PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 21 Disember 2011

ZIARAH BERSAMA SAMA PELAJAR UITM



 
 
 
 

21/11/2011 - Pelajar pelajar Fakulti Matematik Uitm Shah Alam sekali lagi telah mengadakan kunjungan untuk tujuan ziarah dan kebajikan kepada  masyarakat di Padang Jawa Petaling ini. Pelajar pelajar UITM ini di bawah pimpinan Professor Paramjeet Singh yang juga bertindak selaku penaja kepada semua barangan barangan keperluan untuk edaran.

Menurut professor Paramjeet, antara tujuan utama program ini adalah untuk memberi bantuan serta kebajikan kepada yang memerlukan terutamanya yag miskin, uzur serta golongan kurang bernasib baik. Ianya juga adalah untuk memberi kesedaran serta kefahaman kepada pelajar pelajar sendiri mengenai hakikat kehidupan sebenar diluar sana serta melihat sendiri masalah masalah serta keperitan hidup yang dialami oleh masyarakat.

Ianya juga sebagai memenuhi tanggungjawab sosial yang sepatutnya ada dikalangan badan badan kerajaan, badan badan korporat dan badan badan swasta. Sebanyak 5 buah keluarga telah sempat di ziarahi serta bantuan berbentuk barangan keperluan dan wang ringgit telah dihulur kepada yang memerlukan.

Kami di JKKK akan terus berusaha dengan lebih banyak lagi badan badan diluar Kampung agar mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha membantu golongan ini Insya Allah.

Khamis, 15 Disember 2011

MERAIKAN PETUGAS PETUGAS DAN AJK....

 




 

 
19hb November 2011 - Satu majlis meraikan seluruh Ahli Jawatankuasa serta petugas petugas dan para penderma penderma telah diadakan pada 19hb November yang lalu. Yang diraikan ini adalah dari pertubuhan NGO seperti HAWA, Padang Jawa, Ahli ahli dari PAS Padang Jawa, Jawatankuasa Surau Nurul Iman  dan Pemuda dan golongan belia di Padang Jawa.

Program yang bermula jam 09.00 malam itu telah turut dihadiri bersama sama oleh oleh ahli ahli Majlis Perwakilan Penduduk MPP dari Zon 5, Dr Daroyah dtan Zon 6, Tn Haji Abdul Halim Redzuan. Turut bersama sama ialah Tn Hj Hisham Parman selaku Ketua PAS Padang Jawa Petaling.

Tujuan utama majlis ini diadakan adlah untuk mengeratkan lagi tali siratul rahim yang telah sedia terjalin antara kesemua pertubuhan ini. Ianya juga diadakan untuk meraikan petugas petugas yang telah bertungkus lumus dalam menyediakan dan menjayakan JKKK yang menyertai pertandingan Ketua Kampung terbaik Peringkat Negeri Selangor.

Selasa, 6 Disember 2011

DELEGASI PERTANDINGAN KETUA KAMPUNG TERBAIK NEGERI SELANGOR

  
 




11 November 2011 - JKKK mengucapkan Selamat Datang Ahlan Wa Sahlan kepada seluruh delegasi untuk memilih Ketua Kampung Tradisi terbaik peringkat Negeri Selangor 2011. Majlis bermula jalm 09 .00 pagi dan bertempat di Bilik Gerakan JKKK Padang Jawa Petaling telah dimulakan dengan demontrasi Silat Lincah oleh Pelajar Pelajar Sek. Menengah Sek 16 Shah Alam yang menetap di Padang Jawa Petaling.

Para Delegasi telah dijemput ke Pejabat Bilik Gerakan JKKK tepat jam 09.13 pagi. Di dalam pejabat inilah para delegaasi akan membuat termuramah kepada Ketua Kampung sendiri mahupun pertanyaan ut kepada AJK sendiri.

Selesai sessi termuramah, para delegasi turut dihidangkan dengan jamuan makan tengahari bersama sama AJK JKKK sebelum mengakhiri dengan membuat lawatan ke Kedai kek Mantep kepunyaan Saudara Azman Md Zain untuk tujuan lawatan Industri Kechil Sederhana.

Untuk blogger, ini adalah satu pengalaman baik yang dapat memberi satu idea idea baru yang akan dapat pihak JKKK sendiri ketengahkan dimasa masa akan datang.
SEMUGA BERJAYA .........

Isnin, 5 Disember 2011

SAMBUTAN EIDUL ADHA BERSAMA UST. HJ KAMAL NASIR....






7hb November 2011 - Dalam kesibukan masyarakat menyambut eidul Adha serta Ibadah Qurban, JKKK terus sahaja mengadakan yang berbentuk islamik untuk santapan masyarakat . Selain dari bekerjasama dalam Majlis Qurban Di Surau Nurul Iman, serta Majlis Qurban Di Lorong Hj Borhan, JKKK mengorak langkah mengadakan Sambutan Eidul Adha 1432 ini dengan mengadakan Ceramah Eidul Adha bersama sama Imam Besar Masjlid As Solihin Padang Jawa, Ustaz Hj Kamal Nasir b Hj Roslan.

Dalam Ceramah beliau, menyatakan inilah buat kali pertamanya sebuah pertubuhan JKKK menjemput beliau dan diharap bukan kali terakhir. Dalam ceramah beliau, beliau telah menegur mengenai kebanjiran filem filem yang berunsur tahyul terutamanya filem filem seram yang amat banyak di hidangkan kepada penonton penonton terutamanya dari TV3, serta Astro. kerana ini semua adalah unsur unsur ttahyul serta khurafat yang boleh membawa kepada Syirik kepada Allah.
Beliau juga mengingatkan kepada masyarakat agar bertanya sesuatu yang tidak diketahui kepada ahlinya dan bukan bertanya kepada yang tidak tahu seperti TV3 bertanya kepada seorang artis mengenai hukum Hudud.
Sudah tentulah jawapan yang diberikan tidak tepat dan bercanggah.

Semuga ini menjadi iktibar kepada kita semua.

Turut hadir dalam majlis ceramah ini ialah Tn Hj Jamil, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Hj Khalid Samad. Jamuan turut disediakan kepada semua tetamu majlis dalam program yang dimulakan sejak maghrib itu dan berakhir sekitar 11.00 malam.

Sabtu, 3 Disember 2011

MAJLIS KORBAN BERSAMA JKKK








7hb November 2011 - Satu lagi mng majlis korban telah diadakan padan Hari Raya Kedua Eidul Adha yang lalu. Majlis kali ini adalah anjuran bersama sama JKKK Padang Jawa Petaling serta Persatuan Penduduk Lorong Hj Borhan, Jalan Mat Raji, Padang Jawa.

Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorban pada hari tersebut. Antara lembu yang dikorban itu termasuklah dari sumbangan dari Pejabat YB Dun Batu Tiga sendiri, Pn Rodziah Ismail. manakala 2 ekor lagi adalah dari hasil korban masyarakat di sekitar Lorong Hj Borhan.

Turut hadir menyerikan majlis tersebut adalah YB Rodziah Ismail sendiri dan tidak ketinggalan juga To Arzmi bin Mohd Atan selaku Penghulu Mukim Bukit Raja. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran dari Kumpulan HAWA Padang Jawa selaku sebuah pertubuhan NGO di Padang Jawa ini.

Penduduk penduduk di Lorong Haji Borhan bersama sama AJK telah bekerjasama dari mula program sehinggalah majlis penamat yang di tambah dengan jamuan makan.tengahari. Keadaan Hujan Rahmat pada awal majlis tidak menjejaskan kelancaran majlis tersbut .

JKKK berharap agar majlis majlis seperti ini akan dapat diadakan saban tahun dan lorong lorong lain pula diharap turut mengambil bahagian serta barakah sempena sambutan Eidul Adha yang mulia ini.

Semuga Ibadah kita semua mendapat keberkatan dari Allah swt.

AIDIL ADHA DAN KORBAN SURAU NURUL IMAN






 

6hb November 2011 - Surau Nurul Iman telah mengadakan majlis Korban sempena Aidil Adha pada 6hb Noverber 2011 lalu. Turut memberi kerjsama ialah AJK JKKK Padang Jawa Petaling.

Program dimulakan dengan majlis doa diikuti acara Korban, melapah daging serta mengedar ke seluruh masyarakat sekitar Kampung. Dalam majlis tahun ini, sebanyak 12 ekor lembu dan 2 ekor kambing (aqiqah) telah dikorbankan. Surau Nurul Iman sendiri telah mengatur seramai lebih 100 orang petugas untuk melancarkan majlis ini.

Ahli Jawatankuasa JKKK telah diberikan tugas tugas khas yang diantaranya ialah menyediakan unit urusetia yang akan mengawal selia seluruh petugas petugas sepanjang majlis berlangsung. AJK AJK JKKK juga telah ditugaskan untuk mengedarkan kesemua daging daging yang telah siap dibungkus kepada penduduk sekitar. Antara penerima penerima yang diutamakan ialah terdiri dari golongan warga yang miskin, warga Kurang Upaya, Ibu Ibu tunggal serta mualaf. dan seterusnya kepada masyarakat.
Alhamdullillah,  kesemuanya tugas yang diberikan telah dilakukan dengan baik. Dikesempatan ini kami AJK JKKK ingin mengucapkan Selamat menyambut Eidul Adha kepada seluruh masyarakat.Padang Jawa.

SUMBANGAN SEMPENA DEEPAVALI

  
24hb Oktober 2011 - JKKK Padang Jawa Petaling dengan kerjasama Pejabat DUN Batu 3 Shah Alam telah bersama sama memnyerahkan sumbangan kepada kaum India di sekitar Kampung Padang Jawa sempena sambutan Deepavali pada 26hb Oktober 2011.

Program dijalankan secara sumbangan dari rumah ke rumah kaum India terutamanya sasaran kepada golongan warga miskin serta warga emas. Sebanyak 12 buah rumah telah dikunjungi sepanjang ziarah ini yang terdapat dikawasan Lorong Melur 1 dan Lorong Melur 2 serta Lorong Ais Krim sekitar Jalan Mat Raji. Tidak ketinggalan dikunjungi ialah sebuah kedai runcit yang dimiliki oleh En Arumugam.

Turut hadir bersama ialah Pegawai Khas YB Rodziah, En Reman Nathan serta Puan Maya. Barangan sumbangan antaranya termasuklah kulih muih serta saree.

Jumaat, 2 Disember 2011

PROGRAM KHAS MESRA RAKYAT





Satu program Khas Mesra Rakyat telah diadakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pada 24hb Oktober 2011 yang lalu. Program bermula dengan lawatan Menteri Besar ke kawasan kawasan yang terpilih. Antaranya ialah kawasan Puchong yang terdapat Industri kecil.

JKKK telah turut menyertai program tersebut sewaktu Delegasi dari SUK telah singgah untuk bermesra dengan masyarakat bertempat di Dewan MBSA Seksyen 17, Shah Alam.

Antara yang hadir dalam program sehari ini termasuklah Menteri Besar Selangor. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Wanita., Pn Rodziah Ismail, Exco Pertanian. Dr Yaacub Sapari, Dr Xavier Jayakumar dan Sdr Ronnie Liu. Taidak ketinggalan hadir ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Tn HJ Abdul Khalid Samad.