Sabtu - Persatuan Penduduk penduduk Lot 640A, Jalan Mat Raji telah berjaya menganjurkan satu program Kuliah agama bersama sama dengan JKKK Padang Jawa Petaling. Program Kuliah ini adalah julung kalinya di adakan di Lorong berkenaan.
Menurut wakil lorong berkenaan, En Abd Hamid Selamat program ini adalah kali pertama diadakan dilorong beliau dan beliau berharap program seperti ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa. Program ini sangat baik kerana ia adalah program majlis ilmu yang dapat memberi ilmu dalam bidang agama..katanya.Program bermula dengan gotong royong lorong berkenaan yang bermula sekitar jam 9 pagi. program seterusnya ialah bersembahyang maghrib berjemaah penduduk lorong dan seterusnya diikuti oleh bacaan doa selamat dan Yasin dan tahlil. Penduduk dan masyarakat sekeliling telah juga dijamu makan oleh makanan yang disediakan secara berjemaah lorong sebelum Kuliah agama dimulakan selepas Isyak dan makan.
Dalam program ini juga, pihak JKKK telah menyerahkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik . Antara penerimanya ialah En. Hashim, Pn Norani Ahmad dan seorang warga kurang upaya.

Turut hadir ialah Pengerusi JKKK Tn HJ Abdul Aziz Barhan serta Ketua Lorong Tn Hj Mohari, Program berakhir sekitar jam 11. malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan