PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Ahad, 23 Januari 2011

BACK TO SCHOOL




Satu lagi program kemasyarakatan ialah Back to School atau Kembali ke Sekolah telah di adakan pada 29hb Disember yang lalu. Program yang dikhaskan untuk pelajar pelajar yang akan kembali ke sekolah untuk sessi 2011 ini mensasarkan golongan miskin dan kurang bernasib baik sebagai penerimanya.

Kesemua anak anak telah di bawa ke Pasaraya MYDIN di Seksyen 18, Shah Alam serta Pusat Pakaian Hari Hari Seksyen 18, untuk memberi peluang mereka memilih sendiri barangan keprluan persekolahan mereka. Melihat keseronokan mereka mencari barangan keperluan menimbulkan rasa kepuasan di kalangan AJK AJK sendiri, Alhamdullillah.

Menurut Wakil Biro Kebajikan JKKK Pn hajah Rahelah, program ini adalah satu program bantuan kepada golongan ini untuk membantu mereka kembali ke sekolah dengan peralatan yang mencukupinya. Antara bantuan yang diberikan oleh pihak JKKK termasuklah sepasang Baju dan seluar serta kain, beg, kasut, stokin serta alat tulis seperti Pensil, Pen dan Pensil Box.

Sdr mahfuz selali Ketua Biro Kebajikan JKKK berharap akan ada lebih ramai pihak pihak tertentu samada dari sektor Korporat, swasta mahupun pihak NGO NGO serta orang orang perseorangan yang sudi menghulurkan bantuan kepada pihak JKKK sendiri dalam usaha membantu golongan golongan ini menyiapkan diri kembali ke Sekolah. "Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi membantu Pihak JKKK menyiapakan serta menyediakan bantuan bantuan ini sehingga dapat diserahkan kepada golongan miskin ini dengan sempurna. Hanya Allah yang dapat membalas semua budi kalian..katanya.
Antara golongan penerima termasuklah Anak anak yatim, ibu ibu tunggal serta golongan tidak berkemampuan. Terdapat lebih 150 anak anak yang telah berjaya di bantu dalam program ini.

JKKK Padang Jawa petaling juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan sumbangan yang diberikan oleh pihak pihak tertentu dalam menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan