PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 22 Mac 2011

LAWATAN KE RUMAH ORANG ORANG TUA AL IKHLAS



Biro Kebajikan JKKK Padang Jawa Petaling bersama sama AJK Wanita Masjid Al Hidayah Seksyen 18, Shah Alam telah berjaya menganjurkan satu program lawatan ke rumah orang orang tua Al Ikhlas yang terletak di Lot 3530, Jalan Besar, Batu 9, Kampung Pulau Meranti 41720, Puchong, Selangor.

Tujuan lawatan ke rumah orang orang tua tersebut adalah untuk melawat serta mendapatkan sedikit pengetahuan mengenai perjalanan kehidupan penghuni di sana. Pengasas rumah orang orang tua al ikhlas adalah Puan hajah Muji binti Sulaiman yang juga bertindak selaku Pengarah Urusan. Tugas seharian beliau pula adalah merupakan seorang Ketua Jururawat di Hospital Serdang.

Rumah Orang orang tua ini telah diasaskan kira kira 7 tahun yang lalu serta setakat ini mempunyai seramai 42 orang penghuni lelaki dan perempuan  dan mempunyai 9 orang pekerja.

Menurut Puan Hajah Rahelah, AJK Bori Kebajikan dengan mengadakan lawatan seperti ini diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran mengenai betapa pentingnya menjaga ibu bapa serta menghargai jasa jasanya yang tidak akan termampun di balas oleh anak anak. Dikalangan penghuni itu kedatangan kami telah diiringi dengan linangan airmata kerana masih ada yang sudi menziarahi mereka. Di harap kepada anak anak kepada ibu ibu tua serta bapa bapa tua ini akan lebih perihatin dan sudi meluangkan masa untuk selalu datang menziarahi mereka keran itulah harapan mereka selalu.

Semuga Allah memberi kekuatan dan keberkatan kepada orang orang tua serta rumah kebajikan ini untuk terus berbakti kerana ianya adalah amanat Allah .

Desediakan oleh Zaleha bt Md Yassin.
AJK Biro

Sabtu, 19 Mac 2011

ZIARAH BERSAMA MESA





Khamis 17/03/2011 - Fakulti Matematik Uitm Shah Alam sekali lagi telah mengadakan lawatan susulan ke atas golongan warga warga miskin serta kurang bernasib baik pada 17/03/2011 yang lalu.

Sebanyak 4 buah keluarga telah diziarahi dalam program pagi tersebut yang telah turut diserta oleh Professor Fakulti Prof. Paramjeet. Fakulti ini telah menjadikan keluarga  keluarga  tersebut sebagai keluarga angkat yang akan dibantu dari masa ke semasa.
Menurut Prof. Paramjeet, selain membantu keluarga berkenaan sebagi satu tanggungjawab sosial korporat, beliau sendiri ingin menanamkan satu kesedaran di kalangan pelajar pelajar fakulti berkenaan mengenai pentingnya saling bantu membantu sesama insan. "Kita janganlah hanya mementingkan diri sendiri sehingga tidak memikirkan bahawa diluar sana ada masyarakat yang miskin dan daif yang memerlukan bantuan. Selain pelajaran di Universiti, ini juga dapat membantu pelajar pelajar ini untuk mengenali erti kehidupan sebenar dan sentiasa perihatin serta menginsafi diri untuk dijadikan sempadan dimasa akan datang..katanya.
Rumah rumah yang diziarahi adalah rumah Pn Ainon, Puan Norhaiza, Puan Zikri serta Puan Zah.
Kami di JKKK Padang Jawa Petaling ingin merakamkan jutaan terimsa kasih di atas kesudian pihak Fakulti dipimpin oleh Prof. Parajeet untuk terus membantu kami dalam usaha kami membantu serta memberi sedikit kebahgiaan dikalangan golongan miskin ini.

Semuga Allah memberkati usaha kita semua.

Rabu, 16 Mac 2011

BOLING AMAL JKKK 2011







JKKK Padang Jawa Petaling bersama sama Pejabat ADUN batu tiga telah buah pasuberjaya menganjurkan
satu Kejohanan Boling amal 2011 pada 6hb March yang lalu. Bertempat di OLE OLE Superbowl Seksyen 18, Shah Alam sebanyak 28 pasukan telah turut serta untuk memeriahkan lagi program ini. Antara yang turut menyertai termasuklah Kelab Pelita Jaya, Mariwasa Sdn Bhd, Amcorp, Sek Keb Padang Jawa, Sek Agama Padang Jawa , CCM, NIsa shah Alam serta beberapa lagi Badan Kerajaan serta NGO NGO dan orang orang perseorangan.

Pertandingan telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori berpasukan serta Individu. Dalam acara Berpasukan, kategori ini telah dimenangi oleh Kumpulan Taman Mat Raji  dengan markah sekitar 1,700 jatuhan pin. Bagi kategori Individu telah dimenangi oleh Saudara Zulkifli juga dari Kumpulan Taman Mat Raji.

Untuk Kumpulan JKKK sendiri telah diwakili oleh Tok Ketua sendiri, Sdr Mahfuz, Abu Shah Hashim dan Zahid Borhan. telah berjaya menduduki keseluruhan tangga ke 7 dengan 1,494 jatuhan  pin.

Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran ADUN Batu Tiga Pn Rodziah Ismail selaku penaung program dan telah berkenan untuk sama sama menjayakan serta meresmikan pertandingan ini, Beliau sendiri telah menghantar satu pasukan untuk turut serta.

Antara Individu yang turut serta termasuklah Penghulu Mukim, Tok Arzmi Atan, Ahli Majlis Tuan Abdul Halim Redzuan, Dr Daroyah dari MPP Zon 5. Manakala Kumpulan COMBI pula, (Skuad mencegah anti denggi Padang Jawa) telah diwakili oleh Sdr Mustaim, Mustafa, Mohd Syafiq dan Aril. bagaimanapun jatuhan pin tidaklah begitu memberangsangkan kerana masing masing baru menyentuh boling untuk kali pertama.

Menurut ADN Batu Tiga, beliau menyokong penuh pertandingan seperti merupakan satu riadaah yang sangat baik untuk masyarakat serta mengucapkan syabas diatas usaha usaha JKKK untuk menjayakan program seperti ini.. :Saya percaya secara tidak langsung kita dapat saling berkenalan satu sama lain serta dapat meningkatkan lagi ukhwah di kalangan masyarakat amnya:. Bila kita sudah mengenali satu sama lain, maka kerja kerja akan menjadi lebih mudah..katanya lagi.

Tn Hj Abdul Aziz pula melahirkan kesyukuran di atas sambutan yang telah diberikan oleh masyarakat malah tidak menyangka sambutan begitu hebat sehingga terpaksa menolak lebih 5 permohonan saat saat akhir untuk menyertai pertandngan ini. Insya Allah kami akan cuba mengadakan lagi program seperti ini  di masa akan datang.

Menurut beliau, antar motif utama pertandingan ini diadakan adlah utuk mengutip dana untuk pihak JKKK. Insya Allah dana dana ini kami gunakan untuk tujuan kebaikan terutanamya perihal kebajikan masyarakat di kawasan Padang Jawa yang amat diperlukan. Kawasan kami mempunyai sejumlah penduduk yang ramai yang memerlukan bantuan samada dari segi kewangan mahupun barangan  keperluan asas seperti Beras gula dans ebagainya. Insya Allah kami akan terus berusaha untuk menyalurkan sumbangan ini kepada golongan miskin, OKU, Warga Emas apatah lahi golongan ibu ibu tunggal serta anak anak yatim...katanya lagi.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan masyarakat bagi menjayakan program ini dan hanyalah Allah swt yang dapat membalasnya.

ADUN Batu Tiga Pn Rodziah telah juga berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang bersama sama AHli Majlis, Dr daroyah dan Tn Abdul Halim Serta Tok Penghulu Arzmi.

Program selesai sekitar jam 0600 petang.

KULIAH BULANAN BERSAMA USTAZ NAZRI



Satu program Kuliah bulanan telah diadakan pada 24hb Februari 2011 yang lalu. Bertempat di Bilik Gerakan JKKK yang baru di Tapak Gerai MBSA Jalan Mat Raji Padang Jawa.

Untuk program Kuliah kali ini, Pihak JKKK telah menjempunt, Shah Alam.tUstaz Nazri bin Isa dari Seksyen 7 yang merupakan seorang pendakwah bebas.

Antara intipati Dalam Kuliah beliau, beliau menekankan menegenai peri pentingnya setiap umat islam menjaga solat mereka. Solat adalah tiang agama, maka barang siapa yang sengaja meninnggalkannya, maka dia telah meruntuhkan agamanya. Di dalam hadith nabi sendiri ada menyebut "barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka kafirlah ia"  maka oleh itu Ustaz telah menekankan betapa pentingnya Solat.

Beliau juga memberi tunjuk ajar mengenai kesilapan kesilapan yang sering dilakukan oleh seseorang agar dapat membantu memperbaiki kualiti solat.  Beliau yang juga pernah berlakon dalam drama tv astor Geng Surau mienceritakan bahawa usaha dakawah ini memerlukan kesabaran yng amat tinggi. Beliau sendiri mengalami kesukaran untuk mendakwahkan terutama dikalangan pelakon pelakon sendirinya.

Manakala Ketua Biro Kebajikan menjelaskan bahawa program program kuliah ini akan tetap diteruskan dari masa ke semasa dan d imasa akan datang beliau akan menjemput sekali seluruh jemaah surau dan masjid dalam usaha dakwah. Insya Alllah.

Semuga usaha ini diberkati Allah swt

Selasa, 1 Mac 2011

BOWLING AMAL JKKK

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PADANG JAWA PETALING



 JKKK Padang Jawa Petaling bersama sama Surau Nurul Iman Jln Mat Raji dan Majlis Perwakilan penduduk MPP Zon 6, serta Pejabat ADUN Batu tiga telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan maulidur Rasul 1432h peringkat Padang Jawa Petaling pada 20hb Februari 2011 yang lalu.








Bertempat di Kawasan Lapang MBSA bersebelahan Surau Nurul Iman program tersebut telah dimulakan sekitar jam 08.30 pagi. Bermula dengan perarakan dari jalan masuk ke Taman Baru, para peserta telah berarak sejauh kira kira 1/2 kilometer ke tempat majlis di Tapak MBSA. Antara para peserta perarakan termasuklah JKKK sendiri, AJK Surau, serta NGO NGO seperti Tadika Pasti Az Zahrah 1, 2 dan 4, Tadika Kemas, PAS Padang Jawa, Kumpulan Wanita Padang Jawa, Kumpulan Celik Al Quran (JKKK), Tadika islah, Kumpulan Kompang Padang Jawa, Kumpulan rewang Padang Jawa, Sek Ren. Agama Padang Jawa serta Sek. Kebangsaan Padang Jawa Petaling serta Kumpulan Marhaban Padang Jawa.

Antara yang turut hadir dalam majlis ini adalah ADUN batu Tiga Pn Rodziah Ismail, Tok Penghulu Arzmi bin Mohd Atan, Wakil Ahli Parlimen Tn Hj Jamil. manakala wakil dari dalam kampung termasuklah Pengerusi JKKK Tn HJ Abdul Aziz, Pengerusi Surau Tn Hj Hisham serta Tn Abdul Halim dari MPP Zon 6.
Dalam ucapan alu aluan Tn Hj Aziz melahirkan kesyukuran kerana sambutan ini telah berjaya dilaksanakan hasil usaha padu bersama sama. Nabi Muhammad adalah junjungan besar kita dan seharusnya ianya dapat kita sambut bersama sama tanpa mengira perbedaan fahaman politik..katanya.

Manakala Pn Rodziah dalam ucapan alu aluannya mengucapkan syabas kepada semua yang menjayakan majlis ini dan berharap ianya dapat meningkatkan lagi ukhwah di kalangan masyarakat di Padang Jawa.

Beliau juga sempat memberitahu perkembangan terkini mengenai nasib penduduk penduduk di Rimba Jaya yang suatu ketika dahulu mengalami masalah dimana rumah rumah mereka telah dirobohkan oleh pihak MBSA atas alasan menduduki tanah secara haram. Pampasan sebanyak RM7,000 seorang akan dibahagikan kepada kira kira seramai 264 penduduk yang terlibat.

Majlis Ceramah Maulisur rasul telah disempurnakan oleh yang berbahgia ustaz Mohamad bin Abdullah. Beliau yang popular dalam rancangan Tanyalah Ustaz telah mengupas mengenai sejarah Nabi Muhamaad Rasulullah SAW. Beliau menggariskan mengenai 5 perkara yang perlu diikuti oleh umat Islam untuk berjaya.

Antaranya ialah mengenai Sirah Nabi, serta perjuangannya yang tidak mengenal penat sehingga tertegaknya Islam di Bumi Mekah dan Madinah serta seluruh dunia. Itulah perjuangan hakiki serta sunnah yang harus diikuti oleh Umat Islam.

Beliau juga mengupas mengenai cara hidup baginda ataupun di sebut sunnah Nabi yang mesti diikuti oleh Umat untuk berjaya. Bagaimana beliau bermula setiap pagi sehinggalah ke malam yang mana kalau diikuti oleh umatnya akan dapat membuahkan hasil yang baik serta mendapat keredhaan Allah swt. Kegagalan ataupun engkar ataupun malas ataupun mengambil mudah akan mengundang bahaya kepada umat dan Islam amnya. Apatah lagi mengingkari hukum hakam serta perlaksanaan hukum Islam dan sebagainya.

Majlis diakhiri dengan bacaan selawat atas nabi serta Doa oleh YB Ustaz serta sedikit jamuan ringan telah disediakan kepada jemputan serta masyarakat amnya.