Pengacara nombor satu negara inu telah memberi penerangan yang baik kepada masyarakat sekitar serta adik adik yang hadir mengenai bahaya nyamuk aedes dan demam denggi yang boleh membawa maut itu. Anzil telah memberi sessi penerangan mengenai cara cara membersihkan kawasan perskitaran serta kawsan dalam rumah. "Anda semua hanya perlu meluangkan masa 10 minit untuk membantu menyelamatkan nyawa'.
Beliau juga mengimbas tragedi yang menimpa sahabat baik beliau sendiri iaitu, Sdr Din Beramboi yang telah kembali ke rahmatullah tahun lalu akibat terkena demam denggi. Ini menimbulkan suasana kesedaran di kalangan hadirin.
Kami di Skuad COMBI serta JKKK ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha usaha semua pihak dalam menangani wabak demam denggi di kawasan kami terutamanya pihak PKD sendiri, MBSA mahupun pihak kerajaan Negeri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan