PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Sabtu, 15 Ogos 2009

PROGRAM BACAAN TAHLIL DAN YASIN KEDUA
















Program bacaan tahlil dan yasin yang keduauru telah diadakan pada 8hb Ogos yang lalu. Bertempat di Lorong Sri Aman, Jalan Mat Raji program yang berlangsung selepas waktu maghrib itu telah dihadiri oleh lebih 100 penduduk lorong serta jemaah surau Nurul Iman. Turut hadir ialah Nazir Masjid Padang Jawa, Ust Ahmad Zaki Arshad.

Menurut ketua lorong, Sdr Mahfuz Othman, program tahlil dan bacaan yasin ini bertujuan untuk mengirim doa ke atas roh arwah yang telah meninggal dunia. (Semuga Allah swt menerima doa para hambanya). Hampir seluruh penduduk lorong telah memberikan nama nama arwah untuk didoakan bersama sama.

Ust Ahmad Zaki telah dijemput untuk mengengetuai bacaan bersama para jemaah.
Turut sama diraikan dalam majlis ini ialah anak anak yatim sekitar Padang Jawa. Biro Kebajikan JKKK turut membantu dalam urusan membawa anak anak yatim agar mereka turut sama merasakan kegembiraan.

Khamis, 6 Ogos 2009

PROGRAM BACAAN YASIN DAN TAHLIL ANTARA LORONG (lorong pertama Lot 634D)









Biro Agama Dakwah dan Pendidikan JKKK Padang Jawa Petaling telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program bacaan yasin dan tahlil antara lorong lorong di sekitar Padang Jawa. Tujuan utama program ini adalah untuk seluruh masyarakat turut sama sama mendoakan ke atas roh arwah arwah yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu. Peserta digalakkan untuk memberikan nama nama arwah untuk sama sama didoakan agar mereka mendapat keampunan dan roh mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang bertakwa.

Program ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi hubungan ukhwah dikalangan penduduk penduduk serta dapat berkenalan di atara satu sama lain.

Sebagai permulaan, lorong Haji Borhan (Lot 634) telah dipilih dalam program ini. Sambutan menggalakkan yang diberikan dalam program ini menunjukkan kesedaran tinggi dikalangan masyarakat mengenai kepentingan doa dan amalan kehidupan yang baik menurut agama Islam.

Menurut, Ketua Biro saudara Mahfuz Othman, program ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan akan meliputi seboleh boleh nya setiap lorong yang ada di sekitar Padang Jawa. Beliau berharap sambutan masyarakat akan dapat membantu menjayakan program ini selain berharap segala usaha dan doa akan mendapat keberkatan dari Allah swt.

Isnin, 3 Ogos 2009

SESSI PENERANGAN SERTA PENUBUHAN SKUAD SUKARELAWAN BOMBA

















Ahad - 2 hb Ogos 09 - Satu program penerangan mengenai kebakaran bersama-sama pihak Jabatan BOMBA telah diadakan pada 2hb Ogos yang lalu. Bertempat di Bilik Gerakan JKKK Padang Jawa Petaling, program itu adalah bertujuan untuk memberi penerangan mengenai fungsi fungsi Bomba serta penerangan mengenai cara cara untuk memadam kebakaran.
Menurut pengerusi JKKK Padang Jawa Petaling, Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan, antara tujuan utama program itu diadakan ialah selain memberi sessi penerangan mengenai tugas tugas pihak Bomba, ia juga bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat agar menyedari betapa pentingnya tugas tugas pihak Bomba dalam menghadapi sesuatu musibah.
Selain itu, tujuan utama perjumpaan tersrbut adalah untuk menubuhkan skuad khas sukarelawan Bomba yang terdiri dari dari penduduk penduduk Padang Jawa sendiri.
'Saya yakin dengan kerjasama masyarakat di kampung ini, adalah tidak mustahil kami akan mempunyai Skuad Sukarelawan kami sendiri. Dengan adanya skuad itu nanti, sekiranya berlaku musibah seperti kebakaran dan sebagainya, langkah langkah pencegahan awal akan dapat kita lakukan dan ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan risiko kebakaran dari merebak serta dapat mengurangkan kehilangan harta benda mangsa" katanya lagi.
Program ini telah diresmikan oleh Ahli Majlis MBSA, Sdr Zulkifli b Mohd Nani yang juga pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 6. Dalam ucapan ringkas beliau, mengucapkan tahniah atas usaha murni JKKK yang mengambil inisistif untuk menubuhkan skuad Bomba dan berharap agar ianya menjadi contoh kepada kampung kampung lain di Selangor bagi membantu pihak Bomba menghadapi musibah.
Pihak Bomba telah di wakili oleh Tuan Abd Manaf, Pegawai Operasi dan Latihan dari Balai Bomba Seksyen 15 Shah Alam. Dalam sesssi penerangan beliau, beliau amat amat berharap agar pihak JKKK dapat menubuhkan skuad sukarelawan Bomba kerana ianya amat penting sekali bagi membantu Jabatan BOMBA dalam menghadapi sesuatu musibah terutamanya kebakaran. Beliau juga memberi jaminan bahawa pihak Bomba akan memberikan kerjasama penuh demi menubuhkan skuad tersebut.
"Kami akan membantu pihak JKKK dalam perkara ini terutama dari segi latihan dan juga peralatan peralatan yang diperlukan untuk memadam kebakaran. Kami sangat mengalu-alukan inisiatif pihak JKKK dan Kami bersedia untuk memberi apa apa kemudahan lain agar perkara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya" katanya.

Dalam program ini juga, satu sessi demontrasi cara cara memadam kebakaran telah diadakan. Ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang cara cara penggunaan alat alat pemadam kebakaran agar ianya dapat berfungsi dengan betul dan dimanafaatkan. Dalam demontrasi ini, masyarakat telah diberikan latihan untuk memadam kebakaran mereka sendiri agar ianya lebih mudah difahami.
Menurut seorang penduduk, Sdr Md Hazri Atan, beliau begitu teruja untuk menyertai Skuad Sukarelawan Bomba ini.
"Saya meminati kerja kerja kemasyarakatan dan ini adalah antara perkara yang mampu saya sumbang untuk masyarakat setempat. Di harap pihak terlibat dapat menubuhkan skuad sukarelawan ini dengan cepat" katanya.
Seorang lagi penduduk, Pn. Azlina Md Legi, berharap skuad Bomba dapat ditubuhkan dengan segera agar dapat membantu masyarakat Padang Jawa dalam menghadapi sesuatu musibah. "Saya akan merasa lebih selamat dengan adanya skuad ini nanti" katanya lagi.
Sementara itu, Setiausaha JKKK, Sdr Shanrrom Sazali berkata adalah menjadi harapan beliau serta JKKK agar dapat menubuhkan skuad sukarelawan Bomba ini. "Pihak kami pernah menghadapi masalah sewaktu berlaku kejadian kebakaran sedikit masa lalu. Itu telah menjadi iktibar oleh kami untuk menubuhkan skuad sukarelawan ini. Saya yakin berdasarkan sambutan dari masyarakat di sini, skuad sukarelawan ini akan dapat ditubuhkan, Insya Allah" katanya lagi.
KEPADA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI SDR SHANROM SAZALI 012-3273850