PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 13 September 2011

SUMBANGAN KPD ANAK ANK YATIM IHYA RAMADHAN









Anak Anak Yatim sekitar Padang Jawa Petaling telah diraikan dalam satu program ihya Ramadhan anjuran Surau Nurul Iman serta kerjasanma dari JKKK Padang Jawa Petaling.

Program yang telag diadakan pada 21hb ogos yang lalu itu telah berjaya mengumpulkan seramai 37 orang anak anak yatim. Majlis dimulakan dengan Kata kata aluan dari Pengerusi Surau, Hj Hisham Parman serta diikuti dengan ucapan dari Ketua kampung, Tn Hj Abdul Aziz Barhan. Anak Anak yatim yang kebanyakannya diiringi oleh ibu ibu (tunggal) juga telah di sajikan ilmu dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh al fadil ustaz Mohs Syahiid, Pendakwah Bebas.

Majlis berbuka puasa bersama sama anak anak yatim ini dan seterusnya bersembahyang maghrib bersama sama. dan akhirnya selepas maghrib, majls penyampaian sumbangan telah di lakukan oleh ketua kampung sendiri.
Selepas sahaja selesai bersolat maghrib, sebuah kum pulan NGO iaitu dari Kumpulan Motosikal Biker Garuda telah turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Kumpulan berkenaan yang di ketuai oleh Hj Abdullah mail telah turut menyampaikan sumbangan mereka yang ditujukan khas buat anak anak yatim tersebut.

Syukur kehadrat Allah swt yang telah melimpahkan kurniaannya kepada anak anak yatim ini serta kita semua. Semuga ini menjadi iktibar serta menambahkan lagi keimanan serta keyakinan terhadap allah swt dan menuruti apa yang diwajibkan oleh Allah swt. Amin Ya Rabbal alamin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan