PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 20 Mei 2009

MAJLIS KESYUKURAN KEMENANGAN PR



















Pakatan Rakyat Padang Jawa telah menyambut dan meraikan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April lalu dengan mengadakan majlis kenduri doa kesyukuran.
JKKK Padang Jawa petaling telah turut dijemput ke majlis tersebut dengan AJK Bahagian keselamatan telah bertugas menjaga keselamatan serta trafik.
Majlis tersebut telah diadakan pada 20hb April 2009 di Gerai Sdr Hamid Selamat, di dataran PAS padang Jawa Petaling, Jalan Mat Raji. Majlis tersebut telah bermula sekitar jam 09.00 malam.
Dalam ucapan di majlis kesyukuran di dataran itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Hj Khalid Samad menyatakan telah dapat menarik nafas lega di atas kemenangan PAS/Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti sejumlah 2,789 undi.
"Kemenangan tersebut adalah hasil dari kemantapan kerjasama tenaga anggota Pakatan Rakyat dalam negeri dan juga sokongan padu dari luar seperti Kumpulan Gerak Kerja PAS Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah serta Wilayah Persekutuan," tegasnya.
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih beliau kepada kepimpinan PAS dan PKR Padang Jawa kerana kesanggupan turut serta bertugas dan berkempen di bukit Gantang dan Bukit Selambau dalam memastikan kemenangan calon PR di kedua dua kawasan, tak kira semasa Penamaan calon mahupun sewaktu hari mengundi.
"Pimpinan Pakatan Rakyat masih menunggu dan berusaha kepada jalan penyelesaian yang mutlak iaitu dengan diadakan pengubaran DUN Perak sekaligus mengadakan Pilihan Raya seluruh negeri Perak untuk mendapatkan semula mandat kuasa dari rakyat dalam Pilihan Raya itu nanti," kata nya lagi.
Dalam kemenangan tersebut calon dari PAS Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diisytiharkan menang dengan meraih undi sebanyak 21,860 manakala lawannya Ismail Saffian (BN) 19,071 dan Kamarul Ramizu (Bebas) 62 di mana majoritinya 2,789.
Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Shah Alam dalam ucapan beliau menyatakan bahawa kemenangan PAS di Bukit Gantang dan PKR di Bukit Selambau menggambarkan keinginan rakyat untuk melihat satu landscape politik yang baru di dalam Negara Malaysia.
“Ternyata rakyat Perak masih belum hilang marah terhadap cara BN merampas Perak dari kerajaan PR” katanya lagi.
Turut hadir bersama dalam program pada malam tersebut ialah Sdr Azly Yusof, Naib YDP Pas Kawasan Shah Alam, Sdr Zulkifli Mohd Nani selaku MPP Zon 6, Drs. Yaacob Hassan selaku Penasehat PAS Padang Jawa, Klang serta Hj Hisham Parman, Ketua PAS Padang Jawa Petaling.
Tidak ketinggalan bersama sama pendukung PR Padang Jawa ialah Dr Badrol Amin Baharon yang turut memberi sokongan beliau.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh kira kira sekitar 300 penyokong dan penduduk Padang Jawa dan dihidangkan dengan Ikan serta ayam bakar dan lain lain lagi.
Majlis selesai sekitar jam 11.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan