PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 17 Mei 2011

KULIAH BULANAN BERSAMA USTAZ AL AZMI




 24 hb April 2011 - Satu lagi program bulanan berupa kuliah bulanan telah diadakan pada 24hb April yang lalu. Bertempat di Dataran Hj Borhan Lot 634D, program tersebut telah menjemput Ustaz Al Azmi Sehaat selaku penceramah jemputan.

Dalam Ceramah beliau, beliau mengajak seluruh masyarakat agar berubah dari cara hidup yang bebas kepada cara hdiup yang lebih Islamik, ini termasuklah cara cara berpakaian menutup aurat yang betul dan bukan sebagai adat mahupun gaya sahaja. Sembahyang mestilah cukup 5 waktu, puasa wajib serta menunaikan haji ke Mekah.

beliau juga menekankan betapa perlunnya kerajaan yang ada sekarang dapat membuat perubahan. Hanya dengan cara ini, masyarakat akan mampu berubah dari cara hidup sekarang kepada cara yang lebih islamik. Ini akan menjami sesebuah negeri agar berada di bawah keredhaan Allah swt.

Dalam majlis ini juga, seramai 6 orang telah menerima bantuan samada dari golongan miskin, ibu tunggal, mahupun bantuan kepada waris kepada Simati yang baru menginggal. Tn Haji Aziz selaku Pengerusi telah menyampaikan kesemua sumbangan sumbangan tersebut.

Jamuan makan turu diadakan kepada semua yang hadir. Blogger melihat ini adalah satu perkembangan yang sihat dalam memupuk lehidupan leibh Islamik. Sasaran utama kini adalah kepada golongan remaja yang kelihatan semakin bersemangat untuk bersama sama JKKK dan PAS serta surau dalam aktiviti aitiviti seharian semua.

Untuk golon gan remaja yang masih dalam kejahilan, marilah bersama sama kami dan dekatilah kami agar kami dapat membantu anda semua. Budaya melepak, rempit, minum arak, sosial lelaki dan wanita serta memenuhi cyber cafe untuk tujuan bersukaria semata mata hendaklah dielakkan keran ini semua boleh mengundang bala ke atas sesuatu negeri itu.

Kami akan sentiasa berusaha semampunya untuk membendung masalah ini selagi diberikan kekuatan dan kuasa.

ZIARAH BERSAMA PARTI ISLAM SEMALAYSIA




23HB aPRIL 2011 - Seperti sebelumnya program ziarah diteruskan lagi. Kali ini program diteruskan bersama sama JKKK dibantu oleh Parti Islam Semalaysia PAS.

Sebanyak 3 buah rumah telah diziarahi. Bermula dengan rumah Pak Mahmud di Lorong Tebu seterusnya ke rumah Pn Limah (Ibu kepada Saudara Jebat) yang juga terletak di Lorong Tebu. Rombongan seterusnya kerumah saudara Kamarul di Lorong Sekolah sebagai mengakhir program pada petang tersebut.

Seperti biasa, pihak PAS dan JKKK tidak lupa untuk menyediakan bersama sama buah tangan dan barangan keperluan sebagai pembuka kata serta pemanis kepada semua rumah yang diziarahi.

Untuk Makluman, Pak mahmud adalah warga emas yang sedang uzur dan mengalami sakit kaki yang kronik,. Puan Limah pila mengalami sakit kulit yang kronik manakala saudara Kamarul pula mengalami sakit Kencing manis dan Darah tinggi. Kepada masyarakat yang ingin menziarahi mereka bolehlah berbuah demikian, Insya Allah.

UJIAN MAMOGRAM ANJURAN KERAJAAN NEGERI





Ahad 23hb April 2011 - JKKK Padang Jawa Petaling telah menghantar Ahli Ahli Persatuan Ibu HAWA Padang Jawa beserta sekali wanita wanita sekitar Padang Jawa Petaling ke satu program Ujian Mamogram yang dianjurkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor SUK.

Program tersebut telah diadakan di Pusat Perubatan yang terletak di Kepong. Kesemua peserta telah bertolak menaiki sebuah bas yang disewa oleh Pihak JKKK kira kira jam 02.00 petan g tersebut. Seramai lebih 45 orang wanita telah turut serta dalam program tersebut.

Setiap peserta akan melalui ujian tersebut untuk mengesahkan tahap kesihatan diri dan bebas dari penyakit kanser buah dada. Program berlanjutan sehingga jam 07.30 malam sebelum peserta dibawa pulang dan tiba di Padang Jawa sekitar Jam 09.00 malam.

Satu lagi usaha pihak JKKK kearah masyarakat sihat. Diharap leb ih ramai lagi akan turut serta di masa akan datang kerana ianya diberi secara percuma.

PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA PTPL





 Jumaat 21hb April 2011 - Satu program yang dinamakan Jalinan kasih bersama sama Ibu Ibu Tunggal Padang Jawa telah diadakan pada 21/04/2011 yang lalu. Program tersebut dibuat secara bersama sama JKKK brsama School of Business Management and Professional Kolej PTPL.

Pada pagi tersbut program bermula dengan kerjasama rewang memasak serta menyediakan kuih muih dan masakan nasi srta air minuman oleh pelajar. Untuk menyrikan lagi majlis ini, Juga di adakan pada masa serentak ialah pertandingan ratu cantik ibu tunggal sekitar Padang Jawa di mana 5 orang peserta telah memasuki peringkat akhir. Juara untuk acara ini jatuh kepada Pn Hajah Rahila Arshad.

Turut diadakan ialah demo mengukir buah tembikai yang diadakan oleh pelajar pelajar PTPL. Pelajar pelajar juga telah menunjuk cara cara mengukir buah tersebut untuk dijadikan dalam bentuk bunga dan perkataan. Ini adalah salah satu cata untuk menyerikan sesuatu majlis itu serta keraian yang biasanya diadakan di hotel hotel mahupun perseorangan.

Acara terahir adalah program didikan kanak kanak tadika. Sejumlah dari 2 buah tadika iaitu dari Klab Bani Az Zahrah serta Tadika Priyaah telah turut serta dalam program tersebut. Kanak kanak tersebut telah diajar cara cara bersenam, menyanyi  serta dapat memeriahkan suasana serta cara cara mendidik anak anak pra sekolah in i.

Turut Hadir dalam program ini adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Tn Hj Khalid Samad, Ahli Majlis MPP Zon 5, Dr Daroyah, To Penghulu Bukit Raja, Tok Arzmi serta wakil dari MPP Zon 6. Dalam kata Kata aluan, Tn Hj Khalid Samad menyatakan betapa perlunya pelajar pelajar dari IPTA mahupun IPTS agar dapat bersama sama masyarakat di dalam satu satu program mahupun sentiasa bergaul bersama sama masyarakat. "Selain anda semua perlu menamatakan pengajian anda dalam bidang masing masing di Kolej, anda semua perlu tahu apakah yang berlaku di sekitar anda, golongan miskin, glongan OKU, Warga Emas, semuanya adalah dari yang memerlukan bantuan. Dengan cara ini anda semua dapat belajar memahami kehidupan dengan lebih baik selain belajar sahaja secara teori." katanya.
Hj Khalid juga mengucapkan syabas kepada semua yang menjayakan majlis ini. Blogger yang hadir selaku JKKK serta wakil MPP Zon 6 berharap program seperti ini dapat diperbanyakkan lagi dalam usaha untuk membantu masyarakat apatah lagi sekiranya terus diberi mandat di pilihanraya akan datang.

Rabu, 4 Mei 2011

BANJIR BESAR




Rabu - 20hb April 2011 . Telah berlaku satu banjir besar melanda Padang Jawa pada tarikh tersebut. Antara kawasan kawasan yang terlibat termasuklah terutamanya Jalan Sekolah, Taman Baru, Lorong Hj Borhan, Lorong Tebu, Lorong Lembah serta beberapa kawasan lagi.

Turut terjejas teruk termasuklah kawasan sekitar Padang Jawa Klang terutamanya Taman Karuppiah.
Hujan Lebat telah turun sekitar jalam 4.03 petang tersebut serta berlanjutan selama kira kira 1 jam. Ini telah menyebabkan kawsan kawasan tersebut terus dibanjiri kira kira sejam kemudian.

Menurut penduduk penduduk di Jalan Sekolah, Sdr Azlan, Antara punca utama berlakunya banjir tersebut adalah disebabkan oleh projek Kedai / Pejabat yang sedang dlaksanakan oleh Pihak Pemaju IRDK Land yang terletak di pintu masuk utama ke Padang Jawa. "Sebelum ini, walaupun hujan lebat, kami tidak pernah mengalami banjir sebegini buruk, tapi sejak projek tersebut berjalan, banjir mula berlaku".

Seorang penduduk, Sdr Halim pula mendakwa ini adalah kejadian kali ke empat banjir berlaku sejak projek tersebut berjalan. "Banjir kali ini adalah yang paling buruk pernah berlaku dikawasan ini. Semuanya berpunca dari projek bersebelahan kawasan kami ini'.

Menurut Pengerusi JKKK, Tn Hj Abdul Aziz, beberapa siri lawatan serta pertemuan telah diadakan bersama Pengarah Urusan, Dato Ramasamy, namun setakat ini masih belum mendapat menyelesaikan masalah tersebut. Antara masalah lain yang berlaku termasuklah kesesakan lalulintas yang ditimbulkan oleh projek berkenaan, masalah pendatang tanpa izin yang berleluasa di tapak binaan berkenaan, masalah jalanraya yang rosak akibat projek berkenaan dan yang paling kritikal adalah masalah banjir.
Beliau juga berharap agar tindakan segera dapat dibuat kepada pemaju terbabit dalam menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk sekitar.  "Pihak Bandaraya juga wajib memainkan peranan besar kerana ini adalah kawasan pentadbiran mereka..katanya lagi. Menurut beliau lagi, apa yang menghairankan ialah bagaimana boleh didirikan sebuah tembok besar yang menjadi sempadan antara kawasan rumah kedai tersebut dengan kawasan sekitar. Ini adalah antara punca utama berlakunya masalah banjir kerana sistem saliran yang tidak ada malahan longkang besar tepi jalan sebelum ini juga telah ditutup dan digantikan dengan longkang lain yang lebih kecil..

Turut turun padang sewaktu banjir termasuklah ADUN Bt Tiga, Rodziah Ismail, Ahli parlimen Hj Khalid Samad serta Dato Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar. Sewaktu ditemui, Datuk Jaafar melahirkan rasa kesal atas kelewatan pihak bandaraya membantu menangani masalah banjir yang berlaku. Beliau juga menegaskan akan cuba membantu penduduk penduduk yang terlibat serta berjanji akan cuba memperbaiki taraf perkhidmatan yang diberikan. Antara masalah yang berlaku di pihak MBSA termasuklah Pam sedut air banjir yang gagal berfungsi serta kekurangan peralatan serta kakitangan yang bertugas.

Apa yang berlaku amat amat mengecewakan pihak JKKK dan kami ingin melahirkan rasa tidak puashati di atas kegagalan pihak bandaraya menangani masalah ini dengan berkesan. Diharap pihak berkuasa tempatan mengambil intibar dari apa yang berlaku dan jangan ada lagi sikap tidak professional dari Pihak berwajib, hendaknya. Kami di JKKK hanya berupaya membantu sekadar yang termampu termasuklah mambantu berkemas sewaktu banjir, serta menyediakan makanan dan minuman sewaktu banjir di samping berusaha mendapat kan bantuan dari pihak PBT seperti dari Pihak Pejabat Daerah Petaling, MBSA serta Jabatan Kebajikan Masyarakat semampunya.

Kami juga ingin merakamkan kemaafan sekiranya bantuan yang kami hulurkan trdapat banyak kekurangannya dan ini menjadi pengajaran untuk kami berusaha lebih baik di masa akan datang, Insya Allah.