PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 20 Disember 2012

PROGRAM BAKTI SISWA BERSAMA JKKK


Ahad 22hb September 2012 - Penggerak Belia Tempatan PeBT yakni salah sebuah badan yang diletakkan di bawah Majlis bandaraya Shah Alam melalui Majlis Perwakilan Penduduk MPP Zon 6 telah berjaya menganjurkan program BAKTI SISWA pada 22hb September 2012 yang lalu . Program ini adalah dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling.

Antara Program program yang diadakan dalam majlis ini Servis Motor Percuma Oleh Pelajar pelajar Teknikal dari INSPEN . Juga memotong rambut / rebonding / cuci dsb yang dikhaskan untuk kaum HAWA. juga diadakan gotong royong membersih kawasan sekitar rumah rumah dan penduduk Kampung padang Jawa ini. Turut diadakan adalah acara sukan indoor seperti Carrom, Catur serta Dart.

Program sehari ini turut menampikan Yang Berbahgia Ustaz Suhaini Ahmad Wakid sebagai Penceramah Motivator bagi memberi motivasi serta kesedaran dalam hidup beragama . Ini kerana dalam keadaan suasana sekitar sekarang yang tidak membantu dikalangan pelajar pelajar terutama dalam hidup beragama. Sekurang kurangnya pengisisan seperti ini dapat memberi kesedaran dikalangan pelajar agar jangan hanya mementing pelajaran tapi agama lebih utama.





Turut diadakan adalah perlawanan bolasepak memakai kain antara Kumpulan Pemuda dan Veteran.

Majlis diakhiri dengan acara cabutan nombor bertuah serta peserta terbaik program.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan