PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 23 Januari 2013

KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR







JKKK Padang Jawa petaling serta AJK dan orang ramai telah dijemput ke Majlis Santapan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Bertempat di Istana Alam Syah, Klang.

Program bermula Jam 03 00 petang dan berakhir jan 6 petang.

COMBI Bergerak Lagi







Satu Program COMBI telah diadakan pada 10hb Disember 2012 yang lalu. JKKK Padang jawa serta COMB Padang Jawa telah bersama sama bergotong royong membersihkan kawasan sekitar Kampung Padang Jawa Petaling Khususnya kawasan yang berlongkang dan air bertakung.

KHATAN PERDANA




KHATAN PERDANA













11hb November 2012  - Biro kebajikan, JKKK Padang Jawa Petaling telah berjaya mengadakan satu program Khatan Perdana yang telah diadakn pada 11hb November 2012 yang lalu.

Seramai 32 orang pelajar pelajar yang terdiri dari Masyarakat sekitar kampung Padang Jawa Petaling telah mendafatarkan diri untuk sama sama menyertai majlis berkhatan ini. Menurut Sdra Mahfuz Othman, Ketua Biro kebajikan...sambutan yang diberikan oleh masyarakat amat amat menggalakkan sehingga pihak JKKK terpaksa menolak permohonan yang datang.

Majlis sambutan yang diadakan dimulakan dengan ucapan alu aluan dari Pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz Barhan. Turut sama memberi ucapan Tahniah dan syabas atas kejayaan menjayakan program ini ialah Ahli Parlimen, Tn Hj Khalid samad dan ADUN Pn Rodziah ismail.

Majlis diserikan lagi dengan bacaan Qasidah oleh Ahli Klab Bani Az Zahrah  dan kehadiran kesemua peserta peserta Khatan. Bacaan Khatam Al Quran turut diadakan oleh adik Nurul Najwa.

Tazkirah Maghrib turut diadakan yang dipandu oleh Ustaz Hj Mohd Syahiidd Tusiran Iskandaraniy.

PERSATUAN TEKSI PADANG JAWA


Majlis Peresmian Persatuan Teksi Padang Jawa telah diadakan pada 2hb November 2012 yang lalu. Serentak dengan itu juga, satu majlis pelancaran Insuran berkelompok telah diadakan .
Menurut Setiausaha Persatuan, Sdr Baharuddin Hj Daud tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk melindungi ahli ahli persatuan dari perkara perkara yang tidak dijangka seperti kemalangan, kecurian, rompakan dan sebagainya.

Turut hadir meresmikan majlis ini ialah YB Ahli Parlimen Tn Hj Khalid Samad. serta Pengerusi JKKK Tn hj Abdul Aziz Hj barhan.

BANTUAN MANGSA BANJIR








Satu Program bantuan mangsa banjir telah diadakan pada 24hb Oktober 2012 . Program anjuran Pejabat daerah Petaling dan Klang telah diadakan didewan MBSA Padang Jawa.

Turut hadir YB Rodziah Ismail, serta Ahli Parlimen Tn Hj Khalid Samad.