PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Ahad, 23 Januari 2011

BANTUAN MASYARAKAT TERMISKIN BACK TO SCHOOL

 Satu program bantuan rakyat termiskin telah diadakan pada 224hb Disember yang lalu. Program ini dianjurkan oleh JKKK dengan kerjasama Kolej PTPL Shah Alam dan Multimedia Science Universiti.

Menurut En Shahdan, Pensyarah di Kolej berkenaan, bantuan kepada rakyat miskin ini adalah salah satu program kemasyarakatan kolej berkenaan yang telah di atur bertujuan untuk membantu masyarakat dari golongan ini. Setelah berbincang dengan pihak JKKK sendiri,  kami telah bersetuju memilih kawasan Padang Jawa berdasarkan pola penduduk yang mempunyai ramai masyarakat miskin, katanya.

Belia juga berkata menjadi tanggungjawab sosial pihak korporat mahupun kolej, Syarikat awam untuk membantu masyarakat agar mereka juga dapat menjalani hidup yang selesa.
Tn Hj Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dalam ucapannya pula mengucapkan syabas kepada pihak Kolej dan MSU di atas kesedaran membantu golongan ini. Beliau juga berharap agar bantuan seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan bukan pada satu satu musim sahaja. Ini akan dapat membantu usaha pihak kerajaan Negeri dalam mengurangkan kadar kemiskinan dalam Negeri Selangor, InSya Allah.

Seramai lebih 25 orang sukarelawan dari PTPL dan MSU serta seluruh AJK JKKK Padang Jawa dan golongan miskin telah hadir dalam program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan