalu. Program ini adalah anjuran bersama sama Sekolah Sains Kesihatan, Kolej PTPL, Shah Alam dan Persatuan Penduduk Lorong Lot 634D, Jalan Mat Raji dengan dibantu oleh JKKK Padang Jawa Petaling.

Antara program program yang telah diatur untuk program ini adalah termasuk gotong royong membersih kawasan, sukaneka rakyat bersama anak anak serta ibu bapa penduduk, Pameran Anti Denggi dan Cikugunya , senamrobik serta program penerangan menangani karenah remaja masa kini.

Program bermula jam 09.00 pagi telah mendapat sambutan yang amat meriah dari penduduk penduduk lorong dimulakan dengan senamrobik, diikuti oleh gotong royong, pameran acara sukan dan jamuan.

Seluruh masyarakat lorong serta kawasan sekitar turut hadir . Ketua Lorong, En Hamid Borhan mengalu alukan kesudian pihak PTPL mengadakan program bersama seperti ini dan diharap ianya dapat memberi suatu dimensi baru serta hubungan baik antara masyarakat bandar serta penduduk desa. Ianya akan dapat memberi kefahaman serta kesedaran dikalangan remaja mengenai cara hidup sederhana kampung dan saling menghargai satu sama lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan