PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 27 Julai 2010

ZIARAH BERSAMA ADUN BT 3

Ahad - 18hb Julai 2010 - Hari ini, ADUN Batu Tiga, Pn Rodziah Ismail telah berkesempatan untuk turut serta dalam program ziarah anjuran kami, dari Biro Kebajikan JKKK Padang Jawa Petaling.

Kami telah berkesempatan untuk berkunjung ke lima buah rumah yang telah dipilih. Antara nya termasuklah golongan warga emas, Warga yg sedang mengalami keuzuran serta golongan miskin. Biro Kebajikan JKKK diwakili oleh Sdr Mahfuz b Othman selaku Ketua Biro, Pn Hjh Rahelah selaku Ketua Hal Ehwal Wanita serta seluruh barisan AJKnya seperti Pn Zaleha, Sdr Ismail, Pn Hjh Hamidah, Sdr Abdul Ghani serta isteri kepada Sdr Mahfuz Othman. Turut hadir selaku Pengerusi JKKK ialah Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan serta Setiausaha Sdr Shanrom Sazali Hj Karman.

Sementara wakil dari Parti Islam Semalaysia ialah Tn Hj Hisham Hj Parman selaku Ketua Cawangan Padang Jawa Petaling, Pn Hjh Salmah selaku Ketua Muslimat sementara wakil dari Surau Nurul iman adalah Saudara Abdul Rahman Hj jalil.

Dalam ucapan alu-aluan , Pn Rodziah Ismail mengucapkan tahniah serta terima kasih di atas inisiatif inisiatif yang dilakukan oleh pihak JKKK untuk menziarahi serta membantu golongan golongan ini. Ini selaras dengan dasar kerajaan negeri sendiri yang meletakkan kebajikan rakyat sebagai agenda utama demi membantu golongan yang memerlukan ini. Dalam kunjungan ini, Pn Rodziah telah sempat menyerahkan bantuan bantuan asas kepada kesemua yang dilawati serta memohon kepada mereka semua agar sentiasa bersabar atas dugaan yang diberi oleh Allah swt.

Keluarga keluarga yang telah sempat kami kunjungi adalah Keluarga yang hampir kesemuanya terletak di Lot 624, Jalam Mat Raji iaitu Keluarga Pn. Hasnah bt Katu, keluarga Pn Painah bt Katu, Keluarga Pn Azizah Sharif, Keluarga Pn Saimah Hj Jalil, Keluarga Pn hadinah bt Hj Jalil, serta Keluarga Pn Cek Ros bt Cek Samat (suami : Hashim b Hj Jalil).

Isnin, 5 Julai 2010

ALFATIHAH......BUAT SDR ARIFF

Isnin 5hb July, 2010 - Kami selaku Ahli Jawatankuasa JKKK kampung padang Jawa petaling merakamkan ucapan Takziah kepda keluarga Sdr Mohamd Ariff yang telah meninggalkan dunia pada hari Ahad 4hb July 2010. Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman, Insya Allah - Amin Ya Robbal Alamin.

**(JKKK telah sempat menziarahi beliau pada 30hb June yang lalu)

KULIAH BULANAN DI LORONG SRI AMAN


Ahad 4hb Julai 2010 - Siri Kuliah bulanan anjuran JKKK Padang Jawa Petaling kali ke 5 ini telah mengalami sedikit kelainan apabila Siri Kuliah kali ini telah diadakan di Lot 626 Lorong Sri Aman, Jalan Mat Raji.

Kuliah kali ini telah menampilkan Ustaz Sahid Tusiran selaku penceramah jemputan. Beliau tampil pada kali ini bagi menggantikan Pnceramah asal yang dijemput iaitu, Ust Nik Bakri Nik Mat yang tidak dapat hadir di saat saat akhir akibat keuzuran.

Yang berbahgia Ustaz Sahid menekankan betapa kepentingan solat dalam kehidupan seharian mampu membawa seseorang itu kepada jiwa yang tenang serta mencapai keredhaan Allah swt. Antara ciri ciri serta keutamaan bersolat adalah :
1. Dapat membersih jiwa luar dan dalam lahir dan batin. Solat itu merupakan doa ataupun permintaan.
2. Hikmah bersembahyang  i.Sentiasa ingat bahawa kita adalah hamba Allah. ii. Mendapat kenikmatan yang sebenar. iii. Sentiasa meminta keampunan kepada Allah kerana ia ada bacaan dalam solat. iv. Supaya kita dapat merasa kesempurnaan dalam kehidupan. v. Menjadi santapan jiwa .Menjadi ingat untuk beriman rukun iman dan rukun Islam .

Majlis pada malam tersebut dimulakan dengan bacaan Doa selamat, Yasin dan Tahlil  Arwah dari Jemaah Surau Nurul Iman yang telah turut bersama sama, serta seluruh AJK AJK JKKK Padang Jawa Petaling serta kehadiran ramai masyarakat di Lorong Sri Aman dan sekitarnya.

Sementara itu, Ketua Lorong Sri Aman, Sdr Mahfuz Othman melahirkan kegembiraan beliau di atas kesudian masyarakat khasnya penduduk penduduk Lorong tersebut untuk sama sama menyertai program tersebut. Menurut beliau program kali ini adaalah sedikit kelainan kerana selain kuliah di sebelah malamnya, terdapat aktiviti bergotong royong secara berjemaah telah diadakan di sebelah paginya. Ini pula diikuti dengan program beramah mesra bersama sama pelajar pelajar Uitm fakulti matematik dari Uitm Seksyen 17, Shah Alam. Pelajar pelajar tersebut sempat juga memberi tunjuk ajar matematik kepada anak anak yang menetap dilorong tersebut .

Menurut beliau lagi, program program seperti ini seharusnya diperbanyakkan lagi dalam usaha pihak JKKK mendekati masyarakat serta pula mendekati anak anak terutamanya yang akan memduduki peperikasaan akhir tahun ini samada PMR mahupun SPM. Beliau juga tidak lupa mengucapkan ribuan erima Kasih kepada semua pelajar pelajar terbabit yang sudi meluangkan masa mengikuti program tersebut yang bermula dari 10 pagi sehinggalah berakhir jam 10.30 malam.

Turut hadir dalam program ini adalah Tn Haji Abdul Aziz Hj Barhan selaku Ketua Kampung, Hj Hisham Parman selaku Pengerusi Surau Nurul Iman serta Sdr Halim Redzuan, Aktivis Gaza dari kapal Mawi Marmara. Sdr Halim Redzuan pernah menetap di lorong tersebut selama lebih 15 tahun.

Program berakhir dengan jamuan khas untuk seluruh yang hadir.

ZIARAH ...ZIARAH..

Selasa 29hb June 2010 - Program Ziarah diteruskan lagi. Kali ini kami kerumah 4 lagi orang warga Padang Jawa terdiri dari warga yang uzur serta warga emas.

Rumah pertama kami kunjungi ialah kerumah Puan Siti Asiah yang terletak di Lot 643 Lorong Wak Sirat. Puan Asiah merupakan balu kepada Allahyarham En Bakar yang pernah menetap di Padang Jawa selama 20 tahun satu ketika dahulu sebelum pulang ke kampung halaman beliau di Melaka. Kini balu allahyarhami  serta anak anak beliau kembali menetap di Padang Jawa demi memudahkan anak anak mencari rezeki. Seperti biasa kunjungan kami tidak lengkap jika tidak membawa sekali buah tangan berupa barangan keperluan seharian.

Rumah kedua kami kunjungi adalah rumah Puan Kharil di Lorong India 2. Beliau yang mengalami sakit bengkak bengkak badan itu mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian JKKK serta Biro kebajikan mengunjungi beliau.

Rumah seterusnya kami telah mengunjungi rumah Puan Rafidah yang terletak di Lorong Bali bersebelahan Surau Nurul Iman. Beliau juga mengalami keuzuran yang agak lama. Beliau yang mempunyai tanggungan seramai 4 orang anak itu tidak bekerja akibat keuzuran tersebut. Suami beliau pula adalah seorang pemandu lori dan perlu bekerja mencari rezeki memandu dalam waktu yang memerlukan beliau banyak keluar daerah. Ini menyebabkan beliau jarang dapat berada bersama keluarga tersayang.

Akhirnya, pihak JKKK telah mengunjungi Sdr Ariff yang rumahnya terletak di Jalan tegas Padang Jawa. Beliau juga mengalami keuzuran yang serius. Sewaktu kunjungan kami, beliau hanya mampu tersenyum dan hanya mampu duduk di atas katil akibat keperluan peralatan perubatan atas sakit yang di alaminya. Pihak JKKK sendiri akan cuba mengambil inisiatif untuk membantu beliau mengikut kemampuan yang ada untuk membantu beliau samada melalui peralatan ataupun kerkhidmatan kepada beliau.

Kunjungan kami ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri serta membantu kepada mereka yang memerlukan terutama sekali kepada yang uzur, warga emas, golongan muskin ataupun OKU. Di harap usaha murni kami mendapat sokongan dari pihak masyarakat apatah lagi pihak berwajib dengan menghulurkan bantuan kepada mereka. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan serta keselamatan masyarakat di bawah kami sesuai dengan moto kami sendiri iaitu Kampung berkebajikan.

Turut bersama sama kami dalam program ziarah ini adalah Ketua PAS Cawangan Padang Jawa Petaling, Tn HJ Hisham Parman serta Ketua Biro Dakwah Surau Nurul Iman, Sdr Abdul Rahman b Jalil.

Sabtu, 3 Julai 2010

PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN BOLING......

Ahad - 27hb June 2010 - Sebahagian AJK Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung telah menyertai satu kejohanan boling yang dianjurkan oleh Sekolah Rendah Agama Padang Jawa.

Sebanyak 28 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang telah diadakan di Pusat boling Ole Ole Seksyen 18 shah alam. JKKK telah diwakili oleh 3 pasukan terdiri dari JKKK A melalui saudara Abu Shah, Sdr Mohd Zahid, Sdr Shanrom dan Sdr Abd Hamid. JKKK B terdiri dari Sdr Effendi, Sdr Hamzah, Sdr Aminuddin dan Sdr Hamid yang juga selaku wakil dari Biro Keselamatan. JKKK C terdiri dari Sdr Mahfuz Othman, Sdr Ali, Sdr Azim dan Sdr faizzan.

Dalam pertandingan ini, Juara telah menerima sebanyak RM300 serta piala. Pertandingan ini telah diresmikan oleh Pengerusi MAIS, Mohd Adzib.

Peserta peserta JKKK telah bermain dengan begitu bersemangat sekali serta telah menunjukkan satu prestasi yang amat membanggakan sekali. Pemain terbaik JKKK ialah Sdr Abd Hamid yang telah mencatitkan jatuhan pin terkumpul 490 jatuhan pin untuk 3 frame permainan.

gambar menyusul....