PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Sabtu, 3 Disember 2011

AIDIL ADHA DAN KORBAN SURAU NURUL IMAN






 

6hb November 2011 - Surau Nurul Iman telah mengadakan majlis Korban sempena Aidil Adha pada 6hb Noverber 2011 lalu. Turut memberi kerjsama ialah AJK JKKK Padang Jawa Petaling.

Program dimulakan dengan majlis doa diikuti acara Korban, melapah daging serta mengedar ke seluruh masyarakat sekitar Kampung. Dalam majlis tahun ini, sebanyak 12 ekor lembu dan 2 ekor kambing (aqiqah) telah dikorbankan. Surau Nurul Iman sendiri telah mengatur seramai lebih 100 orang petugas untuk melancarkan majlis ini.

Ahli Jawatankuasa JKKK telah diberikan tugas tugas khas yang diantaranya ialah menyediakan unit urusetia yang akan mengawal selia seluruh petugas petugas sepanjang majlis berlangsung. AJK AJK JKKK juga telah ditugaskan untuk mengedarkan kesemua daging daging yang telah siap dibungkus kepada penduduk sekitar. Antara penerima penerima yang diutamakan ialah terdiri dari golongan warga yang miskin, warga Kurang Upaya, Ibu Ibu tunggal serta mualaf. dan seterusnya kepada masyarakat.
Alhamdullillah,  kesemuanya tugas yang diberikan telah dilakukan dengan baik. Dikesempatan ini kami AJK JKKK ingin mengucapkan Selamat menyambut Eidul Adha kepada seluruh masyarakat.Padang Jawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan