PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 8 September 2011

JOM SHOPPING




 program jom shopping diteruskan lagi dan kini tibalah giliran warga warga emas Padang Jawa Petaling untuk pergi bershopping bersama sama kerajaan negeri. Seramai 100 orang dikalangan telah dipilih untuk turut serta dalam siri pertama ini yang telah di adakan pada 18 Ogos yang lalu.

Program jom shopping ini adalah program yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor. Antara tujuan utamanya adalah untuk sama sama berkongsi pendapatan di mana pendapatan kerajaan negeri akan diagihkan terus kepada rakyat warga emas agar mereka juga turut merasa hasil kerajaan. selain itu juga ia bertujuan untuk meraikan warga warga emas itu sendiri yang telag banyak jasanya serta menyumbang dan berkorban demi kemajuan dan kesejahteraan keluarga , masyarakat dan rakyat di seluruh negeri selangor ini.
Program yang di adakan secara berperingkat ini akan diteruskan lagi dari masa ke semasa insya allah.

Warga warga emas ini turut menyatakan kegembiraan mereka kerana pengorbanan mereka selama ini turut dihargai oleh sebuah kerajaan negeri selangor. Di harap program seperti dapat diteruskan demi menjamin kesejahteraan rakyat serta kebahgiaan warga warga emas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan