PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Isnin, 28 Februari 2011

GOTONG ROYONG AKHIR DAN AWAL TAHUN




JKKK Padang Jawa Petaling dengan kerjasama Surau Nurul Iman Jalan Mat Raji serta PAS Padang Jawa Petaling telah berjaya menganjurkan sebanyak 2 program gotong royong pada akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011 ini.

Gotong royong pertama telah diadakan pada tarikh pada tarikh 26 Dec bertujuan untuk membersih serta menampal lubang lubang yang terbentuk di sekitar laluan motor dan basikal ke Seksyen 17 Shah Alam.
Laluan yang dikelilingi oleh Sek Men Pendidikan Khas Seksyen 17 serta Fakulti Pelajaran Uitm Shah Alam ini adalah laluan alternatif kepada seluruh masyarakat Padang Jawa Petaling ke Seksyen 17.

Laluan kecil ini jugalah yang menampung sebagai laluan utama pelajar pelajar sek Men Section 16 Shah Alam yang kebanyakkannya dari Padang Jawa. Ianya juga merupakan laluan untuk penduduk yang bekerja di Kilang sekitar Shah Alam.

Menurut ketua Kampung, Tn Hj Aziz memandangkan kepentingan laluan tersebut, kami mengambil inisiatif ini untuk bersama sama membersihkan laluan tersebut untuk kemudahan semua. Menurut Hj Hisham pula laluan ini amat penting untuk semua dalam masa yang sama 'kami masih lagi menanti nati agar pihak berwajib dapat segera menyiapkan laluan alternatif kedua yang dicadangkan sebelum ini.

Ahli ahli masyarakat telah sama sama mebantu membersihkan laluan ini termasuklah dari ahli jemaah Surau, Ahli Jawatankuasa JKKK dan PAS tidak ketin ggalan skuad COMBI Padang Jawa serta dari MPP Zon 6, Tuan Abd Halim Mohd Redzuan.

Gotong royong kali kedua pula telah diadakan pada 12hb Februari 2011 di kawsan sekitar Surau Nurul Iman bertujuan untuk membersihkan kawasan Surau serta kawasan untuk program Majlis Maulidur rasul peringkat Padang Jawa Petaling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan