PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Jumaat, 18 September 2009

SLAMAT HARI RAYA KEPADA WARGA PADANG JAWA

Kami di JKKK Kampung Padang Jawa Petaling ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Bathin kepada seluruh warga Padang Jawa Petaling.

Dalam menempuh usia setahun jagung JKKK Padang Jawa petaling telah mengorak langkah dengan baik dalam membina sebuah institusi kampung yang berkebajikan serta sentiasa perihatin akan permasalahan yang dihadapai oleh Masyarakat.


Jesteru itu, sempena Bulan Ramadhan 1430 yang mulia ini, JKKK Padang Jawa Petaling telah mengorak langkah dengan menganjurkan beberapa program dalam usaha mengimarakkan lagi Bulan Ramdahan. Antaranya ialah dengan mengadakan program Kuliah Subuh setiap Ahad di Surau Nurul Iman. program ini bertujuan untuk memberi lebih kefahaman terhadap Agama islam samada dari segi Syariatnya agar kehidupan umat Islam secara amnya adalah berlandaskan kepada Al Quran serta Hadis.

Selain itu, kami juga mengadakan program bubur Lambuk yang merupakan makanan tradisi Melayu dan Masyarakat Islam di Malaysia amnya. Bubur bubur lambuk ini diedarkan kepada warga Padang Jawa dalam memberikan sedikit kegembiraan ketika berbuka puasa.
Akhirnya, kami telah sempat mengadakan progrm Perdana pada 13hb September yang lalu. Program sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini adalah bertujuan untuk membantu golongan ini agar dapat menyambut Aidil Fitri dengan sempurna dalam serba kekurangan yang dihadapi oleh masyarakat. Hanya setakat itu yang dapat kami bantu dan Insya Allah kami sentiasa berusaha golongan ini di masa masa akan datang.
Kami juga dari masa ke semasa sentiasa memantau Kampung agar sentiasa dalam keadaan baik samada dari segi Ekonomi, Infrastruktur mahupun pembangunan Insan. Jesteru, kami sentiasa mengadakan program program yang berkaitan dari masa ke semasa agar Kampung yang tercinta ini sentiasa dalam keadaan baik.
Gejala gejala sosial yang berlaku seperti khalwat, mat rempit serta kecurian dan sebagainya adalah antara merupakan cabaran yang harus dan akan kami hadapi dari masa ke semasa. Kami sentiasa mengharapkan respon dari masyarakat agar sentiasa membantu kami malah memberikan nasehat kepada kami dalam kami menangani gejala ini.
Tegurlah kami sekiranya kami berbuat kesilapan dan bantulah kami agar Kampung ini menjadi Kampung yang mendapat keredhaan Allah swt.
Akhir kata, dengan semangat Syawal dan Aidil Fitri kami Warga JKKK Padang Jawa petaling memohon ampun dan maaf atas kesalahan dan kesilapan kami sepanjang kami mentadbir Kampung ini. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

JEMPUTAN BERBUKA PUASA















Masjid Negeri Shah Alam telah menganjurkan satu program berbuka puasa pada 7hb September yang lalu. JKKK Padang Jawa Petaling serta seluruh JKKK di Negeri Selangor telah dijemput bersama meraikan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan mencemar duli untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam majlis ini.


Antara penerima sumbangan ialah Fakir miskin, Orang Kurang Upaya, Anak anak yatim serta ibu tunggal.

Program diakhiri sekitar jam 11.00 mlm selepas Solat Terawih.

Isnin, 14 September 2009

KEARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
















Adalah menjadi matlamat utama kami untuk menjadikan Kampung Padang Jawa Petaling ini sebagai "Kampung Berkebajikan" itulah adalah antara intisari ucapan dari Ketua Biro Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, JKKK Kampung Padang Jawa Petaling, Sdr Anuar bin Nasir.

Menurut beliau antara langkah langkah utama yang diambil untuk ke arah itu adalah dengan sentiasa menjaga kesusahan yang dialami oleh penduduk penduduk di Kampung Padang Jawa terutamanya golongan Fakir Miskin, Orang Kurang Upaya, Ibu Ibu Tunggal dan Warga Emas.

Beliau berkata demikian sewaktu program Meraikan serta penyerahan sumbangan Barang barang keperluan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Beliau juga menyeru kepada masyarakat setempat agar sentiasa perihatin terhadap jiran jiran serta rakan taulan agar dapat memberitahu Pihak JKKK sekiranya terdapat golongan yang kurang bernasib baik ini tidak mendapat bantuan dari Pihak JKKK mahupun kerajaan Negeri.

"Kami mengharap kerjasama dari Masyarakat agar segera memberitahu kami sekiranya ada golongan kurang bernasib baik ini yang terlepas pandang dari pengetahuan kami agar dapat segera kami bantu " katanya lagi.
Sementara itu, Pengerusi JKKK, Tuan Hj Abdul Aziz Hj Barhan dalam ucapan alu-aluan beliau menyeru masyarakat di Kampung Padang Jawa agar sentiasa bantu membantu dalam kehidupan seharian mereka. "Anggaplah jiran jiran seperti sebuah keluarga serta sentiasalah perihatin agar kita dapat membina masyarakat yang penyayang" katanya lagi.

Beliau juga mengucapkan terima kasih serta tahniah ke atas kesudian penyumbang penyumbang untuk golongan tidak bernasib baik ini. Antara para penyumbang termasuklah dari golongan Korporat serta Syarikat Syarikat swasta.

Turut hadir dalam program ini ialah Ustaz Ahmad Zaki Arshad, (Timbalan Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Tuan Arzmi bin Atan (Penghulu Mukim Bukit Raja), Ahli Parlimen Tn Hj Khalid Samad melalui wakilnya, (Hj Azli bin Yusof), serta ADUN Batu tiga Pn Rodziah Ismail melalui wakilnya, (Sdr Naim bin Jusri).

Pihak JKKK juga telah mengadakan sedikit Tazkirah dalam program ini melalui ustaz yang dijemput iaitu Ustaz Kamal Ashhari. Dalam Tazkirah ringkas beliau, beliau menyeru kepada keseluruhan yang hadir agar jangan sekali kali meninggalkan Al Quran dalam kehidupan seharian.
"Saya menyeru kepada semua hadirin sekelian agar bacalah Al Quran setiap hari walaupun sedikit. kerana ini pasti akan membawa keberkatan serta kesejahteraan dalam kehidupan seharian kalian" katanya.

Beliau juga menyentuh mengenai Bulan Ramadhan yang merupakan bulan rahmat. "Bulan ramadhan ini adalah bulan untuk meningkatka taqwa, doa yang diminta sewaktu berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah swt. Dalam Ramadhan ini ada satu malam dipanggil Malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan." katanya lagi.

Seramai kira kira 93 orang dari golongan kurang bernasib baik ini telah menerima bantuan yang disalurkan melalui pihak JKKK ini. Antara barangan yang diterima ialah Beras, Tepung, Air minuman, Kuih raya dan banyak lagi.

Seorang penerima Bantuan, Puan Mariam, 63 melahirkan kesyukuran atas bantuan yang diterima. "Terima kasih atas bantuan ini kerana ianya dapat membantu saya mengurangkan bebanan yang saya tanggung selama ini termasuk menjaga seorang anak kurang upaya" katanya yang berniaga makanan secara kecil kecilan di Jalan Mat Raji.
Seorang warga Emas, Hj Isa Jasin 74 pula "Terima kasih di atas keperihatinan pihak JKKK atas golongan kami dan semuga kerja baik ini akan dapat diteruskan serta menjadi contoh untuk masyarakat agar lebih perihatin" katanya yang tinggal di Taman Baru, Padang Jawa.

Program ini telah berakhir dengan jayanya sekitar jam 1.00 tengahari.

Sabtu, 5 September 2009

BUBUR LAMBUK RAMADHAN












Ahad - 30hb Ogos 2009 - JKKK Padang Jawa petaling bersama sama jemaah sekitar Padang Jawa telah bersama sama menyediakan masakan Bubur Lambuk khas buat penduduk penduduk pada 30hb Ogos yang lalu.

Program yang julung julung kali di adakan oleh JKKK ini telah bermula jam 10.00 pagi dengan memasak bagi menyediakan bubur Lambur dan siap sekitar jam 2.00 ptg.

Seterusnya bubur lambuk yang telah disediakan didalam Pack telah diedarkan kepada penduduk penduduk selepas waktu Asar di Masjid As Solihin Padang Jawa.

Menurut Pengerusi JKKK, Tn Hj Abdul Aziz, tujuan utama program ini adalah untuk mengimarakkan lagi suasana ramadhan agar serta memberi derma dalam bentuk makanan kepada penduduk setempat.

Alhamdullillah, program ini mendapat sambutan baik dan bubur lambuk telah habis diedar selepas waktu asar.
"Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkkan SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. Semuga ramadhan ini dapat membentuk kita serta masyarakat menjadi insan yang baik dan sentiasa patuh kepada perintah Allah SWT."