PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 21 Disember 2011

ZIARAH BERSAMA SAMA PELAJAR UITM



 
 
 
 

21/11/2011 - Pelajar pelajar Fakulti Matematik Uitm Shah Alam sekali lagi telah mengadakan kunjungan untuk tujuan ziarah dan kebajikan kepada  masyarakat di Padang Jawa Petaling ini. Pelajar pelajar UITM ini di bawah pimpinan Professor Paramjeet Singh yang juga bertindak selaku penaja kepada semua barangan barangan keperluan untuk edaran.

Menurut professor Paramjeet, antara tujuan utama program ini adalah untuk memberi bantuan serta kebajikan kepada yang memerlukan terutamanya yag miskin, uzur serta golongan kurang bernasib baik. Ianya juga adalah untuk memberi kesedaran serta kefahaman kepada pelajar pelajar sendiri mengenai hakikat kehidupan sebenar diluar sana serta melihat sendiri masalah masalah serta keperitan hidup yang dialami oleh masyarakat.

Ianya juga sebagai memenuhi tanggungjawab sosial yang sepatutnya ada dikalangan badan badan kerajaan, badan badan korporat dan badan badan swasta. Sebanyak 5 buah keluarga telah sempat di ziarahi serta bantuan berbentuk barangan keperluan dan wang ringgit telah dihulur kepada yang memerlukan.

Kami di JKKK akan terus berusaha dengan lebih banyak lagi badan badan diluar Kampung agar mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha membantu golongan ini Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan