PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 13 Mei 2009

MAJLIS DIALOG ANTARA PENIAGA PENIAGA















Satu program majlis dialog antara JKKK / MPP Zon 6 serta PBT dan peniaga peniaga sekitar Padang Jawa Petaling telah diadakan pada 27hb Mac yang lalu. Seramai kira kira 45 peniaga peniaga sekitar telah menghadiri program ini yang bertujuan menerangkan tugas dan bidang tanggungjawab pihak yang dipertanggungjawabkan serta tanggungjawab para peniaga peniaga.

Program dimulakan dengan Kata-Kata aluan selawat dan salam dari Pengerusi JKKK merangkap ketua Kampung Padang Jawa Petaling, Tn Hj Abdul Aziz. Beliau merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua peniaga peniaga yang terlibat serta menyatakan tujuan program ini iaitu untuk menyelaras serta menambahbaik keadaan dan penyelenggaraan peniaga peniaga sekitar Padang Jawa Petaling. Beliau juga memberitahu bahawa standard bangunan seharusnya tidak melebihi tanah milik kerajaan termasuk di bahu bahu jalan untuk membuat perniagaan dan berharap janganlah ada yang membuat perniagaan sehingga ke bahu bahu jalan, apatah lagi dengan cadangan projek pemindahan paip utama yang terletak di tengah jalan Utama Mat Raji yang akan dipindahkan ketepi jalan. Beliau memohon kerjasama dari penduduk serta peniaga peniaga agar mematuhi nasihat beliau.

Dalam ucapan seterusnya oleh Tuan Hj Musri selaku dari MPP Zon 6, beliau memberitahu bahawa usaha usaha sedang dan sentiasa dilakukan oleh pihak MPP Zon 6, JKKK Padang Jawa Petaling bersama pihak PBT, untuk memperbaiki suasana perniagaan, keadaan persekitaran yang baik agar dapat memberi imej lebih baik sejajar dengan kedudukan Kg Padang Jawa selaku Kg di dalam Bandar. Kesedaran perlu ada dikalangan semua peniaga untuk menjaga pesekitaran agar sentiasa tepelihara. Beliau memberitahu bahawa terdapat 15 check point sampah sekitar PJ Petaling.

Wakil MBSA , Sdr Norizan Ab Rahman pula memberitahu bahawa beliau adalah dari bahagian penguatkuasaan dan menjadi tugas beliau memastikan peniaga peniaga mematuhi arahan yang dibuat oleh pihak MBSA.

CADANGAN DAN SARANAN

1.Tn Hj Aziz memohon kerjasama para peniaga agar sampah sarap dapat dibuang dengan baik. Di ikat dan dibungkus dengan baik dan diletakkan ke dalam Tong yang disediakan. Setiap Check Point sampah akan diwujudkan papan kenyataan bertujuan menasihat penduduk dan peniaga agar membuang sampah ke dalam tong yang disediakan dan bukan mencampak atau meletakkan di luar tong sampah. Pihak JKKK sendiri akan memantau kebersihan setiap check point sampah apabila papan kenyataan siap kelak.

2. Tn Hj Hisham (Wakil MPP Zon 6) pula berkata beliau ada menerima aduan dari penduduk mengenai bau sampah dan keadaan sekitar check point sampah yang berterabur. Beliau memohon kerjasama dari semua agar sentiasa menjaga kebesihan .Sampah sarap yang tidak boleh dilupuskan oleh lori pengangkut sampah seperti sabut kelapa hendaklah di asingkan.
Beliau juga menyatakan bahawa setiap premis perniagaan perlu menyediakan tong sampah sendiri. Bagaimanapun, beliau akan bertanya kepada pihak PBT apakah ianya satu kemestian. Beliau akan membuat lawatan ke kedai kedai bertujuan membantu dalam apa apa perkara seperti khidmat nasihat dan sebagainya.

3. Wakil MBSA Sdr Norizan Ab Rahman memberitahu MBSA ada mengeluarkan permit sementara yang boleh digunakan selama 6 bulan. Beliau akan cuba menyalurkan maklumat mengenai peniaga di Padang Jawa ke bahagian perlesenan untuk tindakan mereka.

4. Sdr Tarmizi (Pejabat DUN Bt tiga) pula memohon penduduk dan peniaga serta pelanggan pelanggan agar lebih berhemah dalam meletakkan kereta atau kenderaan d i bahu bahu jalan. Beliau memahami tentang keadaan di Padang Jawa dimana ketiadaan tempat meletak kereta secukupnya



KESIMPULAN

Tn Hj Musri sebagai akhirnya memberitahu bahawa tujuan pihak Pemerintah mengadakan majlis Dialog ini adalah uutuk mencapai matlamat mengurangkan masalah dan mengurangkan suasana yang tidak menyenangkan kalaupun tidak mampu mencapai matlamat sepenuhnya.

Majlis Dialog ditamatkan sekita jam 11.10 malam oleh Pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan dengan bacaan Tasbih Kifarah serta Surah Al Asr.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan