PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Sabtu, 22 Januari 2011

INDOOR GAMES BERSAMA PEBT



 Telah berlangsung satu kejohanan indoor games anjuran bersama sama JKKK serta PEBT Majlis Perwakilan Penduduk MPP Zon 6 baru baru ini. Antara acara acara yang dipertandingkan dalam kejohanan satu hari ini termasuklah Carrom, Chess, Congkak, Dam Haji serta Play Station 2.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada masyarakat sekitar Padang Jawa dan Shah Alam. 
Menurut Pengelola Program, Sdr Muriza Azrul, matlamat utama program seperti ini di adakan adalah untuk mengeratkan lagi perhubungan di antara pihak PBT seperti MBSA dan MPP dengan masyarakat setempat. "Selain itu, ianya juga mampu mengcungkil bakat bakat baru yang boleh kita ketengahkan di peringkat yang lebih tinggi, terutamanya untuk acara chess.
Dalam acara Carrom, Saudara Rosman dan rakan telah menjuarainya, manakala bagi acara Playstation 2, Adik Hakimi telah menjuarainya. Dam Haji telah dimenangi oleh saudara Mazlan manakala ntuk acara Congkak di menangi oleh Nur Fariena.

Turut di adakan pada sebelah malamnya adalah Talk show ataupun bual bicara bersama remaja remaja serta belia belia sekitar Padang Jawa. Dalam talk show ini, belia belia telah didedahkan mengenai bahaya bahaya gejala sosial yang berlaku serta penyelesaiannya iaitu penjagaan akhlak. Ini boleh di dapati dengan mengikuti suruhan agama Islam serta ingat selalu pesanan dari Kedua Ibu bapa, ungkapan dari salah seorang ahli panel, Saudara Jufri.

Turut menjadi ahli panel adalah Ahli Majlis Sdr Halim, Tn Hj Hisham serta Tn Hj Abdul Aziz sendiri.
Program yang sepatutnya berakhir dengan Siarang Langsung antara Manchester United dan Chelsea itu telah terpaksa dibatalkan kerana salji. Majlsi bersurai jam 11.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan