PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 28 September 2011

AIDILFITRI BERSAMA MASJID AS SOLIHIN DAN JKKK.....













JKKK telah turut serta dalam program sambuta n aidil fitri yang telah dianjurkan oleh Masjid As Solihin pada sabtu 24hb September yang lalu. Program bermula pada Maghrib bersama diikuti dengan Kuliah Maghrib bersama Ustaz Jemputan, Ustaz Shahrullah.

Diikuti dengan Isyak bersama sama sebelum majlis keraian Aidil fitri selepas itu. Antara yang turut hadir memeriahkan lagi majlis ini ialah YB Yaakob Sapari.

Dalam ucapan alu aluan, Tn Hj Aziz telah sempat mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh masyarakat yang hadir serta mengucapkan tahniah diatas usaha usaha pihak masjid menjayakan majlis ini.
Beliau berharap institusi masjid ini akan dijadikan platfom terbaik dalam usaha untuk menjadikan masyarakat Padang Jawa mendapat lebih kesedaran serta ilmu ilmu yang bermanafaat untuk kesejahteraan ummah.

Majlis majlis ilmu yang di adakan saban malam diharap dapat terus dipenuhi dengan limpahan manusia dan dapat memberi dakwah terbaik agar menjadi insan baik di sisi Allah swt hendaknya.

Dalam majlis ini masyarakat telah dihidangkan oleh pelbagai jenis makanan. Antaranya termasuklah Satay yang telah disajikan oleh pihak JKKK dan Masjid serta lain lain seperti Lemang, Nasi Impit, Mee soup, Mee Jawa, Rojak Buah, Kuih Muih, Nugget dan kentang goreng, Aneka bubur serta pelbagai lagi hidangan. Antara Badan Badan lain yang turut serta dalam program ini termasuklah Pasti Az Zahrah 1 2 dan 4, JKKKKlang, UMNO Padang Jawa, Kemas, Surau Nurul Iman, Surau Al Falah, Persatuan Khairat Kematian, PKR serta Women Institution. Tidak ketinggalan menyediakan gerai makanan ialah PAS Padang Jawa Petaling yang menyediakan Roti Canai.
Ribuan masyarakat telah hadir dalam majlis ini dan diharap ini akan dapat diteruskan bukan sahaja dalam program seperti ini tapi dalam program program lain seperti program kuliah, program remaja, gotong royong dan sebagainya. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan